Cerita Satu Hari

Esok dah nak masuk bulan Mac ye? Sekejap je rasa masa berlalu. Mungkin ada yang dah sangap nak cepatkan jam ke bulan April. Entahla, sengal kerja makin bertambah je ni. Bila nak kurang agaknya? Rasa macam nak bercuti, tapi tak sampai hati nak bercuti bila kerja banyak ni. Paling aku tak suka, bila aku tengah buat job baru, job lama datang balik untuk pembetulan atau apa-apa adjustment. Pening nak melayan kerenah semua tu.

Hari ni aku memang tengah hangin dengan satu client ni. Pepagi call aku,

A : Hajar, boleh tak kalau akak nak buat tambahan lagi? Bos nak tambah provison for bonus la...
Aku: Alamak kak, dah siap final la, camne nak buat tambahan? Akak jugak yang cakap nak pagi ni.
A: Oh, tak bolehla ek? Takpela...

Aku boleh sabar lagi part ni. Memang kalau ikut schedule, dateline audit report untuk company bawah jagaan dia tu hari ni. Aku pun dah siapkan ikut schedule, alih-alih last minute nak tambah itu ini. Mau tak bengang. Tetiba petang tadi bos aku sms bgtau yang si Puan Director kelam kabut tuh nak tukar wording principal activity pulak. Sengal betul!

Lastly, aku call balik officer tu tadi,

Aku : Kak, boleh tak pulang balik report yang saya dah bagi tadi tu? Kata bos akak nak tukar wording kan?
A: Ha’ah, tapi boleh tak awak bagi replace copy je pagi esok? Sebab kita kena serahkan report ni pada company secretary sebelum pukul 5.30 ni. (masa tu dah pukul 5)
Aku: (Sebenarnya dah geram) Okla, tengokla pagi esok macam mana. Saya tunggu bos saya balik office ni. Kalau akak nak cepat, akak suruh bos akak feed info pada saya apa wording yang dia nak tukar tuh...

Aku memang rasa nak marah, tapi aku tak boleh marah. Tapi aku rasa officer tu dapat tangkap nada suara aku yang lain petang tadi tu. Biarlah. Memang dari awal lagi aku dah cukup tertekan dengan job ni. Ingatkan hari ni aku dah merdeka lah daripada kerenah diorang yang menyusahkan tu. Rupanya last minute ada lagi kerenah yang menyakitkan hati.

_Bos, saya surender! Tahun depan saya tak mau buat kerja dia lagi...

********

Aku pelik dengan line Maxis sekarang ni. Kenapa ntah, asal aku balik rumah je mesti problem. Nak send sms pun sikit punya seksa. 10 kali send pun belum tentu sms tu send. Ada paham? Ntah, aku pun tak paham. Kat office ok je. Bila balik rumah problem. Ada hantu ke dalam bilik aku ni? Padahal rumah dan office aku bukanlah jauh mana pun. Dalam satu kawasan je. Seksa sungguh. Paling bengong, sms yang dihantar sebelah malam aku akan terima pagi esoknya. Pelik kan? Jadi jangan kecik hati kalau bagi sms aku tak reply. Lebih-lebih lagi sebelah malam. Masa tu handphone berhibernasi ye kawan-kawan?

So, kalau adala sesiapa yang berkhidmat dengan Maxis dan terbaca entry ni, harap silalah buat siasatan atas apa yang terjadi pada line kat kawasan aku ni ye?

********

Petang tadi, cik adik sangap sms, tanya apakah itu tag? Jadi aku ambik kesempatan nak terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tag itu.

“Dik, tag atau semat tag itu adalah sejenis virus yang disebarkan dari blog ke blog oleh tuan empunya blog. Biasanya kita akan di ajukan dengan beberapa soalan (oleh pembawa virus utama) yang kita kena jawab kat blog kita. Lepas tu kita pulak kena sebarkan virus tag tu pada orang lain, contoh kena sebarkan pada 6 orang kawan-kawan. Jadinya lepas kita jawab tag tu, tanggungjawab kita adalah untuk menyebarkan virus tag tu pada orang lain.”

Ada paham? Hahah, kalau tak paham gak, print entry nih lepas tu rebus. Minum kasi habis. =p. Sorila, tak dapat nak jwb secara sms atas sebab-sebab yang dah dinyatakan kat atas tu ye?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.