Tulang Rusuk

Tersentuh sebenarnya baca pasal tulang rusuk kat belog Brad tuh. Tetiba je teringat perbualan dengan salah seorang kawan petang tadi. Dia ni memang suka bercerita. Bila dengar cerita dia pasal percintaan dia dengan bf dia, serta merta aku teringat kisah silam (macam lama sangat je...). Entah, bila fikir-fikir balik ada banyak benda yang aku kesalkan bila kesudahan tak seindah yang diharapkan. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tau, Allah masih sayangkan aku. Tak dibiarkan aku hanyut di bawa arus perasaan tu. Tak usah nak kesalkan apa yang dah jadi tu. Biar ia jadi sejarah dan pengajaran untuk diri sendiri serta orang lain.

Masa bercinta memang semuanya indah, manis. Tapi bila putus, segala-galanya memang jadi terlalu perit la untuk dilalui. Memang dah rasa confident dia lah pemilik tulang rusuk yang ada pada diri ni. Akhirnya? Dia juga yang mengecewakan...Tapi sebenarnya kekecewaan tu banyak mengajar kita sesuatu, terutamanya tentang kenyataan. Belajarla terima kenyataan. Jangan terlalu menyalahkan pihak yang satu lagi bila apa yang diimpikan tak menjadi nyata. Cuba muhasabah diri sendiri. Lihat apa kekurangan kita. Jangan suka mencari kesalahan pihak satu lagi tu sedangkan salah kita, tak nampak. Memang, siapa pun akan marah bila jadi macam ni. Cuma, belajarla terima kenyataan perlahan-lahan. Insya Allah, boleh je...

Kekadang bila fikir balik, bagus juga berpisah tanpa rasa benci. Tanpa permusuhan. Kita masih lagi boleh berbaik-baik dengan pihak yang satu lagi tu. Mungkin daripada situ kita dapat menilai diri masing-masing. Kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku pun nak cuba buat sebenarnya. Tapi entahla, bukan aku marah, jauh sekali benci. Cuma aku tak mau dia rasa aku masih mengharap lagi. Sebenarnya, aku pun rasa rimas dengan dia sekarang. Aku tau, dia suka intai perkembangan aku dalam diam. Aku je yang suka pretend macam tak tahu. Biarlah, selagi tak mengganggu hidup aku, lantakla. Suka hati dia la...

Hahah.. kan dah merapu malam ni. Apa pun, harapnya kita semua lebih menghargai apa pun peluang yang datang dalam hidup kita. Sebab sekali peluang yang datang tu mungkin adalah peluang terakhir untuk kita. Jadi, manfaatkanlah peluang yang ada tu sebaik mungkin...

_Entri di kala mengantuk yang amat...ZzZzZzZzZz

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.