Pancet

Hari pancet sedunia. Sangat pancet hari ni. Penat. Tak pernah rasa penat macam ni awal-awal tahun. Biasanya awal tahun aku masih lagi boleh bekerja pada tahap gear 3. Sedang-sedang. Antara busy dan tak busy. Tapi hari ni kebiasaan tu dah berubah. Rasa otak macam dah tepu sampai tahap maksimum dah hari ni. Penggunaan otak secara maksimum la hari ni. Lama dah tak merasa kegilaan kerja macam ni.

Sebenarnya kalau nak ikutkan rasa macam nak marah juga pagi tadi. Tak terkejar rasanya bila semua benda orang mintak serentak. Jenuh. Rasa macam nak lari balik rumah je, layan Smiling Pasta. Hahaha...Rasa macam nak cuti la. Tapi nak ambik cuti pun rasa macam tak berbaloi sebab minggu depan dah cuti panjang. Memang rasa nak rest sesangat ni. Teruk sangat kerja tahun ni. Huhu...

Petang tadi, dapat sms salah sorang makluk sengal ni. Dia kate cuti dia ada lagi 45 hari. Wah, gile banyak cuti. Tak terhabis cutinya sebab terlalu sibuk, tak sampai hati nak ambik cuti agaknya. Macam apa yang aku rasa sekarang ni la. Baru je nak bernafas, melepaskan kambing-kambing tu kat bilik manager, dapat pulak job baru. Haih, makin sengal la jawabnya. Agaknya kalau aku kerja non-stop tanpa cuti mau cuti terkumpul aku sampai 2 bulan kot? Bes tu kalau berhenti. Dapat 2 bulan gaji tau. Sape nak bagi?

Dahla, malas nak merapu lagi. Nak layan Smiling Pasta ni...

_Entri pancet campur malassss....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.