Setengah

Sedar tak sedar dah nak masuk 17 hari kita semua berpuasa. Apa yang kita dapat agaknya sepanjang ramadhan ni? Banyak ke ibadat yang dapat kita lakukan sepanjang ramadhan ni? Apa pun, moga-moga kita semua dapat memanfaatkan "tetamu agung" kita ni sebaik-baiknya. Tahun depan entahkan dapat entahkan tidak berpuasa lagi. Entahla, rasa sayu sesangat hari ni. Lagi-lagi bila dengar lagu raya. Bila stesen radio dah start pasang lagu raya tu maksudnya raya dah tak berapa lama lagila kan? Sayang rasanya nak tinggalkan bulan ramadhan ni. Banyak kenangannya dari tahun ke tahun. Yang pahit mahupun yang manis.

Dah nak raya pun. Masa zaman kanak-kanak + remaja seronokla. Tiap-tiap tahun tak miss baju baru. Cuma ada setahun tu aku siap merajuk dengan arwah mak aku sebab tak dapat pakai baju baru sebab baju aku tak siap lagi. Sekarang ni kekadang baju keje aku tu la yang jadi baju raya aku. Tak kisah sangat pun. Beraya zaman kanak-kanak memang seronok kan? Beraya ngan baju baru, kasut baru lepas tu pusing satu kampung beraya. Bukan nak beraya sangat pun, nak kumpul duit raya je tujuannya tu. Haih, kenangan...Sekarang ni kalau tengok bebudak datang beraya teringat lak zaman kanak-kanak dulu. Seronok, tak payah fikir masalah orang dewasa yang penuh dengan cabaran ni. Huhu..

Rindunya dengan zaman kanak-kanak, di kelilingi ahli keluarga semua. Dapat baju baru, kasut baru. Boleh tolong mak buat kuih raya (sebenarnya tolong makan yang lebih). Boleh collect duit raya, main bunga api. Apa lagi eh? Hmm...banyak lagilah yang aku takkan berpeluang buat sekarang ni.

************
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Setengah

  1. emm..da nak dekat raye yer...
    cepatnye mase berlalu...
    huuhuhuh....
    meh sama2 tmbh amalan ..slgi maseh ada waktu...n....nak mnta maaf klu ada salah dan silap....

    ReplyDelete
  2. ye akma..pejam celik dah dekat raya da...sayu lak rasa nak tinggalkan ramadhan ni. Jom kejar malam 1000 bulan plak...
    Ampun dan maaf juga kalau ada salah silap sepanjang kita kenal...

    ReplyDelete
  3. 1.Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada Malam Laitatul-Qadar.

    2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

    3.Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

    4.Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.

    5.Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

    Al-Qadr ayat 1-5

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.