Pilihan Memilih

Pilihan. Memilih. Apa yang kita pilih hari ni menentukan masa depan kita. Betul ke? Mungkin ada relevannya ayat tu. Sebab macam satu contoh, kita disuruh memilih antara sambung belajar atau pun terus bekerja. Sekiranya pekerjaan yang dipilih, ada kemungkinan dengan kelulusan yang tak seberapa kita tak boleh ke mana-mana, atau pun kita kerap bertukar kerja sebab tak berpuas hati dengan kerja yang kita peroleh. Sebaliknya, jika kita memilih untuk menyambung pelajaran, boleh jadi bila grad akan dapat kerja yang lebih baik atau boleh jadi sebaliknya. Semuanya bertitik tolak daripada pilihan yang kita buat. Kalau baik, maka baikla outputnya. Kalau tak baik, maka tak baikla outputnya.

Kadangkala kita dah rasa kita buat pilihan yang terbaik dan tepat. Tapi, sampai satu masa, ia tetap bagi impak buruk pada kita dan orang-orang sekeliling kita. Di mana agaknya kesilapan pilihan yang kita buat tu? Adakah sebab terlalu ikutkan kehendak hati? Ataupun pilihan yang dibuat tu mengikut emosi? Mungkin masa nak memilih tu kita lupa pada DIA yang lebih berkuasa. Mungkin terlalu gembira nak memilih sampai kita terlupa meminta pandangan dan pendapat orang lain dan juga memohon petunjukNYA. Memang pilihan yang kita buat tu hak kita, tapi kadang-kadang sebelum buat pilihan kita kena penilaian sebaik mungkin. Kiri kanan, atas bawah, semua kena ambilkira. Jadi, jangan terlalu pentingkan diri sendiri sampai pendapat orang lain kita tak ambil pusing.

Tapi, kena ingat apa pun pilihan yang kita buat, jangan sesekali menyesal. Sebab, setiap pilihan yang kita dah buat tu, kita dah pertimbangkan baik buruknya. Memang, kita rasa kita dah pertimbangkan sebaik-baiknya pilihan tu. Tapi, hasilnya tetap mengecewakan kita. Sekalipun pilihan kita tu salah, kita bukan berseorangan di dunia ni. Bukan setakat kita sorang je yang salah memilih. Mungkin ramai lagi yang lebih malang dari kita. Kita je yang tak menyedarinya. Peluang sentiasa terbuka untuk kita. Cuma antara kita nak atau tak nak je merebut peluang tu. Orang kata, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Mungkin ada pilihan yang lebih baik menanti di depan sana. Mudah-mudahan peluang sentiasa ada untuk kita. Insya Allah....

Tertarik dengan dialog dari filem Merah, camnila lebih kurang ayat dia, “Jangan ikut kawan. Kita yang menentukan kidup kita. Pilihan di tangan kita. Baik atau buruk kita yang tanggung.”

_Entri di kala otak serabut...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.