Kalau Dan Peluang......

Biasa tak dengar ayat ni;
“Kalau aku tau, aku takkan buat macam tu.”

“Kalau aku tau benda ni nak jadi macam tu, aku takkan buat”
“Kalau ada peluang kedua, aku akan perbaiki keadaan ni”

“Kalau ada peluang kedua, saya janji saya akan perbaiki apa yang awak tak suka tentang saya”

Semuanya bermula dengan “kalau”. Biasanya ayat-ayat tu dikeluarkan bila kita dah buat sesuatu yang kita rasa kita tak patut buat. Lumrahnya, manusia memang akan lakukan kesilapan. Cuma tak semua orang akan ada peluang kedua tu. Macam seseorang pernah bagitau aku, “Semua orang akan rasa menyesal bila dah buat salah. Mereka harap ada peluang kedua untuk mereka. Tapi bukan semua orang ada peluang kedua tu. Nama pun manusia, kita biasanya alpa dan bila sampai masanya kita sedar kesilapan kita, peluang tu sebenarnya dah takde untuk kita. Jadi selalula anggap peluang yang datang tu adalah yang terakhir untuk kita.”

Memang betulla apa yang dikatakan tu. Lumrah manusia, tak pernah menghargai apa yang ada depan mata. Bila dah hilang barula tergagau nak mencari. Kalau ada yang masih bernasib baik, mungkin masih ada peluang tu untuk mereka. Kalau tak, mungkin ada yang terlepas peluang atau pun menggigit jari sepanjang hayat. Sepatut dan selayaknya kita sentiasa ingat yang peluang tu bukannya sentiasa ada untuk kita.

Sama juga macam konsep kehidupan kat dunia ni kan? Kita disuruh berbuat amal ibadat seolah-olah kita akan mati esok. Sentiasa beringat yang kita bukan hidup selama-lamanya atas muka bumi ni. Entah esok atau lusa kita dipanggil mengadapNYA. Kalau kita sentiasa fikir yang maut tu boleh datang bila-bila masa, kita takkan buat perkara-perkara yang dilarangNYA, betul tak? Kalau kita rasa peluang beribadat dan bertaubat tu sentiasa terbuka untuk kita, sampai bila-bila pun kita takkan bertaubat.

“Nanti esok, bila dah tua akau taubatla...” (kalau sempat, kalau tak sempat?)
“Nanti bila ada yang nak membimbing aku, bolehla aku bertaubat” (sesuatu yang kita hajatkan tu takkan datang bergolek melainkan kita berusaha untuk mendapatkannya)

“Nanti dah kahwin, dah ada anak aku taubatla”
“Nanti bila dah sampai serunya, aku taubatla...”

Melalui pengalaman aku sendiri, biasanya bila kita ditimpa sesuatu musibah baru kita sedar yang kuasa Allah tu mengatasi segalanya. Baru nak sedar, baru nak bertaubat. Syukurlah sekiranya peluang tu masih terbuka lagi untuk kita. Sentiasa berusaha perbaiki diri dan muhasabah diri untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Insya Allah...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.