Entahla....

Lagi seminggu je nak raya. Ish, macam tak percaya. Aku tak buat apa-apa persiapan pun untuk raya ni. Baju raya? Itu dah siap awal, dah pakai dulu pun. Yang lain-lain takde apa persiapan pun yang aku dah buat. Kalau tahun-tahun sebelum ni ada jugala beli kuih ke, ni takde langsung. Pelik kan? Entah, aku rasa tahun ni macam takde mood je nak beraya. Nape eh? Hmm...

Kad raya pun baru dua keping aku dapat. Satu anak buah aku bagi (kad raya yang pertama aku dapat untuk tahun ni) dan satu lagi daripada Persatuan Penjaja (ni pun sebab jadi AJK). Haha..tetiba teringat lak kat kad raya lama-lama yang aku belek tadi. Terjumpa kad yang salah seorang kawan lama bagi. Gile skema ayat dia dalam tuh. Kat mana agaknya dia sekarang ye? Dah dekat 6-7 tahun tak jumpa. Harap dia berbahagia la dengan hidup dia. Rindu rasanya nak jumpa semua kawan-kawan lama. Tapi apa kan daya, masing-masing dah ada komitmen sendiri. Hari raya pun belum tentu boleh jumpa semua. Jadi bila time raya ni wat gathering sdn. bhd ngan kekawan yang available jela.

Waa...tak bestnya, bulan puasa dah nak abis ke? Lepas raya dah masuk bulan 11. Dah kena register MIA QE balik. Adeh, sengal la nak study balik ni...10sen...10sen...Lepas tu dah masuk tahun baru balik...Semua keje + client yang aku hadap tahun ni dah nak kena hadap balik tahun depan. Aduhai, cepatnya masa berlalu...

Sesaje je nak layan lagu nih....
~So close, no matter how far...couldn’t be much more from the heart...forever trust in who we are...it nothin else matters~

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Entahla....

  1. kegembiraan syawal adalah kemenangan kepada orang yg berpuasa penuh.Dan kita kena gembira kerana itu.Jadi kita bergembira menyambut kemenangan kita..

    ReplyDelete
  2. uit...
    cite pasal kad raye..
    pastu tetibe lak klimak dia lagu ape kebende ntah...
    ape kes...
    x belajo ke dulu mase buat karangan..
    isi dh melencong tuh..
    ish...ish..ish..
    tolak markah..

    ReplyDelete
  3. Makmor >> syawal adalah kemenangan untuk orang yang berjaya menahan nafsu selama sebulan. So, enjoy it! :)

    in >> nama pun blog sendiri. ikut sukala nak buat macam mana pun...wek~~=P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.