Pandangan Pertama

Kenapa agaknya manusia suka prejudis dengan orang lain eh? Pelik..Kekadang kita tak kenal pun orang tu tapi kita dah boleh buat tanggapan tentang orang tu. Mungkin betulla kata orang ‘first impression’ tu penting. Tapi, apa salahnya kalau kita kenal dulu baru buat tanggapan.

Tak semestinya orang yang bermuka manis itu peramah,
Tak semestinya orang yang bermuka masam itu sombong,

Tak semestinya orang yang garang dan bengis tu tak boleh bertolak ansur,
Tak semestinya orang yang bermuka baik itu baik orangnya, boleh jadi dia seorang penipu besar,
Tak semestinya orang yang berkira itu kedekut,
Tak semestinya orang yang berperwatakan gila-gila itu tak boleh serius,
Tak semestinya orang yang berpakaian kemas itu berjawatan besar, boleh jadi dia sebenarnya seorang penjenayah profesional.
Tak semestinya orang berbadan ‘comel’ itu kuat makan, kadang-kadang orang yang berbadan ‘sekeping’ lebih banyak makannya berbanding orang yang berbadan ‘comel”.

Fuh, banyak pulak senarainya. Tapi memang betul pun. Tak semestinya penampilan positif memberikan impak positif dan tak semestinya penampilan negatif memberi impak negatif. Nak buat macam mana? Memang dah lumrah pemikiran manusia macam tu sifatnya. Suka prejudis, suka berburuk sangka pada orang lain. Lebih-lebih lagi bila kita belum berapa kenal dengan orang tu. Bila dah kenal pulak, lain kisahnya,

“Ooo, dulu aku ingatkan kau ni sombong”
“Ish, penyamun rupanya dia tu, ingatkan kerja besar”
“Tak sangka, senang rupanya berurusan dengan dia ni. Ingatkan garang macam singa. Menyesal lak pikir yang bukan-bukan dulu”

Kalau nak tau, aku dan ayat pertama tu terlalu sinonim. Kawan-kawan yang baru kenal biasanya memang akan bagi kenyataan macam tu. Entahla, mungkin sebab aku suka buat muka sombong kot pada orang yang aku tak kenal. Bila dah kenal baru boleh meriahkan suasana. Tapi rasanya sekarang dah jarang kot jumpa ayat tu? Sebab aku dah belajar jadi manusia peramah mulai sekarang ni. Heheh...

Hmm...pada aku la, tak salah kalau kita start kenal orang tu dulu baru buat penilaian. Apa kata, sempena tahun baru Maal Hijrah 1428 ni kita sama-sama ubah cara pemikiran kita supaya sentiasa berfikiran positif dan tak prejudis pada orang lain. Cubalah, insya Allah. Mudah-mudahan berjaya....

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.