Archive for March 2007

Insaflah Wahai Umat....

Sangat penat. Sungguh penat. Banyak sangat hal yang berlaku minggu ni. Rasa cepat sangat masa berlalu. Start kerja hari Isnin, tetiba je boleh lompat hari Rabu. Ajaib kan? Hmm...

To tell the truth, banyak hal yang menginsafkan berlaku minggu ni. Peringatan dariNYA. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Sihat sebelum sakit; hargailah kesihatan yang diberi tu sebelum ditarik kembali. Andai dikurniakan kesakitan sekalipun, redhalah sebab sakit itu adalah salah satu cara untuk mengurangkan dosa-dosa kita. Macam Nabi Ayub A.S, tetap redha dengan sakit kusta yang dihidapi walau dipulaukan oleh kaum keluarga sendiri. Memang kita bukan Nabi Allah tu dan mungkin kita tak dikurniakan ketabahan setinggi itu. Tapi, berusahalah dan berdoalah, moga ada sedikit kekuatan seperti itu dalam hidup kita.

Muda sebelum tua; orang kata masa muda hanya sekali. Memang betulla tu. Tapi adakah kita pergunakan masa muda kita tu sebaiknya? Apa yang kita buat sepanjang usia muda kita? Adakah bermanafaat untuk kita dan orang lain? Ataupun hanya perkara yang lagha? Hmm, hidup kita bukannya panjang sangat pun. Setiap tahun, balance umur kita pun makin berkurang. Jadi, gunakanlah sebaiknya....

Kaya sebelum miskin; memang bukan semua orang kaya dalam dunia ni. Tapi aku rasa kita boleh dikategorikan kaya bila hidup tak perlu meminta-minta dan kehidupan mencukupi dari banyak aspek. Beringatlah untuk diri sendiri dan orang lain. Tak semua orang bernasib baik. Jadi, jika kita merasai kesenangan hidup, jangan lupakan orang yang kurang bernasib baik. Mana tau esok lusa, kita pulak yang perlukan bantuan mereka. Hidup kita ni kan umpama roda. Kita tak selalu berada di atas. Mungkin esok lusa kita pulak yang berada di bawah. Siapa tahu kan?

Lapang sebelum sempit; bagaimana agaknya rasa bila kena duduk tempat sempit? Tentunya rasa tak selesa kan? Sama juga perasaannya bila kesempitan waktu untuk melakukan sesuatu. Kekadang kita rasa kita perlukan lebih daripada 24 jam sehari untuk selesaikan segala hal keduniaan kita. Tapi pernah ke kita rasa tak cukup waktu untuk beribadat? Berbuat amal kebajikan? Berbuat kebaikan? Fikir-fikirkanlah, semoga masih ada kesempatan untuk kita mengingatiNYA.

Hidup sebelum mati; kita bukan hidup menongkat dunia. Jangka hayat kita pun bukanlah panjang mana pun. Entah esok atau lusa, kita dipanggil mengadapNYA. Mana kita tahu kan? Sihat walafiat pun belum penentu kita hidup lama. Tapi, adakah kita bersedia meninggalkan segala yang kita ada di dunia ni? Mau tak mau, bersedia atau tak bersedia, kita kena terima hakikat bahawa takkan ada satu apa pun yang kekal di dunia ni. Semuanya akan kembali padaNYA. Hanya DIA yang kekal. Kita sebagai hambaNYA ni je yang tak reti nak bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNYA. Ingatlah, sampai masanya nanti, memang tiada peluang langsung kita untuk bertaubat, memohon keampunanNYA. Nauzubillah, moga kita semua masih berkesempatan memohon secebis keampunan sebelum dijemput ke alam abadi....

Aku tau aku bukanlah manusia sempurna. Cuma berkongsi ilmu pengetahuan yang sedikit untuk manfaat bersama di samping berkongsi rasa keinsafan yang membelit diri sejak kebelakangan ni. Semoga kita masih berkesempatan untuk memanfaatkan kehidupan kita sebaiknya...

Leave a comment

M A T I

Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tak kiralah lambat atau cepat, semuanya akan merasai mati. Mati tu sentiasa hampir dengan kita. Cuma kita tak tahu bila agaknya masa sebenar nyawa kita akan terpisah daripada badan. Kalau semua orang tahu bila kematian masing-masing memang takdelah sesiapa yang mau berbuat jenayah, mahupun maksiat sebab semuanya sibuk berbuat amal ibadah dan kebajikan untuk bekalan masing-masing di sana nanti. Kematian tak mengenal siapa, tua atau muda, sihat atau sakit, cantik atau hodoh, kuat atau lemah, kaya atau miskin. Semuanya tak bermakna bila nyawa dah terpisah daripada badan. Bersendirian tanpa membawa satu apa pun harta kita di dunia ni.

Perkataan MATI tu sebenarnya terlalu sinonim dalam kehidupan. Kematian, satu medium yang menghubungkan kita ke alam akhirat. Walaupun belum dihitung segala amalan kita, tapi kematian menemukan kita dengan si mungkar nangkir yang bakal menyoal kita dengan beberapa soalan mudah. Mudah macam tu pun belum tentu lagi kita mampu menjawabnya. Walaupun kita pintar berbicara, belum tentu lagi kita mampu menjawab dengan lancar pertanyaan si mungkar nangkir tu. Aku ingat lagi kata-kata cikgu masa kat sekolah agama, “Walau awak pandai atau lancar berbahasa arab sekalipun belum tentu awal boleh menjawab soalan mungkar nangkir tu.” Lancar atau tidak jawapan kita tu bergantung pada amalan yang kta perbuat di dunia semasa hayat kita. Kalau banyak amal, lancarla jawapan kita. Kalau tidak, merasalah kita libasan si mungkar dan nangkir. Bayangkan, alangkan sakit dirotan pun kita tak dapat nak tanggung, kena libas macam tu apatah lagi. Ngeri bila fikirkan. Tapi, semua orang akan melaluinya. Cuma cepat atau lambat jadi bezanya.

Jadi, sementara masih berkesempatan ni, tak salah berbuat banyak amal kebajikan untuk bekalan kita di sana nanti. Kita pun tak tahu bila agaknya giliran kita. Entah esok atau lusa ataupun minggu depan maut datang memanggil? Siapa yang tahu bukan? Bersedialah untuk meninggalkan segala kenikmatan dunia yang bersifat sementara ni. Semoga kita tak tergolong dalam kalangan makhlukNYA yang kerugian. Amin....

_Masih lagi seorang insan yang serba kekurangan....

Leave a comment

Penjantinaan

Selalu aku jumpa pertanyaan-pertanyaan macam ni;

“Kenapa kereta perempuan mesti ada bunga?”
“Kenapa kereta perempuan mesti ada anak patung?”
“Kenapa kereta perempuan mesti ada girlie design?”
“Kenapa kereta perempuan mesti ada kasut?”

Tapi dalam banyak-banyak soalan tu yang terkena pada batang hidung aku cuma satu je la, soalan yang terakhir tu. Kenapa eh? Biasa kereta perempuan memang ada kasut ke? Aku ingat aku sorang je yang suka simpan kasut spare dalam kereta. Hehe...Kalau orang tanya aku kenapa, jawapannya adalah sebab aku tak suka dan tak biasa memandu dengan kasut bertumit. Biasa memang ada spare sandal dalam kereta. Aku lebih selesa bersandal je bila memandu ni. Tak payah nak adjust kedudukan kaki. Lagi satu, kasut bertumit ni sebenarnya buat kaki rasa letih. Jadi, tak payahla menyeksa kaki, tambah pulak kalau kena lalu kesesakan lalulintas. Mau lenguh kaki nanti. Ni semua pendapat aku jela, orang lain aku tak tahu...

Kalau ikutkan, tak elok men'jantina’kan kereta ni, lebih-lebih lagi menampakkan pemilik kereta ni adalah seorang perempuan. Senang penjahat-penjahat kat luar sana tu nak buat jahat bila tau tuan punya kereta adalah seorang perempuan. Tak ke merbahaya tu? Itulah sebabnya kereta aku tak banyak accessories yang menampakkan aku ni perempuan. Kalau ada pun, just kotak tisu jela. Tu pun bukannya obvious sangat pun. Hehe...Jadi para gadis dan wanita pemilik kereta sekalian, silalah lebih berhati-hati ye masa menghias kereta anda. Jangan sampai anda menjadi mangsa kekejaman manusia yang bergelar penjenayah....

4 Comments

Kaer Fever!

Jumpa vc ni pagi tadi. Memang menusuk hati la vc ni. Rasa macam nak menangis jer. Hehe...Dah selamat pun di download. Atas permintaan, aku letak vc ni kat sini. Layanla yer?

Izinkan Aku Pergi
Kaer AF2

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Leave a comment

Ngeriiiiii

Pagi tadi, aku kena pergi office client, hantar draft audit report. Tu pun setelah ntah berapa kali bos sms suruh aku hantar pergi sana. Kalau tidak, jangan harapla aku nak keluar dari office. Cuaca yang tak menentu sekarang ni buat aku rasa selesa lepak dalam office je.

Sampai je office client aku tu, macam biasala. Lepas briefing sikit-sikit pasal draft tu, aku pun sembangla dengan kakak account officer kat situ. Oleh kerana memang dah kenal lama, biasanya memang aku akan lepak sekejap berbual, konon-konon macam ada discussion la, tapi hampeh! Haha...

Sembang punya sembang terkeluar pulak cerita pasal si makhluk sorang ni. Antara point kakak ni;

1. 'Dia' menghidap penyakit misteri sekarang ni (semisteri mana tatau la...)
2. 'Dia' dah putus tunang (pelik, tunang cantik molek pun putus jugak ke?)
3. 'Dia' dah bercerai dengan isteri 'dia'.
4. 'Dia' tengah sibuk cari mangsa terbaru.
5. 'Dia' memang suka kat aku (erk...part ni memang terkedu jap)

Bila dengar point yang terakhir tu aku terus mintak diri. Balikla, selamatkan diri. Selamat tak terserempak tadi. Fiu~ Huhu, sungguh payah aku berusaha sejak 2 tahun dulu nak melepaskan diri dari ‘dia’. Alhamdulillah, mudah-mudahan sentiasa terpelihara daripada gejala-gejala tak baik macam tu.

Siapa ‘dia’? ‘Dia’ tu adalah seorang makhluk Allah yang suka menabur budi untuk mengharapkan balasan. Ada paham? Ngeri tak? Aku pun tak abis ngeri lagi ni sejak 2 tahun lepas....Ngeee~~

2 Comments

Pilihan Memilih

Pilihan. Memilih. Apa yang kita pilih hari ni menentukan masa depan kita. Betul ke? Mungkin ada relevannya ayat tu. Sebab macam satu contoh, kita disuruh memilih antara sambung belajar atau pun terus bekerja. Sekiranya pekerjaan yang dipilih, ada kemungkinan dengan kelulusan yang tak seberapa kita tak boleh ke mana-mana, atau pun kita kerap bertukar kerja sebab tak berpuas hati dengan kerja yang kita peroleh. Sebaliknya, jika kita memilih untuk menyambung pelajaran, boleh jadi bila grad akan dapat kerja yang lebih baik atau boleh jadi sebaliknya. Semuanya bertitik tolak daripada pilihan yang kita buat. Kalau baik, maka baikla outputnya. Kalau tak baik, maka tak baikla outputnya.

Kadangkala kita dah rasa kita buat pilihan yang terbaik dan tepat. Tapi, sampai satu masa, ia tetap bagi impak buruk pada kita dan orang-orang sekeliling kita. Di mana agaknya kesilapan pilihan yang kita buat tu? Adakah sebab terlalu ikutkan kehendak hati? Ataupun pilihan yang dibuat tu mengikut emosi? Mungkin masa nak memilih tu kita lupa pada DIA yang lebih berkuasa. Mungkin terlalu gembira nak memilih sampai kita terlupa meminta pandangan dan pendapat orang lain dan juga memohon petunjukNYA. Memang pilihan yang kita buat tu hak kita, tapi kadang-kadang sebelum buat pilihan kita kena penilaian sebaik mungkin. Kiri kanan, atas bawah, semua kena ambilkira. Jadi, jangan terlalu pentingkan diri sendiri sampai pendapat orang lain kita tak ambil pusing.

Tapi, kena ingat apa pun pilihan yang kita buat, jangan sesekali menyesal. Sebab, setiap pilihan yang kita dah buat tu, kita dah pertimbangkan baik buruknya. Memang, kita rasa kita dah pertimbangkan sebaik-baiknya pilihan tu. Tapi, hasilnya tetap mengecewakan kita. Sekalipun pilihan kita tu salah, kita bukan berseorangan di dunia ni. Bukan setakat kita sorang je yang salah memilih. Mungkin ramai lagi yang lebih malang dari kita. Kita je yang tak menyedarinya. Peluang sentiasa terbuka untuk kita. Cuma antara kita nak atau tak nak je merebut peluang tu. Orang kata, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Mungkin ada pilihan yang lebih baik menanti di depan sana. Mudah-mudahan peluang sentiasa ada untuk kita. Insya Allah....

Tertarik dengan dialog dari filem Merah, camnila lebih kurang ayat dia, “Jangan ikut kawan. Kita yang menentukan kidup kita. Pilihan di tangan kita. Baik atau buruk kita yang tanggung.”

_Entri di kala otak serabut...

Leave a comment

Bosan~~~~

Sangat bosan. Bosan yang teramat. Nak update blog pun malas. Takde apa yang nak dikisahkan. Semuanya berjalan dan bergerak seperti biasa.

Bosan dengan kerja yang tak siap-siap. Bosan dengan office politics. Bosan dengan memacam benda sekeliling aku sekarang ni. Semuanya membosankan. Hidup yang penuh kebosanan sekarang ni.

Untuk adik-adik yang baru dapat result peperiksaan besar tu, tahniah di ucapkan. Terutamanya buat adik Myra. Semoga dapat sambung pengajian dalam bidang yang diidam-idamkan tu ye? Bagus atau tidak bagusnya result kita bukanlah penentu kejayaan kita di masa depan, cuma result yang baik jadi satu platform untuk dapat peluang yang lebih baik. Tapi kalau dapat peluang pun tak tahu nak manfaatkan sebaik mungkin pun tak bagus juga kan? Jadi, adik-adik yang dapat result kurang memuaskan tu, jangan putus asa. Banyak peluang kat luar sana tu yang menanti. Cuma antara nak dengan tak nak jer. Semoga dapat membuat pilihan yang terbaik....

Entri pun macam takde perasaan je ni. Baru perasan, ni entri aku yang ke 100 rupanya. Tahniah untuk diri sendiri, moga makin rajin menulis eheh menaip kat blog ni....

Leave a comment

Cerita Hujung Minggu....

Minggu ni, berhujung minggu di kampung. Lama dah tak balik. Banyak yang berubah. Jalan berubah, orang-orangnya pun berubah. Paling ketara bila aku tengok kesan banjir hari tu. Memang terukla, sampai tebing sungai pun boleh runtuh. Huhu, tak dapat aku bayangkan kalau aku berada kat situ masa tu. Mesti buntu yang teramat sebab perhubungan darat memang terputus terus. Nak ke mana –mana pun tak boleh. Syukurlah, sebab dijauhkan dari bencana tu.

Jumpa bebudak kampung pun ramai yang aku dah tak kenal. Semuanya budak-budak kecik yang dah membesar. Bayangkan kalau 10 tahun dulu diorang sekolah rendah, sekarang ni masing-masing dah sekolah menengah. Ada yang dah lepas SPM pun. Haih, banyaknya perubahan. Takpe, insya Allah lepas ni aku akan selalu balik.

Sabtu

Antara perkara pelik yang aku jarang buat. Bercuti di hari SABTU. Haha...Lama gak tak bercuti hari Sabtu ni. Biasanya kerja atau cuti pun aku tetap kerja hari Sabtu. Tengahari dah gerak balik kampung, konvoi dengan abang. Macam biasala, sampai kampung takde banyak sangat aktiviti yang boleh buat. Selain mengemas rumah yang dah berabuk tu, aku melepak jela sampai malam. Layan anak-anak buah aku. Geram sungguh kat si Nazirah tuh. Macam merpati, jinak tapi bila nak pegang dia lari. Cis, takpe...

Ahad

Pagi lepas sarapan aku dah gerak ke bandar, nak mencari hadiah Shida. Bagusla, kenduri kahwin hari ni baru sibuk nak mencari hadiah. Lama juga tak tawaf bandar tu sorang-sorang. Dulu selamba je berjalan kaki dari bus stand ke area situ. Sekarang ni entahla, dah ada kenderaan sendiri ni, rajin ke aku nak jalan kaki macam dulu tu? Hehe...Siap je membeli belah, balik rumah bersiap-siap nak ke kenduri tu. Jumpa kawan-kawan lama sekali. Wah, memang dah lama tak jumpa diorang semua. Banyak yang dah bertukar status, tapi kami bertiga masih setia dengan gelaran ‘3 Dara Pingitan.’ 3 Dara yang masih maintain. Haha...Bes betul...

Balik dari kenduri kahwin tadi terus siap-siap nak balik. Wah, sangapnye kat rumah. Tapi, duduk ngan kawan-kawan tadi aku ada terfikir sesuatu la. Semuanya bergantung pada perancangan semasa. Seandainya benda ni terjadi, aku beritahula nanti ye?


Leave a comment

Khamis Yang Bosan...

Bosan, aku tak tahu kenapa rasa bosan yang teramat hari ni. Rasa nak bercuti, tapi ada kerja yang tak selesai lagi. Dengar orang planning bercuti, rasa macam bes je. Kerja tak surut lagi ni, macam mana nak bercuti? Planning nak pergi gath 1 April ni pun masih dalam pertimbangan. Peratusan untuk tak datang tu sangat tinggi...Maaf ye kawan-kawan? Pekerjaan ni menuntut komitmen yang sangat tinggi sekarang ni.

Penat dan letih memang tak boleh dikiralah, tapi Alhamdulillah, kerja masih sudi lagi menjengukkan mukanya pada aku setiap hari. Cuma tak larat nak melayan kerenah kerja urgent dan kerenah client yang pelbagai je sekarang ni. Yang liat payment la, yang cerewetla, macam-macam la...Jumpa client yang ok, memang okla. Tapi bila jumpa yang menyakitkan hati, rasa macam nak bagi 24hrs notice je. Mujurlah dapat bos yang memahami. Terima kasih banyak bos walaupun kekadang ada gak mengelat sana sini.. Hehe.. Apa pun, aku masih lagi sayangkan kerja aku sekarang ni, walaupun sentiasa sengal sepanjang hari...

Iklan :

A: Korang, tau tak ni ape? 55 cawan susu, 48 biji pisang ngan 3 kilo bayam?
B : Hah, ape tu?
C : Entah, kau ni kitorang ni basic accounting, bukannya biology. Bengong betul!
A : Ala, ingat tak iklan Ho-Ho kat radio tuh?
C: Oho, mende alah tu diperbuat daripada campuran semua benda tu ke? Nak tryla kat rumah.
A : Ahaha...apela akak ni, tu kan khasiat dia. Takkanla nak kena beli semua benda tu semata-mata nak buat mende alah tuh. (Tak abes gelak lagi)
C: Cis, korang ni...

Haha...inilah salah satu hal yang buat aku sayang nak tinggalkan office aku ni. Hari-hari penuh dengan gelak tawa. Setiap kali orang tanya, “Tak mau cari kerja lain ke?” automatiknya aku akan terbayangkan keriangan yang tak mungkin aku akan dapat kat memana tempat lain...^_^

Leave a comment

Gegaran Yang Menggegarkan..

Tarikh: Hari ni
Waktu : 11.55 pagi

Situasi : 5 orang staf tengah berbual kosong dalam office kat department aku.

A : Kak, ada rasa gegar tak?

(Sebenarnya aku dah rasa macam kerusi aku digoyangkan, tapi aku fikir kawan kat sebelah aku yang goyangkan)

B: Ha’ah, aku ingat kerusi ni yang tak balance.

C: Tula, saya rasa kerusi ni goyang. Tapi saya saja goyangkan lagi sebab ingat memang kerusi ni pun tak balance.

A : Isk, kenapa ni? Takutla... Barang-barang atas meja ni pun bergegar.

Aku : Rasanya macam ada gempa bumi kat memana ni. Entah-entah gempa bumi kat Indon lagi ni.

D : Ha’ah kan. Tunggula, kot-kot kejap lagi ada berita pasal gempa bumi.

A : Eh, kita takutla.....(Ekspresi muka nak menangis)

Aku : Ish, budak ni relaxla... Bukan kau sorang je kat sini. Ramai ni kan? Tunggu je, mana tau kot-kot kejap lagi ada berita pasal gempa bumi ke?


Memang cuak juga bila terasa dunia tetiba bergoyang tadi. Dalam kepala dah fikir, entah-entah dah sampai masanya ni. Ish, memang takutla tadi. Dengan blur dan terpinga-pinga sebab tak tau apa yang sebenarnya terjadi masa tu. Cuma bila rasa bergoyang tu berhenti, memang terfikirkan kemungkinan gempa bumi kat kawasan berhampiran negara kita ni. Gegarannya pun terasa dalam tempoh beberapa saat je tadi.

"JAKARTA (Agencies): A powerful earthquake flattened hundreds of buildings in West Sumatra Tuesday, killing at least 70 people and leaving hospitals grappling with scores of injured, officials andmedia reports said.

The magnitude 6.3 quake on Sumatra island was felt hundreds of kilometers (miles) away in Singapore, where some office buildings were evacuated, and in neighboring Malaysia."

Selanjutnya kat sini. Thanks to Akma..

Ni pengalaman pertama aku merasa gegaran kecil macam ni. Gempa bumi yang sebelum ni pun katanya terasa juga kat certain area JB ni, tapi aku tak rasa pun masa tu. Kali ni memang terasalah gegarannya. Tapi kalau duduk bangunan tinggi memang lagi terasa agaknya gegaran tu. Aku dengar cerita penghuni bangunan agensi Kerajaan yang kat Plaza Angsana tu pun bertempiaran lari keluar dari bangunan tinggi tu. Hmm...

Masa turun lunch tadi pun kecoh dah orang bercerita pasal gempa bumi ni. Yang duduk kat ground floor memang tak terasa apa la. Bila, orang tanya aku macam mana rasanya, aku cuma boleh gambarkan gegaran tu macam kita tengah menaiki sampan. Seperti beralun dipukul ombak kecil.

Satu je yang aku fikirkan sekarang ni. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat memang ada hikmahnya ni. Sekurang-kurangnya DIA still lagi nak bagi peringatan kat hamba-hambaNYA yang sentiasa alpa ni. Mudah-mudahan kita sentiasa beringat dan ingat memperingati antara satu sama lain. Insya Allah...

Leave a comment

Sanggup Ke?

Artikel ni dipetik daripada satu emel. Moga kita semua dapat pengajaran daripadanya. Insya Allah...Tak salah berbuat baik dengan ibu bapa kita. Banyak keberkatannya..:)

******
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh,dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.......

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"

Leave a comment

Keep Holding On....

Dalam keadaan kepala yang tak berapa betul ni, nak mengarang entri pun rasa malas. Dengan selesemanya, sakit tekak lagi..Haih, dugaan sungguh!! Takpelah, meh layan lagu kat sidebar ni. Harap-harap aku masih mampu bertahan...^_^

******

Keep Holding On - Avril Lavigne

You're not alone
Together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No I won't give in

#Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away
I wish you were here
Before it's too late, this could all disappear
Before the doors close
And it comes to an end
With you by my side I will fight and defend
I'll fight and defend
Yeah, yeah

Repeat #

Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah

La da da da
La da da da
La da da da da da da da da

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.