Tag Aneh

My life was full of surprise today. Tapi aku malas nak cerita. Since aku dah taip entri ni semalam, jadi aku post yang ni dulu...

******
Virus tag 6 keanehan. Dah lama tak kena tag. Tetiba dapat tag daripada Cik Fami Miya. Sengal juga nak fikir perangai-perangai pelik aku yang jarang dijumpai pada orang lain. Ahaha...kekadang mungkin pada orang lain tak pelik, tapi pada aku pelik. Entah ler, yang penting keanehan aku takdela sampai nak telan minyak cap kapak atau pun racun rumpai. Hahak...

1. Orang kata perempuan ni suka shopping dan juga dilabelkan kaki shopping. Tapi aku tak suka. Aku akan keluar shopping kalau aku rasa aku betul-betul perlukan apa yang aku nak beli tu. Biasanya kalau aku keluar shopping tu sama ada aku memang intend nak beli apa yang aku nak beli atau aku dah terlalu tension dengan kerja yang takkan habis

2. Suka jalan berseorangan. Bukanlah maksudnya aku anti sosial. Cuma bila jalan sorang ni rasa lebih bebas nak buat apa, nak ke mana ikut suka hati sendiri. Since aku ni pun cerewet, kadang-kadang aku rimas bila nak memilih barang ada orang tunggu aku especially bila aku rasa nak shopping. Dulu aku suka juga layan wayang early bird sorang-sorang. Tapi, lama dah tak buat kerja gila macam tuh. Ahaha...

3. Suka kumpul setem. Bukannya setem biasa. Aku akan kutip setem kat sampul surat kalau aku nampak setem menarik. Biasanya setem yang ada kaitan dengan special event, atau pun special edition setem yang POS Malaysia keluarkan. .

4. Paling tak suka bergayut kat telefon. Zaman muda-muda dulu sukalah juga, bergayut dengan kawan-kawan. Sekarang ni tidak lagi...Aku prefer sms berbanding call. Cuma kalau ada perkara penting yang kena feedback pantas, baru aku call. Contohnya, call client untuk payment atau hal-hal berkaitan kerja. Jadi kawan-kawan, jangan ada yang kecik hati ye kalau aku tak call?

5. Suka melepak kat kedai buku. Sejak sekolah lagi, kalau masuk kedai buku je mesti melekat. Kadang-kadang bukan beli buku pun. Belek-belek buku pun boleh jejak 2 jam. Rasanya setakat ni rekod paling lama aku pernah buat 4 jam kot?

6. Tak berapa suka dress up bila keluar. Yelah, dah biasa dress up hari-hari pergi kerja, so bila keluar hujung minggu aku suka dress code yang simple je. Mungkin boleh dilabelkan sedikit selekeh kot? Heheh..kalau tak, takkan bila aku pergi kedai kasut dengan dressing macam tu orang tak layan. Tapi bila aku tanya purchase limit dengan kad barulah semua terhegeh-hegeh nak layan. Heh, double standard!

Cukup kan 6 keanehan tu? Sebab aku ni murah hati, maka aku nak tag kawan-kawan yang lain pulak. Hmm..mari kita lihat siapa yang kenaaaa?


- Mawar (oleh kerana dia dah lama tak apdet belog dia, mari kita tag dia)
- In
- Zura
- Aman
- Archiq
- Tee

Sila jawab dengan ikhlas lagi jujur ye kawan-kawan...

*Tambah sorang lagi, sebab dia teringin nak jawab tag ni..:p
- Myra

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Tag Aneh

  1. hee hee hee..
    die pon layan jugak smat teg pelik ni. tengs.

    haha.
    ade la pelik juga kalau pendek kata.
    pendek la kata. panjang tak kata.

    ReplyDelete
  2. heheh..same2 kaseh..
    tq gak sebab bermurah hati sedekah tag untuk di jwb...:p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.