M A T I

Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tak kiralah lambat atau cepat, semuanya akan merasai mati. Mati tu sentiasa hampir dengan kita. Cuma kita tak tahu bila agaknya masa sebenar nyawa kita akan terpisah daripada badan. Kalau semua orang tahu bila kematian masing-masing memang takdelah sesiapa yang mau berbuat jenayah, mahupun maksiat sebab semuanya sibuk berbuat amal ibadah dan kebajikan untuk bekalan masing-masing di sana nanti. Kematian tak mengenal siapa, tua atau muda, sihat atau sakit, cantik atau hodoh, kuat atau lemah, kaya atau miskin. Semuanya tak bermakna bila nyawa dah terpisah daripada badan. Bersendirian tanpa membawa satu apa pun harta kita di dunia ni.

Perkataan MATI tu sebenarnya terlalu sinonim dalam kehidupan. Kematian, satu medium yang menghubungkan kita ke alam akhirat. Walaupun belum dihitung segala amalan kita, tapi kematian menemukan kita dengan si mungkar nangkir yang bakal menyoal kita dengan beberapa soalan mudah. Mudah macam tu pun belum tentu lagi kita mampu menjawabnya. Walaupun kita pintar berbicara, belum tentu lagi kita mampu menjawab dengan lancar pertanyaan si mungkar nangkir tu. Aku ingat lagi kata-kata cikgu masa kat sekolah agama, “Walau awak pandai atau lancar berbahasa arab sekalipun belum tentu awal boleh menjawab soalan mungkar nangkir tu.” Lancar atau tidak jawapan kita tu bergantung pada amalan yang kta perbuat di dunia semasa hayat kita. Kalau banyak amal, lancarla jawapan kita. Kalau tidak, merasalah kita libasan si mungkar dan nangkir. Bayangkan, alangkan sakit dirotan pun kita tak dapat nak tanggung, kena libas macam tu apatah lagi. Ngeri bila fikirkan. Tapi, semua orang akan melaluinya. Cuma cepat atau lambat jadi bezanya.

Jadi, sementara masih berkesempatan ni, tak salah berbuat banyak amal kebajikan untuk bekalan kita di sana nanti. Kita pun tak tahu bila agaknya giliran kita. Entah esok atau lusa ataupun minggu depan maut datang memanggil? Siapa yang tahu bukan? Bersedialah untuk meninggalkan segala kenikmatan dunia yang bersifat sementara ni. Semoga kita tak tergolong dalam kalangan makhlukNYA yang kerugian. Amin....

_Masih lagi seorang insan yang serba kekurangan....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.