Awal Minggu....

Wah, sengalnye hari ni...Dengan meetingnya, dengan kerjanya yang makin bertimbun. Huhu, mencabar sungguh. Cuma satu benda la yang bes hari ni. PC kat office dah install OS baru. Tersangatla seronoknya sebab boleh online balik dengan aman sentosa tanpa perlu berpindah randah. Bes betul!

Hari ni ada sket pening sebab ada satu client ni nak suruh buat pembetulan audit report. Lepas tu suka suki dia je nak suruh kita ikut telunjuk dia. Wei, we’re independent maaa...mana bleh suka-suka je suruh kitorang ikut ape yang dia nak. Isk, geram je. Memangla service provider macam kami ni dah di train dengan slogan “client is always right” walaupun kadang kala ada jugak yang buat permintaan yang menyakitkan hati. Isk, sadis sungguh...Bagus jugak bila jadi benda-benda macam ni, sekurang-kurangnya aku jadi rajin nak search pasal new standards dan juga apa-apa update terbaru pasal bidang kerja aku ni. Hmm...masih lagi sengal nak memahami kehendak FRS ni...

Meeting pagi tadi pun sengal je melayan bos. Ingatkan nak kena marah, saspen betul. Rupanya nak bagi tazkirah panjang. Hahah...Paling aku ngeri, ada ke bos kate sape yang lepas umur 28 tak kahwin lagi, akan dikahwinkan. Tak ke ngeri tu? Huhu...sengal je bos aku tuh.

Baru aku perasan, hari ni hari Isnin rupanya. Patutla sengal semacam. Lambat lagi nak sampai hujung minggu. Waaa....nak cutiiiiiiii.....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.