Kuasa Tandatangan

Hari ni tersangat sangap nak on9. Haha...pepagi lagi pc aku dah hang. So nak tak nak hari ni sepanjang hari on pc dengan save mode. Huh, betapala seksanya terpisah daripada network. Nak cek emel drp client pun kena menumpang pc orang. Jenuh. Sepanjang hari jadi blur. Tapi aku suka, sebab aku dah berjaya selesaikan kerja aku sebelum balik hari ni. Huhu..seronoknyaaaa...

--------------
Tandatangan. Signature. Apa lagi yang seangkatan dengannya eh? Ada apa dengan tandatangan? Menurut pakar psikologi dan juga pakar membaca personaliti manusia, melalui tandatangan kita ni personaliti kita boleh dibaca. Panjang atau pendeknya tandatangan. Besar atau kecilnya tandatangan kita semua ada maksud tersirat. Entahla, bukan pakar psiko jauh sekali pakar membaca dan menafsir personaliti.. Heheh...

Tandatangan ni ada macam-macam cerita sebenarnya. Kita banyak menggunakan tandatangan dalam kehidupan harian. Nak sign attendance slip, sign resit, sign cek, sign surat penting dan macam-macam lagilah. Pendek kata, tandatangan ni antara elemen yang mewarnai kehidupan harian kita. Ada juga yang mencari nafkah dengan menjual tandatangan. Tak percaya? Cuba tanya pakcik Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner) tu, berapa ringgit yang dia caj untuk satu tandatangan dia? Ha, mesti korang terkejut badak, kalau dia kata akuan bersumpah dia boleh caj sampai RM 10 satu page. Ada juga tandatangan yang ringkas tapi bernilai ribuan ringgit, macam tandatangan big bos la...Ada juga tandatangan officer tertentu yang kita perlukan bila nak sahkan sijil, terutamanya bila nak apply kerja atau pun sambung belajar ataupun nak apply loan dan macam-macam lagila.

Ada tandatangan yang mudah ditiru, ada yang payah ditiru. Berhati-hatilah sekiranya tandatangan anda mudah ditiru. Makin senang tandatangan ditiru jangan terkejut bila ada harta benda kita yang diklon. Paling gerun, kalau kad kredit diklon. Huhu...merbahaya betul! Kita tak guna tetiba dapat statement yang kita gunakan kad dan kena bayar. Tak ke haru tu? Macam baru-baru ni, bos HQ terpaksa buat police report sebab ada orang klon tandatangan dia kat auditor’s report dan mempergunakan nama firma (tempat kerja aku sekarang) untuk buat laporan kewangan palsu. Gerun je aku dengar. Suka-suka je nak klon tandatangan orang. Ingat murah ke? Kena bayar tau. Dahla nak dapat lesen tu sikit punya susah. Dia suka-suka je nak klon sign orang. Apela...

Jadi, berhati-hatila dengan segala peniru dan pengklon tandatangan. Mana tau, kot-kot lepas ni tandatangan kita pulak yang diklon.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.