2006 ke 2007....

Hari ni, hari Ahad. Hari Raya Qurban. Bersamaan hari terakhir dalam tahun 2006 ni. Rasa tersangat malas nak buat apa-apa hari ni. Macam biasala, bila cuti je peratusan nak keluar rumah tu memang tersangatla tipis melainkan kalau betul-betul ada hal. Jadinya? Dudukla rumah je hari ni. Layan anak buah tengok kartun, mengemas rumah, mengadap lap top, mengadap VCD. Itu jela...

Tapi bila duduk termenung sorang-sorang ni aku suka flash back apa yang dah jadi sepanjang tahun ni. Sambil buat perbandingan dengan tahun-tahun terdahulu. Aku rasa aku tak pernah lalui sepanjang tahun dengan meriah macam tahun ni. Tanpa banyak rasa sedih, sakit hati macam tahun yang sudah-sudah. Rasanya sepanjang hidup ni, tahun 2003/2004 boleh dinobatkan sebagai tahun ‘jiwa kacau’ untuk aku. Banyak sangat masalah berbangkit masa tu. Isk..jangan ingatlah. Ada gak yang menitis air mata ni kang. Cuma satu yang aku ingat, masa tu lah aku mula kenal majalah BS yang aku sangapkan sekarang ni. Thanks untuk Wawa yang kenalkan mag ni kat aku. Suka sangat dengan column Uncle (Sesuatu Di Antara Waktu) tu sebab selalu jadi penyejuk hati masa aku ada banyak masalah. Thanks a lot untuk Uncle. Semoga column tu akan terus jadi penenang hati untuk semua pemilik ‘jiwa kacau’. Heheh..

Tahun 2005 pulak, aku mulakan dengan ‘self recovering and refreshment’. Alhamdulillah, recovering process tu masih berjalan dengan lancar sampai sekarang. A bit phobia jugala nak start a new different relationship dengan orang lain. Bukannya aku berharap pada yang lama, cuma aku rasa fobia bila kepercayaan yang aku berikan dirobek sesuka hati oleh orang yang kita percayai. Hmm, tahun ni gakla aku kena tikam daripada belakang dek salah seorang kawan sendiri. Tak sangka, pertolongan ikhlas yang aku berikan selama ni tak di pandang pun dek dia. Sanggup buat cerita buruk pasal aku pada orang lain. Biasalah manusia kan? Kita buat baik seribu kali pun dia takkan ingat tapi buat jahat satu kali, benda tu lah yang diungkitnya berkali-kali. Mungkin atas sebab tu kot dia tak puas hati dengan aku. Biarlah, hanya Allah je yang tau kebenarannya. Aku dah mintak maaf sekaligus memaafkan dia. Jadinya sekarang ni aku memang tersangatla susahnya nak percayakan orang lain melainkan orang tu aku memang dah kenal betul-betul. Sekali orang tu dah robek kepercayaan aku memang susah aku nak percayakan dia semula. Bukannya berdendam, tapi lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan dan juga perbuatan aku sekarang. Aku pun macam dah tak boleh nak rapat sangat dengan dia sampai sekarang. Fobia! Takut benda yang sama berulang balik.

Rasanya tahun 2006 ni memang takde masalah berat pun yang timbul. Tak taula kenapa, tapi rasa macam tahun ni antara tahun ketenangan untuk aku. Sakit pun jarang kena. Alhamdulillah, syukur atas nikmatNYA. Dapat juga kenal ramai kawan baru. Banyak juga benda yang aku belajar tahun ni. Salah satunya, buat blog sendiri. Terima kasih untuk semua yang bagi tunjuk ajar nak setup blog sampailah macam mana nak mencantikkan blog ni. Semoga keberkatan ilmu tu berterusan. Amin...Ops, sebelum terlupa. Nak ucap terima kasih juga untuk yang percayakan aku, banyak bercerita tentang masalah ‘keluarga’ yang aku baru sertai tahun ni. Alhamdulillah. Mudah-mudahan ukhuwwah yang dah terjalin tu berpanjangan, Insya Allah..Pendek kata, memang berterima kasihlah pada semua yang mewarnai kehidupan aku dalam tahun ni.

Untuk semua kawan-kawan, terima kasih kerana memeriahkan kehidupan harian. Buat yang selalu kena buli tu, mintak maaf banyak. Perbuatan membuli tu sebenarnya baik untuk mengeratkan kemesraan. Muahaha.... Untuk yang pernah mengecewakan, terima kasih atas ‘pengajaran dan pelajaran’ yang awak tinggalkan untuk saya. Terima kasih juga sebab awak juga sebenarnya penunjuk jalan kebahagiaan dan kegembiraan saya pada hari ni. Untuk kawan-kawan yang dah lost contact, mudah-mudahan korang berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Insya Allah, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan korang dari jauh. Mudah-mudahan tahun 2007 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua. Amin..

Isk, first time ke aku buat entri panjang macam ni? Wa...macam lepas geram je? Takdela, cuma meluahkan isi hati sikit-sikit. Bace jela ye? Lepas-lepas ni entah bila nak buat enti panjang berjela macam ni..Heheh...

**SALAM AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU 2007**

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.