Ular ke Ulat?

Macam mana agaknya perasaan jadi bos bila staff tak buat kerja yang dipertanggungjawabkan eh? Mesti bengang dan marah yang teramat kan? Yela, kita diberi gaji untuk buat kerja, tapi, kita tak buat kerja seperti yang di amanahkan. Dari sudut kita pulak, macam mana agaknya rasa bila di bayar gaji tapi kita tak buat kerja? Memangla best buat kerja senang kan? Tak buat kerja tau2 hujung bulan dapat gaji. Kalau dah memang skop kita kerja macam tu kira okla, memang bestla. Tapi, halal ke gaji yang kita dapat tu bila kita tak buat kerja yang di amanahkan kepada kita? Aku bukanlah pandai sangat dan tak berhak pun nak hukum orang macam tu. Tapi aku bengang bila jumpa orang-orang yang macam ni. Tak rasa bersalah ke makan duit macam tu? Lagi-lagi kalau yang dah ada anak isteri, bagi makan anak-anak duit hasil macam tu. Kalau anak-anak degil, suka melawan cakap mak ayah, jangan salahkan orang lain. Kalau anak tak pandai belajar pun jangan salahkan orang lain. Cermin-cerminkan diri kita. Apa yang kita dah buat dan bagi makan apa pada anak-anak tu. Sebab daripada makanan tu lah yang bakal membentuk perkembangan anak-anak. Anak-anak tu jugalah yang bakal mewarisi genetik kita. Silap-silap perangai kita pun akan diwarisi mereka. Ish, nauzubillah. Mudah-mudahan kita sama-sama beringat ye...

Ish, aku pun tak paham dengan perangai orang kita ni. Memang suka makan hasil subsidi agaknya. Manja. Dahla masa belajar pun kerajaan tanggung. Subsidi tu. Bila dah kerja pun manjanya tak hilang lagi. Hey, wake up everyone! Cuba buka mata luas-luas. Berapa banyak peluang yang kita dah lepaskan dan di ambik oleh orang lain? Dan, berapa ramai pulak yang nakkan peluang tu tapi tak ada peluang untuk mereka? Itu pun masih tak nampak lagi? Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Cubala buat sesuatu yang dapat beri makna untuk diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita. Susah ke? Rezeki takkan datang bergolek la. Kita yang kena berusaha keras. Pernah tak dengar quotes ni :

“Allah takkan mengubah nasib seseorang tu melainkan dia sendiri berusaha untuk merubahnya.”

Jadi, cuba-cubalah berusaha membuat sesuatu dengan usaha sendiri. Sekurang-kurangya kita nampak keringat yang kita curahkan atas usaha kita tu dan mudah-mudahan ia bakal memberi impak dan makna kepada orang lain di sekeliling kita. Insya Allah...

Untuk seseorang tu (walaupun aku tau dia takkan baca entri ni), cuba-cubalah jadi orang yang amanah. Jangan buat kerja masa bos ada je. Pepandaila cari kerja kalau takde kerja. Ingatla, DIA sentiasa memerhatikan kita. Hanya DIA yang mengetahui segalanya...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.