Archive for 2007

2008

Dah pun setahun. Pejam celik dah nak masuk tahun baru. Rasa macam baru semalam menaip entry untuk 31 Disember 2006. Hari ni dah berada di hari terakhir tahun 2007. Haih, cepat sungguh masa berlalu. Macam-macam hal yang dah berlaku sepanjang tahun. Pahit manis semuanya ada. Cuma aku tak tahu setakat mana aku mampu dan redha menerima apa yang dah aku lalui sepanjang tahun ni. Paling penting, aku makin banyak mempelajari sikap manusia sepanjang tahun ni.

Tak semestinya orang yang rapat dengan kita memahami kita. Hati-hati, mungkin orang inilah yang bakal menikam kita dari belakang.

Tak semestinya orang yang baik di depan kita juga berbuat baik di belakang kita. Ada kemungkinan dialah orangnya yang dikatakan musuh dalam selimut.

Tak semestinya orang yang berbaik-baik dengan kita tak mempunyai maksud atau tujuan tertentu. Mungkin orang inilah yang suka mengambil kesempatan di atas kelebihan orang lain.

Tak semestinya bila kita berbaik sangka dengan orang lain itu, orang lain juga mempunyai pemikiran yang sama dengan kita. Hati-hati, mungkin pemikiran seperti itu bakal memakan diri sendiri. Jadi, letakkan sedikit prasangka pada orang lain.

Tak semestinya sesuatu yang kita pegang tu akan jadi milik kita. Jangan memegangnya terlalu kuat jika tak mahu terasa sakit bila terlepas.

Entah, bila fikir-fikir, memang sedih la. Tapi, aku cuba redha dengan apa yang berlaku ni. Memang ada hikmahnya. Cuma, sekarang aku lebih suka ambil pendekatan berdiam diri. Mudah-mudahan kebenaran akan terbukti suatu masa nanti. Amin…

Buat masa ni aku cuba ikhlaskan diri memaafkan ‘manusia-manusia itu’ sambil mendoakan semoga Allah bukakan pintu hati mereka pada kebenaran.

Buat semua kawan-kawan, selamat melangkah ke Tahun 2008. Tak mahu wish, sebab aku nak simpan wish tahun baru sempena 1 Muharam nanti. Semoga kita akan jadi lebih baik dari semalam. Ampun dan maaf kalau ada kawan-kawan yang terasa hati sepanjang tahun ni. I’m a normal person. Kalau aku ada terasa hati dengan orang lain, maknanya orang lain pun mungkin ada yang terasa hati dengan aku. Jadi, aku mintak maaf dari hujung tudung sampai ke hujung sandal. Hehe… Moga kalian sentiasa berada dalam rahmatNYA.

8 Comments

Aktiviti Cuti


Ada yang sibuk bertanya, apa yang aku buat cuti panjang ni. Jawapannya, aku banyak menghabiskan masa di rumah. Buat marathon novel-novel menarik yang ada dalam simpanan aku. Salah satunya novel RADHA lah. Novel Ayat-ayat Cinta tu pun tak abis lagi di baca. Beli juga versi Melayu sebab versi pdf yang Brad bagi tu banyak kekeliruan. Hehe. Tapi yang benarnya, senang baca versi print daripada baca depan laptop. Sakit mata. Tak sabar juga menunggu filem Ayat-ayat Cinta ni di tayangkan. Macam mana agaknya mereka menggarap filem berasaskan novel genre ni ye?

Paling seronoknya cuti ni, tak payah fikir hal-hal yang menyakitkan hati. Aman dan tenteram hidup. Lapang fikiran. Duduk bersantai di rumah sambil membaca, layan dvd, layan Heroes season 2 yang aku dah download tapi tak sempat nak tengok lagi (tetap juga nak tengok walau Astro akan start tayang bulan depan). Sambil cuit-cuit juga kerja yang aku bawak balik tu. Kekadang fikir seronok juga kalau buat kerja dari rumah macam ni. Kurang stress. Huh, berangan jer!

Sepanjang minggu ni aku dapat 2 kejutan. Haih, ni bukan kejutan mcm si Aznil tu selalu buat ye? Tatau la nak kata kejutan macam mana. Satu kejutan yang mungkin (mungkin je la..) merubah kehidupan aku. Satu lagi kejutan yang buat aku makin berjauh hati. Entahla, sejak kebelakangan ni aku jadi makin sensitif. Tak sangka macam tu rupanya. Tapi takpelah, benda dah jadi. Sebenarnya pusing-pusing pun balik juga pada diri sendiri. Jadi, tak usah nak menyalahkan sesiapa atas apa yang jadi. Tengok diri sendiri. Apa yang kita beri pada orang lain, itulah yang akan kita dapat balik. Cuma kena lebih beringat dan juga berhati-hati dalam setiap tindakan yang aku akan ambik lepas ni. Nama pun manusia kan? Tak lepas daripada kekhilafan.

Tak berapa hari je lagi nak melangkah ke tahun baru. Apa agaknya azam di tahun baru ye? Mudah-mudahan apa pun yang kita hajatkan atau azamkan tu mampu membawa manfaat bukan saja untuk diri sendiri, bahkan juga untuk orang-orang di sekeliling kita khususnya. Aminn...

*Teringat kata-kata kawan aku semalam,"Kadang-kadang kita perlu juga meluahkan apa yang kita rasa. Jangan memendam sangat dalam hati. Bukan apa, kalau asyik dipendam je mana awak nak buang air mata tu?"
Jawapan aku, "Buang je kat dalam baldi. Haha.." Tapi dalam hati hanya Tuhan je yang tau. Hanya DIA je yang tau apa yang aku rasa, aku lalui selama ni.
Anyway thanks a lot. At least awak dah bagi jawapan yang memuaskan hati saya sekaligus membuang tanggapan saya pada semua orang. :)

2 Comments

Hipokrit


Hipokrit! Sesungguhnya aku memang tak suka orang yang hipokrit. Aku juga tak suka menjadi hipokrit. Tapi, adakalanya prinsip tu 'terpaksa' diketepikan demi menjaga hati orang lain, perasaan orang lain. Really hate that! Erghhhh~

5 Comments

Harapan?

Tengah sibuk menyiapkan kerja ni (sebab nak cuti minggu depan, terpaksalah me'rajin'kan diri) teringat lak perbualan aku ngan sorang adik ni petang tadi. Entahlah, bukan aku sengaja nak gelakkan dia. Tapi soalan dia tu memang buat aku rasa nak ketawa.

n: sis...
n: n der bace komen kt entry abg k?
n: sape die?
reflection_2108: abg k?
reflection_2108: siapa?
reflection_2108: x paham
n: dlm tu kn kakak ade ckp
n: kakak pon ade situasi cam n
n: ade seseorg yg menanti...
n: s*** ke?
reflection_2108: =))
n: soriii klu tanye
reflection_2108: sori
reflection_2108: tatahan nk gelak
reflection_2108: jap2
n: ishkkk nape....
reflection_2108: nk bace komen tuh
n: ekekekekekek
reflection_2108: where did u get that idea?
reflection_2108: :))
n: s*** pnh ckp
n: ehehehhehehe
reflection_2108: ckp?
reflection_2108: :-?
reflection_2108: dia ckp pe? :-?
n: eh ke n slh org...
n: kak pu3 la kn
n: gf die la
n: kak pu3
reflection_2108: =))
n: ermmm tp sure la...ingt2 lupe benda tuh
n: :D kakak....
n: alaaaaaaaaaaa~
reflection_2108: adeh
reflection_2108: sakit perut gelak
n: eheheheh kakak ni...
n: [-(

Haha, kelakar. You already make my day sis. Komen daripada orang lain disangkakan aku disebabkan nama yang sama. Hehe, kesilapan teknikal yang tak disengajakan. Biasalah tu. Tapi nak ucap tahniah gakla, sebab dalam keadaan mood aku yang tak menentu ni dia dah berjaya buat aku ketawa. Thanks again. (^_^)

Rapatnya kami tak bermakna bercinta. Dan bercinta juga tak semestinya bersatu. Jangan mengharapkan sesuatu yang kita 'harap'kan tu menjadi kenyataan. Tak salah mendoakan yang baik-baik. Cuma doakanlah kami temui kebahagiaan masing-masing. Aku masih lagi selesa begini. :)

5 Comments

Bas Dan Keretapi

Entah kenapa, tetiba nak dengar lagu ni hari ni. Teringat lak zaman belajar dulu :)

Busses and Trains - Bachelor Girl

Hey Mom, why didn't you tell me?
Why didn't you teach me a thing or two?
You just let me go, out into the world,
You never thought to share what you knew.

(Chorus):
So I walked under a bus,
I got hit by a train,
Keep fallin' in love,
Which is kind of the same,
I've sunk out at sea, crashed my car, gone insane,
And it felt so good, I wanna do it again.

Hey Mom, why didn't you warn me?
'Cause about boys there's something I should have known,
They're like chocolate cake, like cigarettes,
I know they're bad for me but I just can't leave 'em alone.

(Repeat Chorus)

Hey Mom, since we're talkin',
What was it like when you were young?
Has the world changed or is still the same?
A man can kill and still be the sweetest fun.

(Repeat Chorus)


4 Comments

Cerita Bosan!

Masuk hari kedua kat office baru. Nothing much. Bosan sikit sebab takde masyarakat kat situ. Kawasan baru, jadi tak ramai lagi umat kat sana. Mungkin tahun depan ramaila orang kat situ. Mudah-mudahan. Kalau tak mau mati kutu kat sana.

Petang tadi, balik office lama terus bos panggil. Appraisal. Takde apa yang mengerikan. Penilaian biasa setiap tahun. Tapi tahun ni ada sikit haru la. Aku pun tak tahu kenapa. Tengok muka bos tadi ada sikit sebak la. Kelakar je. Padahal bukan tak boleh jumpa lagi pun nanti. Tapi dari gaya dia macam berat je nak lepaskan aku pergi. Haih. Tempat aku sekarang pun akan dibiarkan kosong. Senang katanya aku nak buat kerja bila ada kat sana. Haih lagi. Selama ni pun memang dia je penguat semangat aku nak terus bekerja kat sana. Susah woo nak jumpa bos yang baik camtu.. Tu sebab 5 tahun masih setia dengan dia.

Memang pernah terfikir jugakla, betul ke keputusan yang dah aku buat ni. Biasalah, kadang-kadang rasa dah bulat tekad dengan satu-satu keputusan yang kita buat tu. Tapi bila sampai masanya, tak sampai hati nak tinggalkan apa yang pernah jadi milik kita tu. Aku rasa tanya sesiapa pun mesti kebanyakannya rasa camtu. Bagi aku, macam apa yang pernah aku utarakan dulu la, aku takkan menyesal dengan pilihan aku. Kalau pun ia bukan yang terbaik, insya Allah aku akan usahakan supaya ia menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

Untuk Ann, pilihan masih ada. Cuma mungkin masa belum mengizinkan. Mudah-mudahan dapat buat pilihan yang tepat :)

7 Comments

Dunia Baru!

Bagai terbayang-bayang lagi kelukaan semalam bila aku tengok orang lain terluka. Entah di mana silapnya, hubungan yang terbina sekian lama antara dia dan si lelaki musnah juga di pertengahan jalan. Terkejut bila dengar khabar ni. Aku tau mereka memang bermasalah, tapi tak sangka boleh berakhir macam tu. Sebak juga bila tengok kawan aku ni menangis. Nak tanya lebih-lebih kami pun faham yang dia tengah bersedih. Jadi, biarkan dia menenangkan dirinya sebelum bercerita. Cuma sms daripadanya yang mengatakan dia berada dalam keadaan yang baik. Harapnya macam tu la.

Memang perit. Aku cuma mampu bagi kata-kata yang aku harap dapat bagi semangat pada dia. Mudahan-mudahan dia tabah hadapi dugaan ni. Tak guna nak menyalahkan sesama sendiri. Sebab pada aku, masa ni lah kita patut muhasabah diri kat mana kekurangan atau kelemahan yang patut kita perbaiki. Harap dia mampu mengatasi tempoh kesedihan yang akan dia hadapi.

Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi lagi”

Entahla, mungkin suratan atau mungkin juga kebetulan hal yang sama juga berlaku pada aku dalam bulan Disember tiga tahun lepas. Tapi Alhamdulillah, I’m fully recovered now. Even until now, aku masih lagi bersahabat baik dengan dia. Walaupun ramai orang pertikaikan kenapa aku perlu nak berbaik-baik dengan dia, tapi pada aku tak salahkan berbuat baik sesama manusia? Besides, memang asalnya kami kawan. So, salah ke kalau kami tetap berkawan? Biarlah orang nak berkata apa pun. Janji tak melanggar undang-undang agama dan negara kan?

Hmm, start esok aku dah kena dok office baru. No internet and no gossiping around for the whole two weeks. Haih, mesti bosan tahap gaban nanti. Takpe la, sesekali kembali ke keadaan asal. Lagipun dua minggu aje kena dok sana. Menggantikan orang yang bercuti panjang. Lepas tu aku pun cuti. Yeay! Kekadang terfikir juga, kebelakangan ni banyak benar doa dan hasrat aku dipermudahkan. Alhamdulillah. Kekadang tu terasa cepat sangat semuanya berlaku. Tapi hakikatnya, itulah yang aku mahukan. Jadi, redhakan ajela. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Dalam tempoh dua minggu ni jangan ada yang rindu-rinduan lak eh bila tak dapat ketuk tingkap YM? (^_^)

2 Comments

Thanks So Much (^_^)


Terima kasih untuk segala bantuan yang dihulurkan.
Terima kasih untuk setiap bebanan yang diringankan.
Terima kasih untuk masa yang diluangkan.
Terima kasih untuk setiap kenangan yang terukir.
Terima kasih untuk setiap cerita yang dikongsi.
Terima kasih untuk segalanya.
Knowing all of you makes me realized that there's still a bunch of nice people out there (^_^)
Gonna miss all of you and our precious moments so very much!

*Cd ni berjaya buat aku mengalirkan air mata. Bukan kerana cerita ataupun lagu. Cuma terharu bila orang yang baru dikenali lebih menghargai dibandingkan dengan orang yang lebih lama aku kenal(T_T)

4 Comments

Pilih Simpang

“Nak tau tak claim dia berapa banyak bulan ni?”
“Claim banyak-banyak ni untuk raya la tu”
“Asyik-asyik dia je yang dapat job besar. Abis tu macam mana kita ni nak capai target sales kita?”
“Ala, kalau dia naik gaji pun sebab dia baik dengan orang kanan bos”

Aku dah banyak bersabar dengan kata-kata yang mereka lemparkan pada aku tu. Mula-mula memang aku mampu bersabar. Tapi bila sampai mempertikaikan bahagian aku, rezeki yang aku dapat aku jadi sedih sendiri. Kenapa nak pertikaikan bahagian orang lain sedangkan masing-masing ada bahagian tersendiri? Selama ni aku tak pernah mempertikaikan bahagian orang lain, kenapa dia nak pertikaikan apa yang aku dapat hasil usaha aku sendiri?

Nak kata takde pendidikan agama, rasanya mereka lagi advance. Sekolah menengah agama lagi. Tapi kenapa tak redha dengan ketentuanNYA? Kenapa masih nak mempertikaikan bahagian orang lain? Merekalah antara manusia yang aku kenali yang tak pandai bersyukur! Suka merungut sana sini. Suka mempertikai itu ini. Segala benda-benda remeh yang tak patut difikir tapi dia nak fikir. Pelik kan? Bukannya nak memburukkan orang lain, cuma mereka ni keterlaluan dalam hal-hal macam ni. Suka sangat mengata orang tapi tak suka tengok cermin, tengok kekurangan diri sendiri.

Peluang yang bos aku beri memang umpama satu rahmat buat aku. Bukan aku nak melarikan diri daripada masalah. Cuma aku mengelak daripada menambah luka lebih dalam. Mengelak daripada mendengar apa-apa yang bakal membangkitkan kemarahan dan dendam pada orang lain. Di samping tu juga aku terasa seperti mahu mencabar diri sendiri sempena tahun baru ni. Insya Allah, peluang ni akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan masih lagi diberi kekuatan menghadapi segala cabaran dan dugaan. Amin..

Bila difikirkan balik memang betul agaknya apa yang diperkatakan kawan aku ni. Bos tak nak aku berundur disebabkan masalah persekitaran. Aku pernah ditanya kenapa nak bercuti panjang. Tak sampai hati nak bercerita, lebih-lebih lagi memburukkan orang lain. Akhirnya aku cuma bagitau yang aku tertekan. Bukan dengan kerja tapi persekitaran. Mungkin la kot. Mungkin juga disebabkan peluang tu memang nak diberikan pada aku dari dulu. Cuma masa je yang tak mengizinkan. Siapa tahu kan?

Sebenarnya aku dah tak sabar nak keluar daripada office. Tapi bila memikirkan banyak lagi hal yang perlu aku selesaikan, banyakkan bersabar ajela. Hehe. Cuma ada satu perkara yang aku baru sedar. Rupanya bila orang cemburukan kita tu sebenarnya kita bagus. Jadi, tak payah buang masa bersedih sebab hal-hal remeh macam ni. :)

7 Comments

Takde Hati!

Suka sangat lagu ni :)

I Don't Have The Heart - James Ingram

Your face is beaming
You say it's ‘cause you’re dreaming
Of how good it’s going to be
You say you’ve been around
And now you’ve finally found
Everything you wanted and needed in me

I don’t have the heart to hurt you
It’s the last thing I want to do
But I don’t have the heart to love you
Not the way you want me to

Inside I’m dying
To see you crying
How can I make you understand
I care about you
So much about you, baby
I’m trying to say this as gently as I can

‘Cause I don’t have the heart to hurt you
It’s the last thing I want to do
But I don’t have the heart to love you
Not the way you want me to

You’re so trusting and open
Hoping that love will start
But I don’t have the heart, oh, no
I don’t have the heart

I don’t have the heart to hurt you
It’s the last thing I want to do
But I don’t have the heart to love you
Not the way THAT you want me to

I don’t have the heart (Ooh...)
(Baby, I don’t have the heart, I don’t have the heart)
I don’t have the heart (Ooh...)
(Baby, I don’t have)

I don’t have the heart
I don’t have the heart
I don’t have the heart...

3 Comments

Warna Warna Hidup

Hidup kita ni terdiri daripada pelbagai warna. Dan kita memang takkan dapat lari daripada segala macam warna kehidupan kita ni. Tak kiralah cantik ke tak cantik ke semuanya memberi makna pada kita. Semuanya terpulang kepada kita macam mana kita menerima warna-warna yang diberikan kepada kita. Kalau dapat warna yang buruk, bagaimana agaknya cara kita nak mencantikkannya. Kalau dah memang diberi warna yang cantik, macam mana agaknya kita nak menambah kecantikan warna tu. Ataupun tanpa kita sedari kita sebenarnya yang telah pun mencacatkan warna yang dah sedia cantik tu.

Dah nama pun manusia kan, kadangkala kecantikan warna yang dikurniakan kepada kita tu tak dihargai sebaiknya. Dicorengkan warna-warna noda yang dirasakan dapat mencantikkan warna asal, sedangkan warna yang dipalitkan tu sebenarnya dah pun mencacatkan kecantikan asli warna asal tanpa kita sedari.

Tapi pada aku, cantik atau tak cantik warna kehidupan kita tu bergantung kepada bagaimana cara kita mengendalikan kehidupan kita sendiri. Kalau memang ditakdirkan kita dilahirkan dalam kehidupan yang bagus, lengkap serba serbi bagaimana agaknya kita mempergunakannya? Adakah dengan cara yang betul ataupun sebaliknya? Jika dipergunakan sebaiknya, Alhamdulillah. Jika tidak, bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Takdirnya manusia memang alpa, mudah tunduk pada kemewahan dunia yang sebenarnya tak menjanjikan apa-apa pun. Mudah-mudahan kita masih lagi tergolong dalam golongan yang beringat. Amin..

Aku pun sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa tak semua warna-warna yang cantik tu untuk aku. Kesenangan hari ni tak bermakna melupai keperitan semalam. Bukan juga bermaksud menoleh ke belakang, cuma sesekali kita perlu menoleh untuk menjadikan perjalanan di depan lebih lancar.

*Aku - Masih lagi menimbangkan perjalanan untuk 2 persimpangan. Sama ada memilih perjalanan pendek yang dah diketahui destinasi ataupun perjalanan panjang yang hanya aku saja berhak menentukan corak perjalanannya.*Sigh*

3 Comments

Menabur Habuk :D

Musim berhibernasi. Heheh. Sekarang ni memang takde mood nak berkongsi apa-apa cerita pun kat sini. Makin kecewa dan juga berjauh hati dengan orang sekeliling. Bukannya apa, bila aku cuba mempertahankan diri setelah lama berdiam, keadaan semakin tak boleh diperbaiki. Aku pulak yang semakin berjauh hati dan juga kesal dengan sikap orang yang pernah rapat dengan aku dulu. Jadi, rasanya lebih baik teruskan aje kehidupan apa adanya.

Sekarang sebenarnya masa lapang dah banyak terisi dengan aktiviti-aktiviti yang aku dah lama tinggalkan dulu. Antaranya, layan games sampai lupa diri. Haha (^_^). Kredit untuk adik-adik trainee yang banyak supply sampai pendrive aku pun dah penuh dengan games. Satu lagi aktiviti wajib tetiap malam adalah menonton sinetron di Astro Aruna. Haha. Terjebak dah! Takpe, sekurang-kurangnya takdelah melangut dok fikir masalah kan? :D

Yang penting sekarang ni aku terasa cam nak tidur sama cam kucing tu. Comel kan? Haha. Jom tidur~zZzZzZ...

5 Comments

Cuti-cuti Malaysia

Minggu lepas

"Kak, jomla pergi cuti-cuti. Kitorang tau akak tengah bengang. Tengah sedih. Kalau pergi waterfall pun oke ni. Jom la kak...,"
Adik-adik trainee yang prihatin ni dok sibuk ajak bercuti. Tapi aku still berkira-kira lagi nak pergi ke tidak. Dengan jemputan gath aci-aci lagi. Berbelah bagi jadinya.

Tapi akhirnya, aku pilih trip percutian ni. Maaf untuk geng forum BS. Insya Allah, ada rezeki panjang umur boleh jumpa lagi :D

Hari Sabtu

Mula mengatur segala persiapan untuk ke Gunung Ledang. Rasa teruja juga sebab dah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Seingat aku, kali terakhir ke sana masa tahun 2000. Muda remaja lagi masa tuh (ahaks...:p). Mastermind kami pun dah seronok banget nak ke sana walau diduga dengan masalah kesihatan anaknya. Doa kami moga semuanya berjalan lancar.

Hari Ahad

Rombongan yang dirancang bergerak juga ke Muar walau ada sedikit perancangan yang terpaksa ditukar saat-saat akhir. Mastermind tak dapat turut serta disebabkan masalah kesihatan. Hehe, takpela kak. Nanti kita plan trip ke tempat lain pulak yer? Insya Allah...

Perjalanan yang memakan masa 2 jam tak terasa disebabkan keterujaan untuk mandi manda kat sana. Yela, semenjak seminggu lepas lagi ada yang dah terbau-bau aroma air terjun. Hehe.

Sampai kat sana, macam biasa la. Selain aktiviti mandi manda, diselang seli juga dengan aktiviti makan-makan dan bergambar. Aktiviti biasa bila ada hantu lilin (gelaran yang aku beri untuk orang yang gila bergambar..haha). Nanti tengokla gambar-gambar yang dah di snap sepanjang trip ni.

Memang seronok. Dapat juga melepaskan lelah setelah penat bekerja ni. Lain kali boleh cuti-cuti lagi yer? ;)


5 Comments

Lagi Playlist

Saja je nak post playlist ni. Boleh tahan juga lagu-lagu group ni. Namanya Big Mama. Korean. Tau kewujudan diorang ni pun sebab terlayan V Countdown 2 hari lepas. Hehe. Jumpa lagu ni masa menggodek multiply semalam. Jom layan ~ (guna taktik cam Curx bila malas nk update blog :p)


5 Comments

Hibernasi!

Hibernasi. Tuan punya blog ini sedang berehat akibat tekanan yang melanda. Macam seronok je biarkan blog bersawang buat seketika. Tak payah fikir nak buat entri apa hari ni, entri apa untuk esok (macamla update hari-hari..hehe).

Nak tahu apa yang tuan punya blog buat 2-3 hari ni bila x online? Tuan punya blog ni tersangatla obses dengan satu games yang ala-ala CSI. Cari barang tersembunyi untuk selesaikan kes. Ada 14 stage semuanya sebelum capai tahap big bos. Memang fun bila dapat selesaikan stage by stage kes tu. Tapi malangnya, tuan punya blog ni lupa apa nama games tu.



Kalau nak tau, inila rupa bentuk games yang sedang digilai oleh tuan punya blog ni. Ha, jadi sekarang ni tuan punya blog nak sambung permainan yang tertangguh tadi. Nanti-nantila baru bercerita lagi yer? :p

Buat yang berkenan nak berkenalan dengan games ni, silakan sedut kat sini yer?

2 Comments

Hurt Attack!

Sedih kan, bila perbuatan baik yang kita hulurkan tapi dibalas sebaliknya?
Sedih juga kan, bila kepercayaan yang kita berikan dibalas dengan pengkhianatan?

Lagi sedih bila orang yang kita harap-harapkan rupanya mengambil kesempatan atas kebaikan yang kita hulurkan.

Aku selalu percaya, kebaikan yang kita hulurkan pada orang lain tu akan terbalas juga walaupun bukan daripada orang yang kita hulurkan kebaikan tu. Memang itu pun yang selalu berlaku pada aku. Cuma kekadang rasa kebaikan yang kita hulurkan pada orang disekeliling sewenang-wenangnya diperkotak katikkan. Juga terkadang terasa diri selalu dipijak-pijak oleh orang lain dan aku hanya mampu membiarkan diri dipijak sesuka hati.

Positive thinking. Ini yang selalu aku tekankan pada diri sendiri. Paling penting, jangan suka berprasangka buruk pada orang lain. Tapi, kenapa ya susah sangat nak berfikiran positif, berprasangka baik pada orang lain? Susahnya bila berdepan dengan ‘masyarakat’ yang mementingkan diri sendiri ni.

Entahla, kalau ikutkan aku memang malas nak memikirkan hal-hal yang menyakitkan hati ni. Tapi aku kesal bila aku berdiam diri, macam-macam cerita yang timbul. Paling aku kesal, orang yang selama ni aku percaya, aku hormat dah menikam belakang aku bertubi-tubi rupanya. Alhamdulillah, Allah tu maha adil dan mudah-mudahan hidup orang-orang sebegitu masih lagi dilimpahi nikmat kebahagiaan. Aku takkan berdendam. Masih ada lagi secebis dua kenangan manis untuk aku kenang sepanjang hayat aku. Lagipun, hidup kita bukannya lama pun kan? Entah esok atau lusa dah sampai giliran kita.

Biarlah, aku bersyukur masih dapat hirup nafas di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Mudah-mudahan masih lagi dikurniakan ketabahan menghadapi segala dugaan mendatang. Amin...

P/s : tiba-tiba rasa sayu sangat bila dengar lagu Aishah ni. (T_T)

5 Comments

Tidurlah, Selamat Malam...

Semput. Pancit. Semua ada. Minggu yang sibuk sejak balik dari bercuti. Memang tak sempat nak menjengah blog kawan-kawan. Jangan ada yang terasa hati yer?

Sebenarnya dah lost track dengan kerja. Maklumlah, cuti lama sangat. Jadi, memang ambik masa sikit nak continue job yang terhenti sebelum raya. Selamatla dapat bos yang memahami. Cuma terkilan dengan sikap ‘seseorang’ yang lebih suka bercakap daripada bertindak kat office aku ni. Takpela, yang penting kerja aku dah siap. Yeay! Tapi minggu depan dah kena start job baru la pulak. Isk...

Semalam pulak, sibuk dengan majlis hari raya yang office aku anjurkan. Seronok juga walaupun penat. Hasilnya, semalam aku tidur lepas Isyak sampai pagi. Bangun pagi lepas subuh baru siapkan kerja yang sepatutnya aku siapkan. Kalau bos tengok ni mesti bangga. Hehe..

Tapi dalam kesibukan ni pun sempat la aku kumpul lagu-lagu lama (takdela lama sangat pun). Kebanyakannya lagu-lagu yang aku suka zaman-zaman sekolah dulu. Hehe. Terima kasih banyak untuk warga multiply! (^_^)

Malas nak fikirkan hal-hal yang menyakitkan hati tu. Biarkan semuanya ikut arus. Jangan hanyut sudah la.. Mudah-mudahan aku masih mampu lagi menjadi manusia yang boleh memaafkan orang lain. Amin...

Mesti ada yang pelik sebab tajuk entri macam takde kaitan je dengan entri. Haha, bukan apa. Sekarang ni aku suka sangat lagu Bersama Bintang ni. Dapat lagu ni daripada trainee kat office aku. Kalau rasa berkenan, mehla sedut kat sini (^_^)


6 Comments

Penyejuk Hati :)

Sekiranya dirimu merasa tersendiri, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia sentiasa menemanimu.
Sekiranya dirimu merasa kesunyian, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia sentiasa menjadi penghiburmu.
Sekiranya dirimu merasa tertekan, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia adalah tempat penggantungan setiap sesuatu yang sedang dlm kebuntuan.
Sekiranya dirimu merasa hiba, sebenarnya dirimu tidak begitu,
kerana Dia adalah penawar bagi segala duka.
Dia, Tuhan Yang Maha Mulia,
Tuhan Yang Maha Lembut lagi Maha Penyantun,
adalah segala-galanya dan tiada yang lain dapat menandingiNYA dalam
seluruh kehidupanmu! :)

3 Comments

Raya Yang Tak Raya

Tak sedar dah masuk raya ke-enam hari ni. Ada yang dah mula bekerja pun. Aku je yang masih lagi bercuti. First time aku sambung cuti raya sepanjang 5 tahun aku kerja ni. Ada jugak suara-suara sumbang yang berbunyi. Tapi, peduli la. Bos aku pun tak kata apa-apa bila aku nak cuti. Apa hak orang lain nak pertikai kan? Aku dah penat fikirkan hal orang. Jaga hati orang lain. Tapi orang lain ada ke fikirkan perasaaan aku? Sama je kan, buat baik ke jahat ke orang tetap mengata. Jadi, aku buat ajela apa-apa ikut suka hati aku. Senang kan?

Cerita tentang raya, to be honest aku tak rasa pun suasana raya tahun ni. Ada yang tanya aku, puas tak beraya tahun ni? Tapi aku tak tahu nak jawab macam mana. Tahun ni raya pun macam bercuti aje. Yelah, balik kampung semata-mata nak mengemas rumah yang belum siap diubahsuai tu.

Sehari sebelum raya aku dengan kakak dan adik bertolak balik kampung dengan semangatnya sebab nak mengemas rumah. Sampai je rumah memang tak sangka keadaan rumah jadi macam tu. Barang-barang dalam rumah semua dah tunggang langgang macam kena pecah masuk. Memang bersungguhla mengemas sampai tak sedar hari dah petang. Cadangan asal memang nak bermalam kat sana. Tapi bila tengok keadaan rumah yang tak berapa selesa untuk didiami, kami pun bertolak balik ke JB petang tu juga. Cuma adik aku je yang nak beraya kat sana. Sadis juga bila fikirkan balik apa yang jadi petang raya tuh. Mana taknya, hari terakhir berpuasa aku cuma berbuka puasa minum air aje, dalam kereta pulak tu. Tambah pulak bila dengar takbir raya lepas maghrib tu. Waaa, sebaknye. Memang meleleh la air mata petang tu. Tapi, hakikatnya aku dah buat pilihan kan. Jadi hadapi ajela dengan tabah. Hehe...

Pagi raya pertama tu, aku memang tak larat nak fikir apa la. Penat seharian mengemas dan berulang alik semalamnya pun tak hilang lagi sebenarnya. Pertama kali berhari raya kat bandar. Sejarah tuh. Hehe. Kalau nak fikirkan sedih, memang dok meleleh ajela sepanjang hari. Ditambah pulak program tv especially drama la sumenye sedih-sedih belaka. Bila fikir semula, aku bukannya sambut berseorangan pun. Dan juga bukan menyambut kat tempat yang terlalu asing buat aku. Cuma keadaan sekeliling sunyi sepi la sebab kebanyakan orang balik kampung. Cuak pun ada. Yela kan, waktu-waktu macam ni la orang suka nak buat jahat. Tapi, Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku.

Raya kedua kami bertolak semula ke kampung sebab nak ziarah kubur arwah mak dan abah. Dahla hari-hari biasa pun susah nak ziarah. Waktu raya ajela kalau nak ziarah pun. Selesai ziarah, balik rumah. Dah meriah dengan suara budak-budak. Diorang pun seronok je bila kitorang balik. Yela, nak duit raya kan? Hehe, seronok betul jadi kanak-kanak. Tak payah nak fikir apa-apa. Senang je hidup.

Sebelum balik JB petang raya ketiga tu sempat jugalah aku beraya ke rumah 2 orang sahabat baik zaman persekolahan dulu. Tapi tak berapa seronok sangat sebab biasanya beraya beramai-ramai ziarah dari rumah ke rumah. Tapi tahun ni mana ntah semua kawan-kawan aku hilang. Semua dah ada komitmen sendiri kot. Jadi, aku beraya jela sendiri mana yang sempat. Macam-macam juga cerita aku dapat termasuklah cerita tentang orang yang aku dah lama nak jumpa. Bukan kecewa, cuma terkejut. Takpela, aku cuma mampu berdoa dari jauh, mudah-mudahan dia berbahagia dengan hidupnya. Amin...

Tahun ni tak sempat bergambar pun. Sebenarnya malas. Hehe. Gambar anak-anak buah je yang banyak. Mak sedara diorang malas nak bergambar. Tunggula bila rajin yer? (^_^)


3 Comments

Salam Aidilfitri


Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan selamat menyambut Aidilfitri untuk semua kawan-kawan sama ada yang mengenali atau pun tidak. Maaf atas segala kekasaran bahasa atau keterlanjuran kata sama ada disedari mahu pun tak disedari.

Buat yang memandu pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan dan selamat ke destinasi yang dituju. Ingatlah orang-orang tersayang yang menanti kepulangan kita.

Sebenarnya, aku masih lagi tak berada dalam mood hari raya. Banyak sangat hal yang nak difikirkan. Entahlah, walau macam mana benci atau menyampah sekali pun, aku kena hadapinya juga dengan tabah. Mudah-mudahan Allah masih lagi mengurniakan kesabaran untuk aku hadapi apa-apa juga dugaan yang mendatang. Amin...
Tidaklah dikatakan hidup,
jika tiada penawar untuk sebarang kepahitan.
Hidup sukar untuk diduga,
tetapi sedalam2 lautan pun nelayan itu tetap meredah geloranya...
Thanks for this quotes. (^_^)

3 Comments

Kawan Baik :-)

Got this from one of my emails. Rasa macam nak tujukan untuk seseorang la...>:)

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

3 Comments

Apa Rasanya Yer?

Apa perasaannya berhari raya di rantau orang yer? Sedih tu memang tak dapat dinafikan la. Berjauhan dengan insan-insan yang disayangi. Terutamanya kedua ibu bapa berserta keluarga la.

Bayangkan kita berhari raya bersendirian di luar negara kerana melanjutkan pelajaran. Hanya ditemani rakan-rakan senegara yang dikenali. Dengar pulak lagu Dendang Perantau tu. Mesti menusuk kalbu kan?

Bayangkan kita berhari raya dirantauan disebabkan tuntutan kerja kita. Sama ada berjuang untuk mempertahankan negara, mahupun sekadar mencari rezeki untuk menyara keluarga. Tak dapat tidak, pasti ada kesayuan yang bakal bertandang dalam diri bila mendengar takbir di pagi hari raya tu.

Bayangkan diri kita berhari raya buat kali pertama tanpa keluarga kita. Macam mana perasaannya setelah sekian lama berhari raya dengan keluarga sendiri, tiba-tiba tahun ini kita tak dapat berhari raya bersama mereka. Ish, agak-agak menitis tak air mata masa pagi raya tu?

Bila fikir-fikirkan kemungkinan tak dapat beraya kat kampung tahun ni, aku selalu terbayangkan kemungkinan-kemungkinan kat atas tu. Memangla sedih, cuma bersyukur sebab walau aku tak dapat berhari raya kat kampung, ahli keluarga aku masih ada lagi berdekatan dengan aku.

Jadi, jangan selalu menangisi atau meratapi nasib diri. Cuba toleh sekeliling kita. Kalau kita rasa kita kurang bernasib baik, mungkin ada orang yang lebih kurang bernasib baik dibandingkan kita.

2 Comments

Menjelang Syawal

Kurang 2 minggu lagi dah nak raya. Sekelip mata je kita dah nak tinggalkan Ramadhan. Tengok sana sini pun dah meriah orang buat persiapan raya. Dengan kuih, baju, kasut, langsir dan segala macam benda baru yang dibeli mahupun disiapkan sempena menyambut raya ni.

Tapi, peliknya aku tak terasa pun kemeriahan nak beraya tu. Tak terasa macam nak beraya pun. Buat persiapan pun sekadar mencukupkan syarat. Tak tahu kenapa. Macam takde hati je nak beraya tahun ni. Memang nampak orang lain sibuk buat persiapan. Bila masuk shopping complex pun lagu raya berkumandang sana sini. Tambah dengan booth yang berselerak menayang baju dan kuih raya. Lagi la nampak macam dah dekat benar dengan raya tu. Aku je yang tak berperasaan. Hehe...

******
2-3 hari ni aku diserang pening kepala. Ingatkan pening kepala biasa aje. Yela, mana tau kot-kot ade salah makan ke. Bulan puasa ni diet makanan tu pun bukan tentu sangat. Aku pun buat tak tahu aje la.

Tapi bila pening ni berlanjutan sampai ke 2-3 hari aku dan syak, ni mesti ada kaitan dengan cermin mata aku. So, semalam aku pun pergilah cek mata. Sah, kena tambah power lagi. Selamat tak tinggi sangat. Tambah dalam 50 jer belah kanan.

Pelik juga ni. Biasanya pening ni jadik kronik bila aku kat office jer, especially masa menghadap kerja. Ada gak yang kata benda ni jadik sebab aku stress. Entah la, aku admit banyak sangat hal yang berlaku kebelakangan ni. Antaranya hal yang buat aku sedih sesangat. Kerja yang melampau tahap gaban pun ye gak. Banyak sangat fikir agaknya.

Dah, jangan fikir banyak sangat. Kita fikirkan hal orang, orang lain bukan fikir pun hal kita, ye tak?

Adeh, pening la....agak-agaknya kalau buang terus cermin mata ni ok tak eh? :-?

3 Comments

Warkah Buat Cik AM

Wahai cik air mata,
Apa tujuan cik air mata diciptakan?

Ada yang kata air mata ni peneman orang perempuan.
Tak kurang juga yang kata cik air mata ni senjata perempuan.
Ada juga yang kata cik air mata ni pengiring pelbagai kejadian.
Sedih, pilu, gembira, suka.
Semua melibatkan cik air mata.

Kadang-kadang orang yang selalu bertemankan cik air mata ni dikatakan sensitif,
Kadangkala ada juga yang mengeluarkan cik air mata semata-mata untuk melegakan perasaan,
Kadang-kadang ada jugak yang sesetengahnya mempergunakan cik air mata je.
Bukan apa,
Kebelakangan ni saya kesian kat cik air mata.
Selalu dipergunakan oleh si ratu.
Hal kecik-kecik pun nak gunakan cik air mata.
Nampak ketara sangat yang dia memang suka mengambil kesempatan dan meraih simpati dengan mempergunakan cik air mata.
Kesian cik air mata....

Saya bukannya cemburu.
Saya akui saya pun sensitif.
Cuma saya takkan menangis sesuka hati di depan orang hanya untuk meraih simpati orang lain.
Sebab saya cuma akan gunakan air mata saya pada tempat-tempat yang perlu sahaja.
Saya juga tak mahu cik air mata sewenang-wenangnya dipersendakan oleh orang lain hanya kerana saya tak dapat menahan cik air mata dari keluar di hadapan mereka.

Kan bagus kiranya cik air mata digunakan ketika menghadapNYA.
Daripada dibazirkan tak tentu hala.
Lebih baik disimpan untuk ‘occassion’ yang sepatutnya, tak begitu cik air mata?
Tapi nak buat macam mana kan, kalau orang dah melabelkan yang cik air mata ni memang sinonim dengan orang perempuan?

Sekian dari saya,
- Anti Ratu AIR MATA-

6 Comments

Demam Kebizian

Musim keserabutan dah melanda. Elok je siap major job yang kena disiapkan sebelum raya, masuk satu lagi job besar. Nak minggu depan. Waaa, memang tak menang tangan la buat kerja minggu ni. Tidur pun gerenti tak cukup. Betul-betul menguji kesabaran bulan ramadhan tahun ni. Takpela, aku redha. Buat aje kerja ikut kemampuan sendiri.

Bila dah serabut dan kesuntukan masa macam ni barulah aku terfikir yang memang sebenarnya kita ni (terutamanya aku la) banyak sangat membazirkan masa untuk perkara-perkara yang tak sepatutnya. Contohnya inilah, menulis kat blog. Haha. Lepas tu satu lagi habit kebanyakan orang (termasuk aku gak la) adalah buat kerja last minute. Yela, nikmatnya lain. Perasaan berebut-rebut nak menyiapkan kerja sebelum dateline. Tapi aku tahu, tak semua orang suka buat kerja last minute. Kalau boleh siap awal, lagi best. Boleh relax. Sempat lagi nak semak mana-mana yang patut kan?

Cuma aku paling tak suka bila kerja aku dah siapkan awal, last minute ade orang kelam kabut nak pinda itu ini. Boleh mendatangkan marah tu. Selamat la dapat bos yang jenis cool. Kalau dapat bos jenis kelam kabut ayam mau aku pun kelam kabut juga. Hehe...

Jadi, kalau blog ni ber'sawang' minggu ni jangan la tanya kenapa ye? :p

4 Comments

Moga Terus Selamat!

Takde apa nak bebel sebenarnya malam ni.
Just nak ucap terima kasih kat kawan-kawan yang banyak bagi advice untuk masalah kesihatan yang aku hadapi sekarang ni.
Ada yang suggest ambik vitamin la, minum air asam jawa la, minum air suam la..
Neway, thanks a lot for all the suggestions. Really appreciated.
Dan yang paling penting, kena habiskan ubat klinik yang doktor dah bekalkan tuh. Adeh, T_T

Semoga kalian dilimpahkan segala kebaikan sempena bulan Ramadhan ni. Insya Allah...:)

5 Comments

Dugaan Ramadhan

“Tu la, dh kata jangan fikir banyak sangat. Kan dah kena tanggung akibatnya.”

“Ala, benda dah ade depan mata, nak tak nak, mahu tak mahu kena gak fikir. Aku kena fikir macam mana nak lalui semua benda ni setelah apa yang dah berlaku dekat aku dengan orang-orang lain yang terkena gak.”

“Kau je yang suke fikir sangat. Padahal diorang tu takde ape pun.”

“Eleh, yela takde ape. Cuba ingat balik apa yang jadi hari tu?”

“Hmm...yela, tapi tak elok kan berdendam. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni?”

“Aku bukan berdendam, cuma aku perlukan masa kalau nak kembali macam dulu.”

******
Haih, dugaannya berpuasa dengan tekak yang sakit dan hidung yang sentiasa penuh dengan cairan mukus. Awal-awal puasa lagi dah terasa sakit tekak sebenarnya. Nak kata tak minum air, bila berbuka puasa itulah antara perkara utama yang aku lakukan dulu. Tapi, ntahla. Orang kata dah nak kena sakit kan? Tapi, Alhamdulillah. Allah masih lagi ingatkan aku, sayangkan aku..

Hari ni, memang tak selesa sungguh nak buat kerja. Duduk kat office client pun jenuh mengelap hidung. Habis 1 paket tisu. Balik office, aku angkut kotak tisu dari dalam kereta. Ambik. Puas hati. Macam orang tengah bersedih je. (sebenarnya tak bersedih, cuma sikit kecewa je. Hehe...)

Malam ni baru sempat pergi klinik. Yang kelakarnya, doktor siap bagi vitamin. Hehe, nampak macam orang tak cukup zat ke? Haha...

Dalam keadaan kesihatan macam ni, aku cuma harap dalam sempurnakan ibadah puasa aku sebaik mungkin. Malas nak fikir hal-hal lain walaupun sebenarnya kekadang ada gak memikirkannya. Apa-apa ajela labu...

4 Comments

Selamat Berpuasa...

Sekejap je masa berlalu. Macam baru je sambut Ramadhan tahun lepas. Esok, dah nak masuk Ramadhan semula. Mungkin kesibukan menghadap kerja membuatkan aku terlupa atau lebih tepat kalau dikatakan ‘mengabaikan’ masa yang berlalu pantas.

Tapi, secara jujurnya, aku sebenarnya memang menantikan bulan Ramadhan ni. Ada macam relieve daripada beban kerja sikit bila masuk bulan ni. Yelah, aku takkan balik memalam hanya kerana nak menyiapkan kerja dalam masa sebulan ni. Cuma aku mungkin akan lebih kerap bawak balik kerja ke rumah la kalau memang kerja tu betul-betul urgent. Lebih-lebih lagi sekarang ni bila bos pun dah bekalkan kemudahan yang memang menyenangkan kerja aku walau kat mana pun aku berada.

Seronok dengan masa terluang yang terisi dalam bulan Ramadhan ni. Macam tadi, terkocoh-kocoh balik rumah sebab nak bersiap nak ke surau. Memang meletihkan, tapi entah kenapa aku terasa keseronokan kat situ. Alhamdulillah, mungkin ini nikmat kurniaanNYA yang dapat kita nikmati setahun sekali. Cuma antara kita mahu menghargainya atau pun tak je.

Sempena bulan yang mulia ni, aku nak ucapkan buat semua kawan-kawan sekalian Selamat berpuasa dan selamat bertarawikh. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan menambahkan amal ibadah kita sementara diberi kesempatan olehNYA. Insya Allah.

3 Comments

Kadangkala....

Kadangkala, apa yang kita ucapkan mungkin menyakitkan hati orang lain, walaupun kita sebenarnya tak berniat nak melukakan hati orang yang mendengar kata-kata kita tu. Tapi kenyataannya, apa yang tak sepatutnya diucapkan dah diucapkan dengan lancarnya tanpa sedikit pun memikirkan hati orang lain yang terluka.
Ah, lumrah manusia begitulah.


Kadangkala, bila kita tak ambil pusing tentang orang lain, orang akan labelkan kita anti-sosial. Mungkin sesetengah orang yang rapat dengan kita akan menganggap kita tak pedulikan mereka. Tak sayangkan mereka. Sedangkan sebenarnya kita ingin mengurangkan tabiat ‘busy body’ atau ‘jaga tepi kain orang’ yang berlebihan. Ambil tahu pun sekadar keperluan. Mencukupkan syarat. Tapi hakikatnya, bukannya kita tak mahu ambil tahu langsung. Mungkin seseorang itu punya cara berbeza dalam hal ini. Tak ambil tahu tak semestinya tak tahu. Cuma cara mengambil tahu tu berbeza daripada orang lain. Hakikatnya, manusia ni memang bervariasi. Takkan sama sifatnya setiap orang tu. Kalau ada pun mungkin jarang sekali nak ditemui.

Ketahuilah kawan, orang yang kurang memberi perhatian tu tak semestinya mengabaikan kita. Mana tahu, orang yang kurang beri perhatian ni lah sebenarnya yang paling ambil berat tentang kita. Cuma mungkin dia tak mahu tunjuk secara terang-terangan bahawa dia memang ambil berat tentang kita.

Jadi untuk semua kawan-kawan yang kenal atau tak kenal atau baru nak kenal, aku nak susun 10 jari memohon kemaafan andai ada tulisan kat sini yang menyakitkan hati sesiapa yang membaca. Aku tak berniat dan menyinggung sesiapa. Kalau ada persamaan yang terjadi pun mungkin cuma kebetulan.

~really hurt deep inside (-_-)~

6 Comments

Yin Ke Yang?

You Are More Yin

Feminine
Devoted
Forgiving
Fall
Winter
Afternoon
Moon
Time
Passive
Metal
Honey

5 Comments

Kagumnya Saya....

Bila rasa bosan yang teramat, aku memang suka melompat-lompat ke link blog yang aku singgah. Terutamanya link kat shoutbox. Biasanya aku akan singgah dan jadi silent reader ajela. Kekadang je tinggal pesanan kalau aku ada jumpa benda yang menarik kat situ.

Salah satu blog yang aku jumpa dari link kat blog aku ni kepunyaan a family man. Umur hampir masuk 40-an. Layak dipanggil uncle ataupun abang. Sebab dia ni pun sebaya abang sulung aku. Rasa seronok baca coretan dia. Walau tak dela panjang mana pun, tapi ada juga entri dia yang boleh bagi inspirasi pada orang lain. Contohnya, dia berjaya terpilih dalam shortlisted 2000 calon angkasawan. Bagus kan, sanggup meredah ujian–ujian kelayakan semata-mata nak mencuba nasib. Takpela, mungkin bukan rezeki dia agaknya.

Lepas tu rupa-rupanya, his wife pun ada blog juga. Hehe, zaman serba canggih kan. Orang yang kita tak sangka pun kadangkala boleh ada blognya sendiri. Kalau teknologi yang ada ni digunakan ke jalan yang baik, takpela. Yang tak bagusnya bila ada orang yang gunakan kemudahan teknologi yang ada ni untuk hal-hal yang tak sepatutnya.

Tapi kan, aku still kagum lagi dengan husband and wife yang camni. Entah kenapa. Mungkin sebab zaman arwah mak ngan ayah aku dulu diorang tak buat mende-mende camni kot? Diorang pun buat blog ni untuk berkongsi cerita dengan ahli keluarga dan kawan-kawan diorang. Agak-agaknya aku mampu ke pertahankan blog aku ni sampai ke usia tu eh? Hehe..

5 Comments

Balancing Amount

Saja nak gila kuasa, buat entri sampai 2 hari ni. Hehe...

Ahad yang bingung. Sepanjang minggu terbeban dengan kerja-kerja yang tak pernah surut. Dah dapat lap top baru ni lagilah melambak kerja depan mata. Hari ni pun, lepas siap kerja-kerja rumah aku dah menghadap kerja yang aku bawak balik semalam. Sambil melayan teka teki anak buah aku yang sorang ni. Sempatla siap 1 job. Cuma terhenti kerja bila rasa otak dah tak balance lepas mengadap akaun yang tak balance. Haha...

Takpela, sekurang-kurangnya boleh juga alihkan pemikiran daripada memikirkan hal-hal yang sedang menimpa orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. Makin aku fikir nanti aku yang sedih sendiri. Haih, ter emo lak. Huhuh...

******
Bukan mudah nak puaskan hati orang lain. Kadangkala kita fikir kita dah buat yang terbaik untuk diri dan orang lain. Tetapi masih ada juga orang lain yang tak berpuas hati dengan apa yang kita dah lakukan tu. Kenapa ye? Kenapa susah sangat nak puaskan hati orang lain?

Bukan orang lain aje, kadang-kadang kita pun tak berpuas hati dengan apa yang kita dah lakukan, apa yang dah kita perolehi. Masih tak mensyukuri nikmat yang DIA dah kurniakan kepada hamba-hamba yang dikasihiNYA. Kenapa ye? Lumrahnya, kita akan mula menghargai sesuatu tu bila kita dah pun kehilangannya. Masa tu baru nak rasa menyesal, baru nak meminta pertolonganNYA dan keampunanNYA atas kelalaian dan kealpaan atas kehilangan sesuatu tu. Barulah juga kita nak mendekatkan diri kita kepadaNYA.

Tapi, mujurlah Allah itu maha mengasihi. Tidak dipinggirkan hamba-hambaNYA yang selalu mengabaikan dan melupakanNYA. Malah, diberikan pengampunan kepada hamba-hambaNYA yang banyak berdosa ni. Alhamdulillah, mudah-mudahan rahmat Allah masih lagi bersama kita.

Mudah-mudahan juga kita akan belajar mensyukuri apa jua yang dikurniakan kepada kita. Juga sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mengurniakan kesabaran dan ketabahan atas apa juga dugaan mendatang.

“Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..”

7 Comments

Autobot Rules!!!!

Haha, dh lama buat kuiz ni, tapi masa tu server blogger bermasalah. Jadi tak bolehla nak tempek kat sini. Sekarang dah ada geng; Jazz sama Bumblebee. Buat Starscream berdua, jangan jealous ngan kami yer? :p

I AM
66%
OPTIMUS PRIME
Take the Transformers Quiz

Optimus Prime

Optimus Prime is the heroic leader of the Autobots. He is the personification of courage, strength, and integrity. His personal motto is that “Freedom is the right of all sentient beings.”

Like Optimus Prime, you are good by nature. But beware because mischievous thoughts sometimes tempt you. You are inspiring, confident, and a natural leader. The Autobots have chosen well. In addition, you stick to the basics and don't need all the encumberances of modern technology.

2 Comments

?? - 27 = 0!

Cerita 1 :

Hari tu hari Jumaat. Tak tahu kenapa, tapi suasananya havoc semacam aje rasa. Nak kata hujan, tak hujan. Nak kata ada tsunami, kawasan yang aku berada sekarang ni bukan kawasan laut. Nak kata ada gempa bumi pun bukan. Tapi kenapa rasa macam riuh rendah sangat suasana hari ni yer?

Keluar dari tempat aku berlindung, aku nampak suasana memang kacau bilau. Bangunan tinggi banyak yang dah menyembah bumi. Bangunan KLCC pun nampak dah condong, tunggu masa nak rebah aje agaknya. Kubah masjid yang cantik sana sini pun dah banyak yang rebah ke bumi. Petaka apa agaknya yang melanda bumi kita ni?

Nak mencari saudara mara yang dikenali pun memang payah. Tak tahu macam mana nak cari. Hilang punca. Tiba-tiba ada yang bersuara, “Petanda dah hampir ni. Bersiap sedia lah semua.”

Tiba-tiba teringat, aku pernah terbaca artikel yang mengatakan sekarang ni matahari dah terbit dari barat. Adakah kemungkinan dunia akan kiamat bila-bila masa sahaja?

Ye, memang itu cuma sebuah mimpi. Tapi apa agaknya perasaan kita bila tiba-tiba kena berhadapan situasi macam tu? Apa agaknya tindakan yang akan kita lakukan? Mimpi tu aku alami pagi tadi. Sampai hari ni terbayang-bayang lagi kat fikiran ni suasana masa tu. Alhamdulillah, walau ia cuma sebuah mimpi, namun cukup menginsafkan aku. Mungkin Allah masih lagi mahu mengingatkan aku yang lupa ni supaya meningkatkan amal ibadat sempena pertambahan umur aku tahun ni. Terima kasih ya Allah....

Cerita 2 :

Bangun pagi, masih lagi mamai dengan mimpi yang aku alami tu. Sambil tangan membelek handphone. Ada 5 sms ucap selamat hari lahir. Ek? Hari ni 21hb ke? Mamai, walau lepas maghrib semalam dah ade yang wish. Hehe.

Alhamdulillah, dapat gak hidup setahun lagi. Tapi, bertambahnya umur kita ni sebenarnya hidup kita dah makin pendek. Tolak jela dengan bajet umur pencen kita sebagai manusia ni, entah berapa tahun je lagi tinggal sisa hidup kat dunia ni. Kalau panjang, Alhamdulillah sempat la juga nak beramal ibadah. Tapi entah-entah esok lusa kita dijemput pulang. Siapa tahu kan? Hanya DIA maha mengetahui.

Terima kasih ya Allah, untuk semua keindahan yang aku nikmati kat dunia ni. Terima kasih juga atas setiap dugaan dan pancaroba yang KAU kurniakan sebagai ujian kepada hambaMU ini. Sesungguhnya hambaMU ini insan yang lemah.

Aku berharap semoga pertambahan umur ni makin mematangkan aku sebagai manusia dari pelbagai aspek, sama ada sebagai anak kepada arwah mak abah, kakak kepada adik aku, adik kepada abang-abang dan kakak-kakak aku, sebagai staf bos aku ataupun sebagai kawan kepada kawan-kawan sekelian.

Terima kasih untuk semua ucapan dan harapan kalian. Tak kira lah melalui sms, phone call, forum mahu pun yang tinggalkan pesanan kat tagboard blog ni. Harapannya, semoga segala kebaikan juga dilimpahkan kembali buat semua. Insya Allah....

Uih, terpanjang lak entri ni..:p

P/s : Curx, cube kira cukup tak 1,300 patah perkataan? :p

11 Comments

Option Opsyen

Macam mana nak buat pilihan kiranya diberi pilihan yang buatkan kita rasa nak pilih semua pilihan yang ada? Pening nak memilih bila diberi pilihan macam tu.

Option 1 :
Berhak memiliki sesuatu yang aku pegang sekarang ni selepas terikat selama dua tahun. Tapi, kiranya dalam masa terikat tu aku nak beralih arah, apa yang aku pegang tu boleh jadi hak aku atau sebaliknya bergantung pada persetujuan bersama.

Option 2 :
Aku tak perlu terikat tetapi kiranya aku nak beralih arah, hak pemilikan apa yang aku pegang tu boleh jadi hak aku atau pun tidak juga bergantung kepada persetujuan bersama. Cuma kalau aku beralih arah setelah tempoh 2 tahun ada kemungkinan harta tu takkan jadi hak aku.

Memangla aku ada masa nak berfikir, cuma tukang offer dah sound camni tadi, “Jangan fikir lelama sangat, nanti susah I nak draft surat.”

Hahah, gile ah bos aku ni. Macam tau-tau je aku dah ada niat nak beralih arah. :p

5 Comments

Rewind

Blind date. Dating dengan orang yang kita tak kenal. Dating yang diatur oleh orang lain.......................

Minggu lepas, kena kerja luar. Kebetulan aku ada bawa sorang trainee. Sembang punya sembang tetiba dia bukak cerita pasal blog ni. Terkujat gak memula. Hehe, ada gak manusia kat office aku yang membaca. Selamat tak mengutuk lebih-lebih :p .

Paling kelakar bila dia kata dia baca entri yang ini. Kata dia, memula baca memang macam real la macam aku pergi blind date. Siap dah berniat nak tanya pengalaman lagi. Sekali dah baca sampai akhir, baru dia tahu yang itu semua mimpi. Haha, sorang lagi ‘tipah tertipu’. Lain kali baca sampai habis baru buat kesimpulan yer? ;)

Leave a comment

Buntu !

Banyaknya hal nak kena fikir lebih-lebih lagi sekarang ni. Sana sini menuntut ruang otak yang banyak untuk memikirkan hal orang lain. Kadang-kadang, bila terlalu fikirkan orang lain ni, aku jadi tersepit. Lebih-lebih lagi bila orang bertanyakan hal yang aku kena fikirkan tu. Huih, pening.

Tapi kan, kekadang terfikir gak, kalau aku sibuk-sibuk fikirkan hal orang lain ni, ada ke orang lain nak fikirkan tentang aku macam aku fikirkan tentang orang lain. Ada ke? Ada kot, cuma aku je yang tak tahu. Hmm...

******
Minggu ni aje ada 2 jemputan nak kena penuhi. Satu dari kawan sekolah. Majlisnya tentulah kat kampung. Satu lagi dari ex-trainee office aku. Majlis kat sini aje. Entah, tak tahu nak pergi majlis yang mana. Dua-dua penting dan kedua-dua majlis aku akan dapat jumpa kawan-kawan lama plus soalan BONUS. Haha...

Sebenarnya memang nak pergi kenduri kawan yang kat kampung tu dengan harapan aku dapat jumpa sorang kawan yang aku memang nak sangat jumpa since tujuh atau lapan tahun dulu. Aku expect yang dia akan datang. Tapi entah la yer. Then, bila dapat jemputan yang satu lagi ni aku dah jadi confuse. Tak tahu nak pergi yang mana.

Haih, cemana ni yer?

3 Comments

Apa Lagi Yer?

Hujung minggu. Aku jarang keluar rumah hujung minggu ni melainkan untuk ke tempat kerja ataupun pergi carwash. Boleh dibilang dengan jari berapa kali aku akan keluar rumah masa cuti hujung minggu. Entah. Lebih nikmat duduk di rumah layan movie atau drama yang aku dah download. Cuma sesekali bila ada kawan dari jauh datang singgah, barulah aku keluar berfoya-foya. Hehe.

Minggu ni lain sikit. Kena pecah tradisi sebab nak ke pc fair. Sebenarnya planning asalnya nak pergi semalam. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka hari ni baru pergi. Janji dengan bebudak trainee office pukul 10. Memang kalau difikirkan tak logik la nak keluar awal camtu semata-mata nak ke pc fair. Kalau tengok jalan raya pun cam tak percaya jer booth kat pc fair tu dah pun dipenuhi manusia bila kami sampai tadi. Jadi, berbaloila pergi awal-awal pagi semata-mata untuk ke pc fair tuh.

  1. External numeric keypad untuk diri sendiri dan juga untuk bos. Bersungguh dia mintak tolong aku carikan dia mende alah ni hari tu. Yelah, dengan kerja yang banyak bermain dengan nombor ni, lepas tu guna laptop, agak payah sket bila menekan nombor ni. Jadi bila ada device ni, senang sket keje kami. :D
  2. Borong CD-R 100 keping. Puas hati. Tak payah ulang alik ke kedai nak membeli. Lagipun Twdrama yang aku tengah download ni dah nak khatam downloadnya. Jadi, dah boleh burn mana-mana episod yang aku dah tengok ni. Ada sesiapa yang nak? :p
  3. Ni yang best, big boss dah approve untuk beli bukunota (hahak, poyo..). Jadi hari ni aku dah beli bukunota itu. Jenamanya, biarlah rahsia, tapi aku paling suka sebab dapat free gift untuk upgrade RAM sampai 1G. Huhuh, sangat seronok. Dah boleh install Vista tuh. :D

Cuma terkilan tak dapat beli mp3 player. Semuanya tak berkenan kat mata. Mp4 gak yang banyak tadi. Adala yang berkenan. Tapi malas nak beli dulu. Lepas ni nak beli emulator lak kot. Takdela jenuh nak menukar cd kalau jalan jauh. Haha, boleh dengar lagu ikut selera aku.

Penat juga bersiar-siar hari cuti nih. Takpela, sekali sekala. Lepas ni boleh la ajak mereka ni berfoya-foya lagi. Hilangkan kebosanan kerja...

4 Comments

Untuk Sahabatku

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
kerana dia juga, seorang manusia:
dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan perlukan sahabat sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka...

6 Comments

Tanggal Ogos

Wah, Ogos datang lagi. Bermakna tak berapa lama lagi aku akan ucapkan selamat tinggal kepada angka 6 dan ucapkan selamat datang buat angka 7. Banyak sangat hal yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Lebih-lebih lagi sepanjang bulan lepas. Banyak sangat dugaan yang melanda. Banyak sangat bebanan terhimpun. Paling tak best bila dibebankan dengan bebanan yang bukan milik aku. Rasa nak marah pun ada. Tapi keputusan dah pun dibuat. Nak tak nak, mahu tak mahu kena gak fikir. Kena gak jalankan amanah yang dah dipertanggungjawabkan.

3 hari bercuti rasa aman je dunia. Aman sungguh pemikiran daripada memikirkan hal-hal yang tak perlu aku fikirkan. Lebih-lebih lagi semalam. Walaupun penat berkejaran tapi aku gembira. Sebab aku tak perlu fikir hal-hal yang memenatkan otak dan menyakitkan hati. Terima kasih atas kenangan semalam dan semua yang terlibat. Malas buat entri. Tapi kalau berminat nak tau apa yang terjadi, sila la ke sini dan sini yer? :D

Oho, lupa lak. Thanks gak untuk birthday present in advance. Yela, insya Allah akan dibuka bila tiba masanya. Silap-silap lewat nanti. Haha...

Cuma aku berharap yang pertambahan usia tahun ni akan tambah mematangkan diri. Juga berharap agar diri sendiri lebih tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran mendatang. Terima kasih untuk kedua-dua insan yang dah melahirkan aku dan mendidik aku di dunia ni walaupun mereka dah tiada. Al-Fatihah untuk keduanya. Tanpa mereka mungkin tiadala aku kat dunia ni. Terima kasih juga buat semua insan yang pernah hadir dan mewarnai carta hidup aku. Walaupun ada gak yang menempel untuk memberikan kesakitan, terima kasih juga diucapkan. Sebab tanpa kesakitan itu, mungkin aku takkan pernah bersyukur atas nikmat yang diberkanNYA.

Apa pun, I’m happy to be myself! ^_^

6 Comments

Berat!

Apa perasaannya bila disuruh buat sesuatu yang tak disukai? Apa perasannya bila dipaksa buat sesuatu yang bukan kemahuan kita? Apa rasanya bila beban ditambah tanpa kemahuan kita? Pastinya rasa sakit hati yang TERlampau kan? Rasa nak marah, rasa macam nak cekik orang semua ada. Rasanya masa tu nak picit-picit je orang yang suka-suka hati nak menambahkan tanggungjawab pada kita. Kalau memang orang tuh ada kuasa mutlak, contohnya bos ke, big bos ke takpela. Boleh terima lagi sebab dia memang berkuasa bagi arahan pada kita. Ni, takde kaitan langsung. Saje suka nak menunjukkan kekuasaan bukan pada tempatnya.

Aku dah bosan dah dengan kerenah orang-orang macam ni. Dia ingat ke’senioriti’an dia tuh boleh buat semua orang tunduk pada kemahuan dia agaknya. Kalau tak diikut kemahuan nanti merajukla, mengugutla. So, childish! Macam budak-budak yang tak dapat gula-gula. Kalau ikutkan kehendak dia nanti kami yang merana. Terpaksa sengsara untuk kesenangan orang lain. Kami yang buat bagai nak mati, dia yang dapat nama nanti. Hai la labu, nape ade manusia camni yang wujud dalam carta kehidupan aku?

Motivasi kerja aku pun dah jatuh merudum teruk. Nak buat macam mana ni eh? Dahla, makin lama menulis kang, makin emo lak. Huhuh...

4 Comments

Salah Tempat

Pernah antara kita tak dapat ucapan yang tak kena masa dan tempat? Yelah, contohnya ucapan tahniah masa kita tengah bersedih ke, ucapan takziah masa kita mendapat suatu yang menggembirakan ke? Pernah tak? Mesti ada kan?

Apa rasa masa tu ek? Ada tak rasa macam nak sepak orang yang tersalah bagi ucapan tu? Kalau tersilap wish mende-mende kecik takpe juga. Kalau tetiba tengah orang tu bersedih atas sebab suatu kehilangan, kita bagi ucapan tahniah, tak ke boleh dapat penyepak free tu? Don’t get me wrong. Aku bukannya nak menggalakkan unsur keganasan. Cuma harap kita semua lebih berhati-hati bila nak wish atau nak buat ucapan untuk seseorang.

Macam tahun lepas, seorang kawan aku ni kehilangan insan tersayang beberapa hari je sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya. Masa tu serba salah juga nak wish birthday dia. Yela, orang tengah bersedih kita lak wish mende yang happy. Tapi akhirnya aku wish juga cuma takdela bagi ucapan yang fancy macam yang selalu aku wish kat kawan-kawan yang lain. Just a little thougt from a friend.

Teringat pulak, pagi semalam, aku dapat satu sms. Wish birthday aku. Rasa terkejut. Nak tergelak pun ada. Tapi, aku happy. Sebab? Dia ingat juga birthday aku, walau tersilap. Hehe. That is so thoughtful, my dear sis. Terima kasih. Really appreciate for your effort, walaupun silap. Dah nak tambah 1 nombor dah rupanya...

----Imej dilupuskan---

4 Comments

Dulu Dan Sekarang

Seperti yang di kehendaki oleh tag Cik Zura, maka inilah hasilnya. Gambar-gambar aku dari dulu sampai sekarang. Kualiti gambar tak berapa memuaskan sebab semuanya aku re-snap dengan gunakan digicam. Ni sume gara-gara malas nak scan gambar. Hehe.


3 Comments

Sakit Mata Sakit

Masuk hari ni aje, dah dua orang colleague aku kena sakit mata. Cuak juga ni. Bukan apa, salah sorang yang kena tu duduk elok je belakang aku. Dan dia start kena sakit mata tu hari Isnin lagi. Kebetulan minggu ni aku kerja luar. Jadi memang kurang berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling. Tapi sempat juga la menegur mata dia yang dah merah sebelah masa tu.

Hari Selasa, colleague aku yang kena sakit mata tu dapat mc. Pagi tu, lepas hantar anak bos ke sekolah agama, dah rasa tak selesa pada mata. Tapi aku cuma gosok dengan tisu je masa tu. Takut merebak, jadi aku tak usik lagi. Dah ada yang orang menegur masa tu. Katanya mata aku dah nampak merah. Siap eksen lagi dengan aku, konon dia ok lagi walau duduk dekat dengan pesakit tu semalam.

Hari semalam, ada orang sms aku pepagi, “Kak, saya dah kena sakit mata.” Aku pun macam tak percaya. Yelah, kelmarin bukan main eksen lagi, konon tak mudah terjangkit. Tapi bila dia kata 2-2 belah mata dia dah infected, nak tak nak kenala percaya. Teruk juga dia kena sakit tu. Sampai demam sekali. Aku dah cuak , takut aku pun terkena juga.

Hari ni, keadaan masih lagi sama. Alhamdulillah, aku masih belum lagi terjangkit. Harap-harap takkan la. Bukan apa, kerja tersangatla banyak sekarang ni. Big boss pun dah cuak, takut ramai yang berjangkit dengan sakit ni. Tapi setakat hari ni, cuma dua orang tu ajela yang sakit mata.Mudah-mudahan takkan ada pertambahan la. Tapi siapa tahu kan, esok atau lusa?

3 Comments

Miaumeow

Comel tak? Comel kan? Aku suka sangat binatang ni. Namanya kucing. Ada gak yang panggil cat. Tapi bukan Cat Farish yer? Haha...Kalau anak-anak buah aku pulak, ada yang panggil miau atau nyanyau. Heheh, comel je bunyinya.

Kalau nak diikutkan sejarahnya dulu, aku memang tak suka kucing a.k.a takut kucing. Bukan apa, tengok kuku dan gigi dia yang tajam tu jadi takut kena cakar ataupun kena gigit dek makhluk ni. Jadi, memang sedaya upaya aku akan mengelak daripada bertemu mahupun bertembung dengan makhluk bernama kucing ni.

Masa darjah 6, ada bela seekor kucing. Jantan. Tompok merah putih. Apa ntah namanya. Lupa dah. Tapinya, kucing ni tak dibenarkan langsung menjejakkan kaki dalam rumah. Duduk luar rumah aje. Cuma bagi makan hari-hari. Lepas tu suka tidur dalam timbunan arang (masa tu arwah mak masak guna dapur arang). Bila bangun tidur je memang comotla badan dia. Berceloreng abis. Kucing ni memang baik, tak rajin nak meleset-leset dan bermanja-manja macam kucing-kucing yang seangkatan dengannya. Malangnya aku je yang tak berapa nak ramah dengan kucing tu. Takut! Hehe...

Bila kucing yang ni hilang (bukan hilang sebenarnya, tapi dok menggatal ngan kucing betina kat rumah jiran aku), memang takde niatla nak bela kucing lagi sampaila aku masuk tingkatan 3. Disebabkan kami terpaksa berkongsi rumah dengan mak menti masa tu, arwah mak aku pun adopt seekor kucing siam daripada makcik aku. Comel. Kucing betinala tapi. Kitorang bagi nama dia Comot. Sebabnya? Muka dia berceloreng. Start dari sinilah aku dah tak takut dengan kucing. Barulah aku tau yang kucing ni spesies makhluk yang manja. Dia takkan mencakar atau menggigit unless kita yang usik dia. Huhu, best je layan makhluk-makhluk ni. Lagi pulak anak kucing. Seronok diajak bergurau.

Pernah dulu masa tertekan menghadap buku sebelum SPM aku duduk berbual-bual dengan kucing-kucing yang ada kat rumah aku tu. Rasa release je tension walaupun aku tau diorang bukannya faham pun apa yang aku cakap tu. Macam kawan-kawan pun iye diorang ni. Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku selamba je menegur kucing. Kekadang sampai orang pelik bila nampak aku cakap sorang-sorang. Haha...Takpe, insya Allah aku belum gila lagi.

Kekadang terasa gak cam nak bela kucing. Tapi disebabkan adik aku alah dengan bulu kucing, maka kena tunggu dok rumah sendiri la kot kalau nak bela kucing pun. :D

5 Comments

G-E-R-A-M

Wah, hari ni 20072007 ye? Nampak special je tarikh ni. Once in a lifetime. Mungkin ada yang mengabadikannya untuk diri sendiri. Tapi pada aku, ia cumalah satu tarikh. Takde apa yang best pun. Yang best pun sebab esok cuti umum. Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Selamatlah bercuti untuk yang bercuti....

******
Hari ni hari terakhir aku jadik ‘instant mum’. Kenapa? Sebab sejak hari Rabu bos mintak tolong aku ambik dan hantar anak-anak dia ke sekolah agama. Oleh kerana bos kena pergi kursus 3 hari, maka aku yang diamanahkan ambik dan hantar anak-anak dia ke sekolah. Tapi tugas aku sampai tengahari je. Kalau satu hari suntuk, mau orang ingat tu anak aku. Cis, jatuh saham aku 3 hari ni. :p

******
Makin pening dengan kerenah office politics yang makin menjadi-jadi kebelakangan ni. Yelah, orang bawahan macam kami ni memang dipandang macam sampah agaknya. Nampak silap sikit je mula mengadu. Padahal kerenah ‘mereka’ yang kekadang melampaui batas tu tak pernah pun kami mengadu sampai ke pihak atasan. Ni tak pasal-pasal semua orang kena menghadap bos sebabkan perkara yang kami tak buat.

Ingat kami ni tak tau hukum hakam ke? Ingat kami ni kebulur sangat ke sampai jadi orang yang tak amanah? Inilah agaknya perangai orang yang tak suka tengok cermin. Nampak buruk orang lain. Tak nampak silap sendiri. Orang lain semua tak betul. Dia aje yang betul, dia aje yang pandai. Tapi dia tak fikir, kalau semua orang yang dia ‘condemn’ tu takde, siapa agaknya yang nak buat kerja dia ye? Buatla kerja tu sendiri!

Maafla ye, entri lepas geram ni. Mungkin dah sampai masanya aku beralih angin kot?

“Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, mengikat matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan membawa air sungai kembali ke sumbernya”

_Terima kasih untuk kata-kata ni uncle...

3 Comments

Biru Mata Hitamku

Aku suka warna biru. In fact aku pilih template biru ni pun sebab suka dengan kelembutan biru ni. Dah lama sebenarnya tak mengaplikasikan warna biru ni dalam kehidupan harian.

Dulu, kalau boleh semua harta yang aku ada nak warna biru. Pen sudah semestinya biru (jarang gunakan pen hitam melainkan nak isi borang), pencil case, fail, payung, sampul buku dan banyak lagila harta aku yang berwarna biru.

Lagi satu trademark aku yang paling ketara adalah baju berwarna biru. Masa zaman belajar dulu koleksi baju-baju yang aku pakai ke kuliah memang majoritinya berwarna biru. Terutamanya t-shirt la, banyak sangat yang berwarna biru (even sampai sekarang pun :p). Kalau beli tudung pun memang takde warna lain, mesti putih, krim atau biru. Konon-konon sume warna tu senang nak match dengan apa-apa baju yang aku ada. Tapi tudung warna biru memang wajib ada. Hehe...Baju yang berwarna selain warna biru dalam koleksi memang boleh dibilang dengan jari aje masa tu.

Kalau jalan-jalan memana dulu memang pantang betul nampak apa-apa yang berwarna biru. Biasanya baju la. Sampai kawan-kawan pun dah naik lali dengan kerenah aku yang ‘gila’ warna biru ni.

Masuk alam kerja je baru cuba ubah sikit-sikit tabiat gilakan warna biru ni. Mula cuba berubah angin bila ada kawan yang hadiahkan kain pasang masa birthday ke 23 dulu. Masa tu dapat kain warna ungu. Cantik. Lepas dari tu barulah banyak baju aku yang tak berunsurkan biru. Dulu aku rasa banyak warna yang aku tak suka, contohnya warna maroon dan juga warna terang macam warna pink. Huhu, tak suka betul warna pink dulu. Tapi sekarang ni 2 warna tu antara warna kegemaran. Bak kata orang tua-tua kan, jangan benci-benci, nanti suka. Ni dah suka la ni. Haha...

Tapi kan, bahaya gak baju warna sama je ni. Salah pandang orang boleh ingat yang kita kerap pakai baju yang sama walaupun sebenarnya bukan baju yang sama. Paling malang bila orang ingat kita ni pengotor, suka recycle baju. Tak pun pakai baju yang sama je hari-hari. Huhu.. Memangla kita banyak koleksi baju warna sama. Kalau orang tu kenal kita takpela. Buatnya orang yang tak kenal kita, lepas tu tak ke malu kalau orang ingat kita ni tak cuci baju? Bertitik tolak daripada peristiwa macam itula aku kurangkan membeli baju warna yang sama sekarang ni. Belajar memvariasikan warna baju sendiri supaya tak nampak terlalu taksub dengan satu warna aje. Jadi, manusia2 yang taksub dengan satu-satu warna tuh, cuba-cubalah berjinak dengan warna-warna lain yer?

4 Comments

Under Pressure T_T

Perlukah perubahan dalam hidup kita? Untuk apa perubahan tu sebenarnya? Adakah untuk kebaikan diri atau melarikan diri daripada sesuatu?

Hmm...makin lama fikir makin rasa nak buat sesuatu perubahan dalam hidup. Bosan dengan persekitaran yang sama dan juga kebosanan dengan kehidupan harian. Tapi kadangkala terfikir juga, rasa sayang untuk meninggalkan sesuatu yang jadi kebiasaan untuk memulakan sesuatu yang baru. Yelah, banyak kenangan yang dah terpahat. Macam-macam ada kat situ. Sanggup ke nak tinggalkan semua tu demi untuk membuat sesuatu perubahan?

Kadangkala sesuatu perubahan tu memang diperlukan, sebab dah terlalu bosan dengan keadaan sedia ada. Adakalanya, bila timbul kebosanan dengan keadaan yang baru kita masih boleh lagi berubah kepada keadaan yang lama. Tapi, sekiranya perubahan tu melibatkan hati dan perasaan orang lain misalnya, boleh ke kita nak putar balik ke keadaan asal? Lagi pula kalau melibatkan perubahan tempat yang pastinya kita takkan boleh berpatah balik, bagaimana? Sungguh payah dan adakalanya mustahil nak berpatah balik kepada keadaan asal kan? Itulah antara perkara yang memberatkan hati untuk mengubah haluan.

Makin lama fikir makin buntu nak mencari jawapan. Memang kalau diikutkan keselesaan yang dinikmati memang rasanya tak perlu mengubah apa-apa. Cuma bila fikirkan kehidupan yang takkan berkembang macam orang lain, buat aku sentiasa berfikir ke mana arah tuju hidup aku sebenarnya. Apa yang aku kejarkan selama ni, apa yang aku impikan dalam hidup, adakah semuanya dah dapat aku perolehi sekarang? Memang lumrah kan, manusia ni takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Cuma aku agak terkilan kerana aku tak diberikan peluang sepertimana orang lain. Entah, mungkin dah sampai masanya aku harus buat sesuatu yang lain daripada apa yang aku buat sekarang agaknya. Apa pun, buat masa ni aku cuma biarkan masa yang menentukan segalanya. Mudah-mudahan DIA memberikan petunjuk yang terbaik untuk aku, insya Allah...

4 Comments

Musnah

Di tengah2 keserabutan dan kekusutan hidup sekarang ni aku suka layan lagu ni. Lagu yang bertajuk Musnah. Berharap agar musnahlah semua hal yang menyerabutkan itu. Fuh~



Musnah - Andra And The Backbone

Bukan, maksud hatiku
acuhkan dirimu
di depan mataku
tapi ku tak bisa lupakan
saat dirimu membuat
diriku terhina

Reff:

Sakit hatiku
Remuk jantungku
Untuk membencimu
Musnahkan cintaku
Bukan, maksud hatiku
lenyap senyumku
saat kita bertemu
tapi ku tak bisa singkirkan
enyahkan fikirku
diriku terluka

Back To Reff:

Bukan.. maksud hatiku
Tak bisa singkirkan
Diriku terluka

2 Comments

Tujuh.Tujuh.Kosong Tujuh

Tujuh. Tujuh. Kosong Tujuh. Rasanya ramai yang tunggu tarikh ni untuk mengabadikan sesuatu yang bermakna dalam hidup seperti mana tarikh-tarikh lain yang seangkatan dengannya. Tahun lepas Enam. Enam. Kosong Enam. Tahun sebelumnya lak Lima. Lima. Kosong Lima. Dan juga sebelum-sebelumnya. Memang ramai yang abadikan nombor cantik macam tu untuk event yang bersejarah dalam hidup diorang.

Salah seorang yang menunggu tarikh ni adalah aku, eheh officemate aku. Malam tadi dah selamat pun dinikahkan dengan pilihan hatinya. Aku tak pay attention sangat pada event tuh. Sibuk melayan anak-anak buah yang cumil-cumil belaka. Pengantin pun steady jer, takde nangis-nangis macam yang biasa aku jumpa bila jurunikah dah start lecture pasal keluarga sakinah yang diamalkan kat Johor ni. Huhu, cuma ade sorang ajela kawan aku yang ter‘over’ emotion masa majlis tuh. Itu yang aku pelik, pengantin steady je, dia lak yang nangis. Haha, suka hatila dik....

Ni gambar pengantinnya. Cantik kan? Tapi yang aku tak puas hati ade sorang makcik kat situ tegur aku, “Eh, awak ni adik beradik pengantin ke?” Haih, ade macam muka aku ke? Isk, confuse tul...

Ops, sebelum aku terlupa. Untuk adik-adik yang bakal memulakan sesi pengajian baru esok, selamat kembali ke sekolah. Untuk yang baru mendaftar, selamat menempuh alam baru yang berlainan sama sekali dengan alam persekolahan. Mudah-mudahan dapat sesuaikan diri. Teringat lak zaman jadi student dulu. 1st day semester baru mesti kelam kabut pergi fakulti awal-awal pagi just nak check jadual kelas. Haha, bila lagi agaknya nak rasa situasi camtu yer?

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.