Cerita Hujung Minggu

Semua perempuan suka shopping tapi tak semua perempuan kaki shopping. Ada beza kan? Hari semalam sempatla tawaf 1 shopping complex setelah sekian lama tak keluar dari kepompong aku. Huh, lama betul tak berjalan macam semalam. Tengah rasa tension dan tertekan macam sekarang ni bes je berjalan-jalan cuci mata sambil buang duit. Heheh...

Hasilnya? Dapatla menda-menda nih :

1. Sepasang kasut + privilege card drp kedai kasut tuh

2. BS 115 kaler ijau

3. DVD One Tree Hill - Complete 3rd season

4. DVD Kuntilanak.

Puas hati. Tapi di ingatkan sekali lagi, Semua perempuan suka shopping tapi TAK SEMUA perempuan kaki shopping. Haha...

*******
Semalam aku dah selamat khatam Ked Story kat hlovatehikayat. Jumpa e-novel ni through blog Famia. Memula baca memang peningla, sebab banyak istilah yang kita takkan faham melainkan kalau kita ni budak skate. Tapi cerita dia memang menarik dan bagi pengajaran pada kita, jangan pandang sebelah mata pada bebudak jalanan. Mereka pun manusia. Dan tak semua bebudak jalanan tu nakal dan berpendidikan rendah.

Aku tertarik dengan watak Ked tu sendiri. Ked a.k.a Khalid Faizal, orang nampak dia macam typical skater boy yang suka dikelilingi perempuan-perempuan cantik dan seksi. Hakikatnya, dia cuma seorang lelaki yang akan jadikan perempuan kesayangan sebagai teman seumur hidup. Ish, kalaula muncul lelaki macam ni depan aku, I’m not going to think twice to say yes. Haha...Berangan lebih!

“..Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater........Florida-Virginia........everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....”

Tak rugila luangkan masa membaca e-novel ni. Boleh jadi addicted pun ye. Terima kasihla ye Famia...Lepas ni kalau ada jumpa e-novel yang bes, jangan lupa preview lagi ye?


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.