Indon Mari...

Kat opis aku sekarang ni ada 3 orang budak trainee baru. Sorang budak Politeknik dan dua orang lagi dari Unitar. Lelaki semuanya. Bagusla, sekurang-kurangnya boleh juga bantu kerja kitorang kat office tuh. Yang menariknya, 2 orang budak dari Unitar ni asal dari Riau, so memang ada la loghat Indonnya tuh. Rajin pun rajin. Kalah kalau nak bandingkan dengan bebudak trainee perempuan dulu. Bila suruh buat kerja memang pantasla dia buat. Mengemas pun bersih. Pendek kata memang malulah kalau perempuan mengemas tak sekemas macam yang diorang buat.

Mamat dua orang ni memang aku selalu pergunakan untuk memanjat dan mencari fail kat belakang sebab diorang ni tinggi macam galah. Pendek kata dengan adanya mereka ni memang bersihlah office aku diorang kerjakan. Heheh...Cuma ada masalah ‘accent’ sketla yang kekadang jadi masalah komunikasi untuk kitorang satu office ni. Mana taknya, kekadang jadi macam ayam dengan itik. Kita cakap lain, lain yang dia paham. Contonhnya;

“Kak, kenapa mesin ni ngak mau kerja?” –merujuk pada mesin fotostat yang hang.
“Kak, enggak boleh lewat ni...” – merujuk pada laluan sempit, tak boleh nak lalu.
“Kak, korannya mana?” – dia mintak suratkhabar, nak buat alas untuk isi toner fotostat.
Ada plak yang tolong jawab, “ Dalam surau.” Hahaha...pecah gelak aku masa tuh.

Paling bes masa dia jawab telefon office , “ (Nama office aku), selamat sore. Mau bicara sama siapa?” Pecah gelak satu office.

Tapi tak boleh nak salahkan diorang juga kan? Dah memang loghat diorang macam tu. Sejak kecik pertuturan memang macam tu kan? Yang jadi pelik bila dia masuk komuniti office aku ni. Padahal bukan tak biasa pun dengan pengaruh Indon. Lagu, cerita Indon sume tengok. Tapi bila jumpa depan mata jadi pelik kot? Kejutan budaya agaknya...Tapi, bagus jugak. Pengalaman untuk kitorang untuk 'going' internasional. Ahaha...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.