Merajuk?

Merajuk? Lama dah tak merajuk. Macam mana agaknya rupa merajuk tu ye? Hampir terlupa macam mana rasanya merajuk tu. Orang kata merajuklah pada yang sudi. Kalau tak sudi, tak payah merajukla eh? Hmm...Aku sebenarnya tak berapa suka merajuk sebab kalau aku merajuk memang payahla nak dipujuk. Jalan terbaik, biarkan aku bersendiri. Bila sejuk pandaila aku tegur siapa-siapa yang buat aku merajuk tu.

Satu lagi perangai aku ialah, aku tak pandai memujuk orang. Kalau orang merajuk biasanya aku lebih suka berdiam. Bukan apa, kekadang bila orang merajuk ni dipujuk, makin bertambah-tambah merajuknya. Malas nak melayan! Hati batu? Ada kawan yang pernah melabelkan aku hati batu, takde perasaan, keras hati. Entahla...mungkin sebab masa dia merajuk aku tak reti memujuk malah aku yang merajuk bila dia tak cool down. Ha ha ha...dahsyat kan?

Kekadang rasa gak macam nak merajuk. Lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling aku sekarang ni. Buat aku macam tak wujud je. Tapi bila fikir balik, nak buat apa jadi bodoh? Aku akan hadap muka diorang hari-hari. Buat macam biasa ajelah. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Duduk diam-diam menyepikan diri ajela kalau rasa terpinggir sesangat tu.

Apa bendala yang aku merepek ni? Sebenarnya nak bagitau kat sesiapa yang berhajat nak merajuk dengan aku, baik lupakanlah hajat korang tu. Buang masa je merajuk-merajuk ni..

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to Merajuk?

  1. uit..ade lagik..
    komen lagik..
    lagik komen..
    huahuahua..
    uit..akak reti majuk ke..
    ish..ish..
    x payah merajuk la..
    huduh nanti..
    kekeh..
    ok seriyes nih..
    saje je nk bgtau..
    kite nih serasi bersama la..
    muekekeh..
    em..org kalo merajuk selalu pikir..buat ape nk merajuk..
    lagik2 kalo ngan member..
    last2 kita perlukan diorg jugak..
    kalo terase ati tuh..diam je..
    lame2 ok la..
    besa la..tgh panas..lame2 tuh sejuk jugak..kekeh..
    peace..aiyok..panjangnye..
    halal je la ye...
    lalalala...

    ReplyDelete
  2. mak ai, panjangnye komen? apsal x buat karangan jer..hak hak hak..
    yela, betul. watpe nak merajuk ngan kekawan pun. membazir je. kadang yang jenis hati batu tu bukan paham pun. lastly dok diam-diam jela kalo terasa hati tu. Sekian terima kasih~~

    ReplyDelete
  3. wah! in mcm dh biasa pujuk2 jer... heheheh. bukan ke in yg selalu majuk? in kerepek pisang sekilo buleh?
    majuk banyak2 kang makan hati jer, buat kurus kering badan jer... ngehngehngeh!
    ok la selamat hari raya!

    ReplyDelete
  4. sekali-selala layan merajuk apa salah nya kan...tak kena tangkap pun...mari merajuk beramai2...

    ReplyDelete
  5. ehhehe....majuk??
    tgh majuk la nih...
    apsal bile nak majuk je..xdpt majuk..
    last2 kena pujuk org lak..
    huwaaaa..sedey....nak majuk jugak...
    x kira..nak majuk..
    nak kepek jugak la IN...ngeh34...
    .....andai sepi tnpa kata adakah itu mase utk ku merajuk???....

    ReplyDelete
  6. brad >> makan hati sokmo mana tak kurus? :p Selamat hari raye...;)

    Makmor >> hehehe...aku nak merajuk ngan kaulah bleh? :p

    Akma >> majuk ngan pak su ke? merajuk itu perlu sekali sekala untuk mengeratkan hubungan..jadi cube2la merajuk...;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.