CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS...

*Tak taula, cuba tepuk dada tanya diri sendiri....

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain,! kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS...

  1. saya nak tahan teksi... bole tak?

    ReplyDelete
  2. ehehhe...mcm tggu bas??
    emmm...begitula...
    dulu2 slalu tggu bas...tggu cinta..
    hahahha...papepon..salam akak....
    pilih bas baek2 yer... ;)

    ReplyDelete
  3. kalo komuter cam ne pulak???
    er...
    org selalu nek bas kalo balek bp...
    bas kkkl...
    er...
    ape ek...
    ntah la..x tau nk komen ape...
    lalalala....
    cepatla siket pileh bas...
    macam2 jenes ade...
    pastu leh jamu makan nasik minyak..hihihi

    ReplyDelete
  4. Jgn jadi bas sekolah..bas sekolah la yang selalu di tinggal kan selepas tamat alam persekolahan..sian bas sekolah...Bas sekolah S23 tetap dalam ingatan ku..

    ReplyDelete
  5. archiq >> kekeh, sama je. public transport gak. time tunggu xde. time x tunggu bersepah dia. hampeh!

    akma >> salam cik akema. dah pilih bas ye? bgsla, mudah2an bas tu dapat menuju ke jalan yang benarrr(ayat kak sengalll). ;)

    in >> nak senang, naik kenderaan sendiri. carila dreba cepat2, takyah tunggu bas lagi...:p

    makmor >> kekeh..ko memang...ko ingat S23 je eh? Bas S10A yang macam tin sardin tu tak ingat ke? kekadang aku tgk bebudak aspura sempat je mengayat bebudak junior yang lalu tepi jalan tuh..:p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.