Buka hati...

Salah satu email daripada ratusan email yang tersimpan dalam inbox aku...

Assalamualaikum. ..
Sekadar renungan di bulan Ramadhan...

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa sakit, pedih, dan perih. Amat sukar untuk diungkapkan, tapi ia sangat jelas seperti menghiris dada di bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh perbezaan pendapat dengan teman atau keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta.

Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.

Kesimpulannya, belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga dan sebaik apapun dia, suatu masa nanti akan menjadi orang yang akan menyakiti anda, walaupun mungkin tidak disengaja. Oleh sebab itu, ada baiknya anda menganggap bahawa mereka tidak serius dengan ucapannya. Anda boleh menganggapnya seperti angin berlalu, jangan dimasukkan ke dalam hati.

Belajar untuk bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan anda. Berusahalah menjadi seorang yang baik, bersopan, bijak, tidak mementingkan diri sendiri dan dapat dipercayai. Untuk menjadi semua itu, tentu saja anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan. Berkomunikasi secara jujur sangat penting. Ungkapkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu akan membantu orang lain mengerti anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin akan menyakiti hati anda.

Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

P/s : Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, sama-samala kita memaafkan antara satu sama lain. Moga tiada lagi dendam di hati...Ampun dan maaf juga buat semua yang pernah di lukai...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.