Beraya Bersama Cuti

Aku baru perasan. Hari ni sebenarnya genap setahun forum BS tu beroperasi. Tahniah untuk semua penggerak dan pemeriah forum tu. Tak sedar, dah dekat setahun kenal korang semua. Thanks untuk semua dan juga untuk segala keindahan sepanjang tahun 2006.

Cuti panjang 3 hari. Tak buat apa pun. Niat nak balik kampung pun tak tercapai. Macam seronok je bermalas-malasan kat rumah masa cuti ni. Lama juga tak bersantai sambil membaca. Hmm...nampak sangat dah lama aku tak spend time untuk diri sendiri.

Ahad

Since dah ada orang buat entry pasal hari ni. So aku pun malas la nak cerita panjang apa yang aku buat hari ni. Dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke situ. Nak cari tempat pun boleh jadi sesat. Hahaha...Aku jejak kaki ke situ pun setahun sekali je. So, memang tak expert la dengan area situ. “Dia” tu lainla, memang dah khatam susur galur tempat tuh. Tapi bes gak, dapat melangut kat kedai buku. Hasilnya, jumpa gak novel yang aku cari tu. Cuma yang tak bes, masa balik aku terserempak dengan ex-manager yang kena fired dengan bos aku dulu. Bila aku jumpa dia hari tu, terdetik dalam hati aku, syukur Alhamdulillah, rupanya Allah masih sayangkan aku. Masih lagi diselamatkan daripada terjebak dengan ‘golongan’ sebegitu. Hmm...

Isnin

Hari menghapuskan virus-virus dalam laptop aku ni. Thanks kat provider, suggest antivirus baru untuk laptop ni. Alhamdulillah, sejak guna si avast ni laptop dah tak rasa berat dan lembab sangat. Cuma tak dapat dipastikan sama ada si avast ni support protection untuk spyware atau pun tidak. Tapi sejak guna si avast ni aku puas hatila. Nak bukak document ke, browser ke, tak lembab sangat. Cuma YM je masih bermasalah. Tak tau kenapa, mungkin sebab aku tak upgrade lagi kot?

Selasa

Hari ni dok mengadap template baru sambil-sambil menghabiskan novel RADHA yang aku beli minggu lepas. Dah lama si Famia suggest kan e-novel ni. Cuma aku je yang tak berkesempatan membaca. Ditambah lagi dengan keadaan laptop yang tak berapa nak ok, jadi aku tangguh je hasrat nak baca novel ni. So, bila dah jumpa kat rak kedai, belilah. Lagi senang baca buku daripada menghadap PC. Tak sakit mata. Haha...

Aku tertarik baca novel ni sebab jarang sebenarnya jumpa novel yang ada unsur islamik macam ni. Unsur cinta komersial tu tetap ada cuma jadi lebih manis bila unsur-unsur percintaan tu di kuatkan dengan kecintaan padaNYA. Tahniah untuk Rnysa...

“Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgamu.....”

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.