Archive for January 2007

Sindrom Kesejukan

Pagi ni bangun terasa sejuk sangat. Tetiba je terasa macam duduk kat kampung. Jarang terasa sejuk macam pagi tadi sebenarnya semenjak aku duduk JB ni. Biasa terasa sejuk macam tu pun bila balik kampung je. Kalau kat kampung memang tidur malam dah siap bungkus dengan selimut bagai, jadi kekononnya bila bangun pagi takla sejuk sangat. Sama aje. Rasa malas je nak bangun pagi tadi, terlupa sekejap yang aku kena pergi kerja hari ni. Tak taula, sebab cuaca memang sejuk ataupun kulit aku yang makin menipis sekarang ni.

“Sejuk sangat ke sampai bersweater ni?”
“Nak demam ke?”
“Tak sihat ke”

Tu antara pertanyaan popular bila makhluk-makhluk office aku nampak aku siap berbungkus dengan cardigan. Sejuk weh...Aku pun naik risau ni. Rasa sejuk memanjang. Lepas tu siap bersin lagi. Sindrom ape ntah?

Isk..esok cuti eh? Tapi aku tak cuti pun. Ni antara cuti umum yang bos aku tak ambik. Ganti cuti raya. Jadi nanti cuti raya memang dapat 3 hari free extra leave. Yey...jimat annual leave aku. Bagus gak kerja. Bukannya menyambut pun. Kalau cuti pun aku dah tak tau nak buat apa. Bosan je nanti.

Haih, banyaknya yang nak diselesaikan ni. Dari hari ke hari makin banyak rasanya perkara yang aku belum selesaikan. Rasa macam dah menggunung hal-hal yang tak terselesai tuh. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan kedua dah. Ada ke azam yang dah tercapai? Belum lagi kot? Takpe, masih ada lagi 11 bulan. Usahakan sampai berjaya ya? Insya Allah, mudah-mudahan tercapai dan terlaksanala apa yang diimpikan dalam tahun ni.

Selamat bercuti untuk yang bercuti dan selamat bekerja untuk diri sendiri esok. Hai la...

*Entri di kala kesangapan tak dapat nak update belog sengal...

2 Comments

Kisah Teladan

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Leave a comment

Lebat Lagi...

Cepat sungguh masa berlalu. Esok, penyelamat aku dah mula kerja semula. Alhamdulillah, kurang sikit beban kerja atas bahu aku ni. Penat dah tolong cover kerja orang ni. Mulai esok aku dah boleh hand over kerja-kerja dia yang aku tolong cover. Fuh, lega rasanya. So, aku dah boleh concentrate pada kerja-kerja yang sepatutnya aku buat aje.

Rasa lega yang teramat sebenarnya minggu ni. Sebab aku dah selesaikan kerja-kerja remeh yang aku tangguhkan sebelum ni. Jadi sekarang aku dah boleh tumpukan pada kerja-kerja utama je. Kerja memang terlalu lebat bulan ni, sampai aku rasa macam nak quit job je. Heheh, ayat biasa bila tension dengan kerja dan juga bosan berhadapan dengan spesies manusia hipokrit. Tapi siapa tahu kan? Suatu masa nanti dapat offer yang lebih baik atau pun aku sengaja quit untuk buat something yang boleh beri aku kepuasan yang lebih daripada kerja aku sekarang ni. Anything is possible, right?

Aku ingat lagi, ada orang pernah beritahu aku. Kalau nak tukar kerja bila dah rasa bosan dengan current job, carilah peluang kerja yang lain daripada kerja yang kita buat sekarang ni. Memang interesting, sebab kita akan buat kerja yang lain daripada yang kita biasa buat. Jadi satu cabaran untuk diri sendiri. Rasa macam nak cuba, tapi masih sayang nak tinggalkan kerja sekarang. Lagipun aku tak berapa yakin aku akan dapat suasana kerja yang macam sekarang. Kalau fikirkan rasa terpinggir dan jauh daripada kawan-kawan office memang lama dah aku cari kerja lain, tapi aku still sayang nak tinggalkan office aku tu. Banyak kenangan manis, masam, pahit, payau kat situ. Takkan sebab satu hal yang kecik kita nak give up kan?

Bulan April ni genap lima tahun aku kat situ. Hmm...setia juga aku ni rupanya. Aku cuma berharap yang aku akan jadi lebih tabah menghadapi segala cabaran dunia kerjaya aku ni. No need to be ‘kaki bodek’ just to be noticed by the crowd. Huh...Aku bukan orang macam tu dan mudah-mudahan berterusan begitu. Insya Allah...

3 Comments

Untuk teman-teman...

"Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
kerana dia juga, seorang manusia:
dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan perlukan sahabat sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka..."

Leave a comment

Tertekan Atau Tekanan?

Tertekan atau tekanan? Teringat aku pada hujung minggu yang menekan baru-baru ni. Minggu yang sibuk dan menyibuk. Memang betul-betul menekan perasaanla masa tu. Terpaksa buat perkara yang kita tak rela nak buat. Hmm...macam tak ikhlas je bunyinye. Tapi, honestly memang aku buat kerja dengan keadaan yang tak berapa ikhlas masa tu. Fikir-fikir balik, redhakan ajela...Sekurang-kurangnya dapat juga memenuhkan poket aku bukan depan. Alhamdulilllah...

Ada orang tanya tadi, macam mana nak hadapi pressure? Bunyinya macam kronik je. Kenapa eh, bila libatkan bab kerja kadang-kala kita terpaksa juga hadapi walaupun tak berapa redha kadang-kadang tu. Jawapannya? Itula periuk nasi kita. Walau macam mana payah pun kita terpaksa hadapinya. Nama pun kerja makan gaji, bukannya bos. Even bos pun ada yang kena kerja lebih. Macam siapa ye? Heheh...Sekarang ni pun, bila kerja terlalu menekan aku pun, aku cuma tekadkan dalam hati, I LOVE THIS JOB! Aku boleh buat. Aku takkan mengalah....

Tekanan kerja ni kalau difikir-fikir sebenarnya boleh jadi gila. So, jalan paling mudah, don’t take it seriously. Cubalah jadi sengal je. Cuba jangan terlalu fikirkan sangat. Macam aku, bila rasa tertekan sangat selain mintak tolong DIA, aku suka dengar lagu. Kadang-kadang lagu yang berserabut pun jadi tak berserabut bila aku serabut. Hahah...Kadang-kadang aku suka melepaskan dengan cara mengusik orang (mintak maaflah untuk yang selalu kena buli tuh). Lagi satu, aku suka jalan-jalan cuci mata dan window shopping (heh, aku tau, mesti ada yang kata, “itulah perempuan...”) tapi hakikatnya benda ni berkesan. Pada akula, orang lain aku tak tau...Hmm...kalau tak berjaya jugak, biasanya jalan terakhir aku tido jela.

Bila fikir-fikir balik, memang bagus bila sekali sekala rasa tertekan ni. Ujian untuk kita macam mana nak hadapi tekanan. Ujian kekuatan dalaman. Kalau berjaya melaluinya sekali, insya Allah kita tahu macam mana nak handle tekanan tu pada masa akan datang. Cuma pada akula, bila si tekanan ni datang, jangan sesekali lupakan DIA. Hanya pada DIA je kita layak meminta pertolongan. Semoga kita semua takkan lupa pada DIA ye?

Leave a comment

Pandangan Pertama

Kenapa agaknya manusia suka prejudis dengan orang lain eh? Pelik..Kekadang kita tak kenal pun orang tu tapi kita dah boleh buat tanggapan tentang orang tu. Mungkin betulla kata orang ‘first impression’ tu penting. Tapi, apa salahnya kalau kita kenal dulu baru buat tanggapan.

Tak semestinya orang yang bermuka manis itu peramah,
Tak semestinya orang yang bermuka masam itu sombong,

Tak semestinya orang yang garang dan bengis tu tak boleh bertolak ansur,
Tak semestinya orang yang bermuka baik itu baik orangnya, boleh jadi dia seorang penipu besar,
Tak semestinya orang yang berkira itu kedekut,
Tak semestinya orang yang berperwatakan gila-gila itu tak boleh serius,
Tak semestinya orang yang berpakaian kemas itu berjawatan besar, boleh jadi dia sebenarnya seorang penjenayah profesional.
Tak semestinya orang berbadan ‘comel’ itu kuat makan, kadang-kadang orang yang berbadan ‘sekeping’ lebih banyak makannya berbanding orang yang berbadan ‘comel”.

Fuh, banyak pulak senarainya. Tapi memang betul pun. Tak semestinya penampilan positif memberikan impak positif dan tak semestinya penampilan negatif memberi impak negatif. Nak buat macam mana? Memang dah lumrah pemikiran manusia macam tu sifatnya. Suka prejudis, suka berburuk sangka pada orang lain. Lebih-lebih lagi bila kita belum berapa kenal dengan orang tu. Bila dah kenal pulak, lain kisahnya,

“Ooo, dulu aku ingatkan kau ni sombong”
“Ish, penyamun rupanya dia tu, ingatkan kerja besar”
“Tak sangka, senang rupanya berurusan dengan dia ni. Ingatkan garang macam singa. Menyesal lak pikir yang bukan-bukan dulu”

Kalau nak tau, aku dan ayat pertama tu terlalu sinonim. Kawan-kawan yang baru kenal biasanya memang akan bagi kenyataan macam tu. Entahla, mungkin sebab aku suka buat muka sombong kot pada orang yang aku tak kenal. Bila dah kenal baru boleh meriahkan suasana. Tapi rasanya sekarang dah jarang kot jumpa ayat tu? Sebab aku dah belajar jadi manusia peramah mulai sekarang ni. Heheh...

Hmm...pada aku la, tak salah kalau kita start kenal orang tu dulu baru buat penilaian. Apa kata, sempena tahun baru Maal Hijrah 1428 ni kita sama-sama ubah cara pemikiran kita supaya sentiasa berfikiran positif dan tak prejudis pada orang lain. Cubalah, insya Allah. Mudah-mudahan berjaya....

Leave a comment

Serangan Bertubi-tubi

Jam dah tunjuk pukul 2.15 pagi. Nape aku tak tido lagi eh? Lama dah tak kena penyakit ni. Tadi siang outstation lagi. Agaknya perubahan cuaca daripada sejuk ke panas, panas ke sejuk sebabkan penyakit aku ni datang balik. Fuh, mencabar sungguh. Mencucuk-cucuk, kekadang ada rasa nak muntah pun iye gak. Kekadang sampai aku rasa macam nak cabut je kepala aku ni. Selamat masih lagi waras. Heheh...Adakah ini yang dikatakan migrain? Ataupun kesan daripada kenakalan dan kebuasan waktu kecil-kecilan dulu yang selalu jatuh terhantuk? Huhu...

Tapi biasanya kalau dah kena sakit macam ni jawapan yang paling mudah adalah, memengsankan diri sendiri je. Jadi, lepas makan dengan bebudak office tadi aku terus decide nak balik. Sungguh tak larat. Hasrat hati nak stayback siapkan kerja pun musnah begitu aje. Rasa macam nak balik tido terus. Siap solat maghrib memang aku pengsan terus. Sedar-sedar dah pukul 12.30 a.m. Ha, itulah sebabnya aku jadi kelawar malam nih.

Apa nak buat lagi ni ye? Aha, layan sudoku la jap...Isk...T_T

3 Comments

Jenis Darah

Terjumpa ni kat belog yalin :

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh selesaikan secara bersendirian.

Hahah...ni jenis darah aku. Betul ke? Macam betul, macam tak. Tapi rasanya banyak yang betul. Apa pun, rasanya yang sama cuma kebetulan. Terserah pada diri masing-masing buat penilaian...

Leave a comment

Mungkin Ye Mungkin Tidak

Ahad yang mendung. Banjir. Tapi Alhamdulillah, rumah aku masih lagi terselamat daripada banjir. Hasrat hati nak pergi office hari ni pun terpaksa dikuburkan je sebab malas. Sori, bos...saya sangat malas hari ni, nanti saya siapkan kerja tu ye?

Dapat sms ni tengahari tadi. :

Kakak, kita dah lama nak tanya ni dari hari tu sebelum-sebelum ni lagi status kakak. Kenapa “mungkin ada mungkin tiada” eh? Sila jawab seikhlas mungkin.
Sender : +6017*******

Aku : Uik? Next question please..

Oho, soklan laen eh? Apa yang ada? Apa yang takde? Hohoho...Tak same kan?
Sender : +6017*******

Aku : Oho, baru ingat. Status YM ek? Itu bermaksud dan menunjukkan status saye pada ketika itu, sama ada berada di depan pc atau pun tidak. Amacam? Puas hati dengan penerangan saye? Ada soklan laen?

Ehe. Jawapan yang boleh diterima. Soklan laen? Oke, sebelum tu berani jawab ke tak agaknya ni? Dah berpunya ke belom? Hohohoho...
Sender : +6017*******

Aku : Huhu...soklan yang sukar untuk di jawab. Ada soklan laen? (wat-wat tak paham)

Kikikiki...susah eh? Takpe kita tuka soklan laen. Susah ni. Nah, soklannya, apekah nama sebenar anda? Uih, susah ni...
Sender : +6017*******

Aku tak jwb sms ni sampai petang. Tapi ini lah jawapan aku untuk sms dia ni;

Aku : Soklan tadi tu kita postpone dulu ye? Saya kena fikir dulu. Bila dah dapat jawapan nnt baru bagitau. Kehkehkeh...

Hahaha...aku tau, dia dah lama nak tau pasal benda ni daripada aku. Bila tanya je mesti aku akan konar kan soalan dia tu. Heheh, sori la cek adek. Bukan tak mau jawab. Tapi memang saje tak mau jawab. Jawapan standardnya adalah, BIARLAH RAHSIA. Biarlah hanya aku dan DIA saja yang tau.

Moralnya kat sini adalah, status YM aku takkan menggambarkan apa-apa hint. Hahaha...Berusahalah ye, wahai cek adek....

Leave a comment

Untuk Perempuan

Siang tadi, aku oustation dengan bos. Tak pasal-pasal kena jadi supir dia pulak hari ni. Aku pun sebenarnya tak selesa drive bila lelaki duduk sebelah aku, melainkan kalau adik aku yang duduk sebelah. Heheh...Selamat la masa balik bos aku nak drive. Tu pun jenuh gak aku dengar dia berleter. Huh, tambah sorang lagi lelaki yang suka berleter dalam hidup aku. Fuh~

Sampai kat tempat client tadi tiba-tiba je bos aku melahirkan hasrat hatinya;

Bos : I minat sebenarnya dengan kereta U ni.
Aku : Abis tu? Beli la satu. Untuk ur wife.
Bos : Ala, dia tak nak. Dia nak I jadi pilot dia seumur hidup.
Aku : (Gelak) Hah? Aik, ari tu bukan kata Kak As nak ambik lesen ke?
Bos : Entah dia. Hari tu dah ok dah. I dah adjust baek punya dengan dia. Tiba-tiba tak mau pulak. Dia nak I jadi pilot dia sampai bila-bila.
Aku : Isk...(sambel gelak)
Bos : Biasala jar, kena cucuk dengan officemate dia. Bebudak office dia ramai yang dah ada pengalaman. Bila pandai drive, suami tak mau hantar pergi balik kerja lagi. Lepas tu bil-bil semua dah kena bayar sendiri sebab dah tak payah susahkan suami.
Aku : Iyela, tapi kan senang bila ada kes emergency ke...Atau tetiba bos sakit ke? Siapa nak hantar ke hospital?
Bos : Itulah dia. Nak buat macam mana kan? Dah dia kata nak I jadi pilot seumur hidup dia. Silap-silap nanti bila I dah nak mati pun kena drive sendiri ke hospital.
Aku : Isk, apela bos ni. Kalau dah macam tu, panggil ambulans jela.
Bos : Takpela, selagi boleh buat I buat jela...

Hmm...kekadang aku pun tak faham dengan perempuan yang terlalu bergantung hidup dengan lelaki ni. Aku bukannya nak kutuk isteri bos aku ataupun declare aku ni terlalu independent. Tapi rasanya, tak semua benda kita perlu bergantung pada lelaki even dia tu suami. Pada aku la, tak salah kalau nak berdikari pun. Cuma kena pandai imbangkan la. Bila terlalu bergantung, lelaki mungkin akan fed up. Bila terlalu independent pulak, lelaki akan lepas tangan. Paling malang kalau dia anggap perempuan ni tak perlukan dia dalam hidup. Yang penting kena pandai bezakan mana satu yang kita boleh buat sendiri dan yang mana satu kita perlukan pertolongan mereka.

Hahah...ni pun menulis berdasarkan pengalaman yang cetek je. Mana yang betul tu ambikla jadi pengajaran. Yang tak elok tu tak payahla ikut ye? Buang masa korang je nanti...

Leave a comment

Cuai Lagi Lupa

Seperti yang diceritakan kat aku, Cik X ni bercadang untuk buka akaun bank. Sebelum singgah ke bank dia telah singgah dulu kat kedai fotostat sebab nak fotostat IC. Selesai semua urusan, dia terus menuju ke bank. Sampai kat bank, sambil tunggu nombor gilirannya dipanggil dia pun belek-belekla semua dokumen yang dia perlukan untuk buka akaun banknya.

Cik X : Ok ni, rasanya semua dokumen dah ada.

Tak lama lepas tu, nombor gilirannya dipanggil. Dia pun dengan confidentnya serahkan semua dokumen yang dia bawa tu pada si kerani.

Kerani : Borang dah isi ye dik?
Cik X : Semua dah ada tu kak. Dah complete dah saya isi semuanya.
Kerani : Bagi IC adik.
Cik X : IC? Jap eh. (Sambil cari IC dalam dompet). Eh, mana ni? Tadi ada...Yang fotostat tu tak boleh guna ke kak?
Kerani : Tak boleh dik. Ikut prosedurnya, kita nak yang ori gak.
Cik X : Mana eh? (dengan muka risau) Tadi ada. Kat mana pulakla dia cicir ni?
Kerani : Kalau takde, adik balik dulula. Nanti esok datang balik. Bank pun dah nak tutup ni.
Cik X : Hmm..okla kak. Nanti saya datang balik. (Sambil garu kepala, fikir kat mana dia cicirkan IC nya)

Agak-agaknya kat mana dia cicirkan IC dia tu ye? Abis satu bank dia pusing kot-kot IC cicir kat dalam bank. Tapi tak jumpa juga. Akhirnya dia teringat, masa fotostat IC dia cuma ambik IC fotostat je. Yang ori tertinggal kat kedai tu lagi. Hehe...sengal kan?

Apa korang akan buat kalau korang dok dalam situasi nih? Rasa-rasa nak pergi lagi ke bank tu? Huhu...kalau aku mungkin akan tunggu setahun lagi baru pergi bank tu semula. Tak pun sanggup je pergi buka akaun kat branch lain. Heheh...Tapi masa dengar cerita kawan aku ni pun rasa kesian gak. Tapi, nak buat macam mana, dia yang cuai kan?

Apa pun, peringatan juga untuk aku dan semua. Jangan lupakan IC anda walau di mana anda berada...

Leave a comment

Kali Pertama Ke Pertama Kali?

Pertama kali. Kali pertama. First Time. Rupanya banyak pertama kali dalam hidup kita eh? Biasanya hal yang pertama kali tu buat kita lebih teruja nak melaluinya.

Kali pertama dapat berjalan – tak tau pulak macam mana rasanya sebab mana ingat kan? Kecik-kecik dulu...Seronokla agaknya dapat berjalan setelah sekian lama merangkak.

Kali pertama tumbuh gigi – seronok agaknya dapat mengunyah makanan.

Kali pertama pergi sekolah – takut campur teruja masa memula jejak kaki kat Tadika dulu. Masa tu apa yang arwah abah cakap masa kat sekolah aku angguk je. Sampai arwah abah tanya nak balik pun aku angguk je. Heheh..

Kali pertama jumpa kawan – bes rupanya berkawan ni. Selalu dok rumah asik tengok muka arwah mak dengan adik beradik je. Sesekali jumpa sepupu. Luas rupanya dunia ni..

Kali pertama dapat duit raya – tak tau pun duit raya tu apa. Tapi tengok bebudak lain seronok je, aku pun tumpang jela sekaki...

Kali pertama naik sekolah menengah – memula takut. Takut nak tinggalkan zaman kanak-kanak. Lama-lama rasa macam nak cepat dewasa je. Nak melangkau zaman. Tapi sekarang ni rasa nak kembali ke zaman tu pulak.

Kali pertama pergi sekolah sendiri – sangat teruja sebab tak pernah naik bas ke sekolah.

Kali pertama pergi bandar – teruja gak sebab sebelum ni nak keluar ke bandar biasanya dengan mak ataupun kakak.

Kali pertama masuk emporium – baru tau macam mana rupanya emporium ataupun supermarket tu

Kali pertama ambik exam – takut. Tapi dalam masa yang sama ada perasaan seronok nak bersaing dengan kawan-kawan.

Kali pertama dapat result – takut juga. Tapi still gagahkan diri sebab aku tau aku dah buat yang terbaik masa exam.

Kali pertama berdikari – masa masuk UTM. Kena duduk berjauhan dengan mak. Homesick. Mom sick. Semua sick la. Alhamdulillah, masih mampu berdikari sampai sekarang.

Kali pertama dapat gaji – wah weeee.. Rasa macam nak beli semua benda yang diidamkan. Heheh..Sampai sekarang pun macam tu rasanya.

Kali pertama dapat bonus – wah weee juga. Masa ni dah berangan nak beli macam-macam. Masa tu dapat rembat discman. Sihat walafiat lagi sampai hari ni.

Kali pertama jatuh cinta – indah, menawan, mabeles walaupun tak berakhir dengan bes. Pengalaman tu.

Itu antara contoh pertama kali yang aku suka la. Banyak gak kali pertama yang menyedihkan dan menakutkan. Tapi takpela, aku rasa macam malas nak kenang dulu buat masa ni. Sebenarnya entri ni aku taip dalam keadaan yang sangat bercelaru. Jadi aku tak mau menambah kecelaruan yang dah sedia ada. Hue~ Mana tau kot-kot aku nak sambung bahagian kedua ke? Nantila kot...

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.