Insaflah Wahai Umat....

Sangat penat. Sungguh penat. Banyak sangat hal yang berlaku minggu ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Start kerja hari Isnin, tetiba je boleh lompat hari Rabu. Ajaib kan? Hmm...

To tell the truth, banyak hal yang menginsafkan berlaku minggu ni. Peringatan dariNYA. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Sihat sebelum sakit; hargailah kesihatan yang diberi tu sebelum ditarik kembali. Andai dikurniakan kesakitan sekalipun, redhalah sebab sakit itu adalah salah satu cara untuk mengurangkan dosa-dosa kita. Macam Nabi Ayub A.S, tetap redha dengan sakit kusta yang dihidapi walau dipulaukan oleh kaum keluarga sendiri. Memang kita bukan Nabi Allah tu dan mungkin kita tak dikurniakan ketabahan setinggi itu. Tapi, berusahalah dan berdoalah, moga ada sedikit kekuatan seperti itu dalam hidup kita.

Muda sebelum tua; orang kata masa muda hanya sekali. Memang betulla tu. Tapi adakah kita pergunakan masa muda kita tu sebaiknya? Apa yang kita buat sepanjang usia muda kita? Adakah bermanafaat untuk kita dan orang lain? Ataupun hanya perkara yang lagha? Hmm, hidup kita bukannya panjang sangat pun. Setiap tahun, balance umur kita pun makin berkurang. Jadi, gunakanlah sebaiknya....

Kaya sebelum miskin; memang bukan semua orang kaya dalam dunia ni. Tapi aku rasa kita boleh dikategorikan kaya bila hidup tak perlu meminta-minta dan kehidupan mencukupi dari banyak aspek. Beringatlah untuk diri sendiri dan orang lain. Tak semua orang bernasib baik. Jadi, jika kita merasai kesenangan hidup, jangan lupakan orang yang kurang bernasib baik. Mana tau esok lusa, kita pulak yang perlukan bantuan mereka. Hidup kita ni kan umpama roda. Kita tak selalu berada di atas. Mungkin esok lusa kita pulak yang berada di bawah. Siapa tahu kan?

Lapang sebelum sempit; bagaimana agaknya rasa bila kena duduk tempat sempit? Tentunya rasa tak selesa kan? Sama juga perasaannya bila kesempitan waktu untuk melakukan sesuatu. Kekadang kita rasa kita perlukan lebih daripada 24 jam sehari untuk selesaikan segala hal keduniaan kita. Tapi pernah ke kita rasa tak cukup waktu untuk beribadat? Berbuat amal kebajikan? Berbuat kebaikan? Fikir-fikirkanlah, semoga masih ada kesempatan untuk kita mengingatiNYA.

Hidup sebelum mati; kita bukan hidup menongkat dunia. Jangka hayat kita pun bukanlah panjang mana pun. Entah esok atau lusa, kita dipanggil mengadapNYA. Mana kita tahu kan? Sihat walafiat pun belum penentu kita hidup lama. Tapi, adakah kita bersedia meninggalkan segala yang kita ada di dunia ni? Mau tak mau, bersedia atau tak bersedia, kita kena terima hakikat bahawa takkan ada satu apa pun yang kekal di dunia ni. Semuanya akan kembali padaNYA. Hanya DIA yang kekal. Kita sebagai hambaNYA ni je yang tak reti nak bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNYA. Ingatlah, sampai masanya nanti, memang tiada peluang langsung kita untuk bertaubat, memohon keampunanNYA. Nauzubillah, moga kita semua masih berkesempatan memohon secebis keampunan sebelum dijemput ke alam abadi....

Aku tau aku bukanlah manusia sempurna. Cuma berkongsi ilmu pengetahuan yang sedikit untuk manfaat bersama di samping berkongsi rasa keinsafan yang membelit diri sejak kebelakangan ni. Semoga kita masih berkesempatan untuk memanfaatkan kehidupan kita sebaiknya...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.