Archive for October 2006

Kenapa ek?

Pelik bila aku baca paper hari ni. Kenapa boleh jadi macam tu ek? Seorang pelakon wanita yang popular dengan kontroversi menghalang ayahnya datang majlis pertunangan dia. Apa la nak jadi? Kalau iye pun ada masalah dalaman family sekalipun takkanla majlis penting macam tu pun tak mau jemput ayah sendiri datang? Dah tentulah bila nikah nanti ayah yang akan jadi wali. Tak paham sungguh!

Aku bukan nak cerita pasal pelakon tu pun sebab aku memang tak minat dia. Tapi isu kat sini yang aku nak sentuh pasal hormatkan orang tua. Masa diorang ada lagi ni la kita patut buat baik. Berbakti kat diorang. Orang tua biasanya bukan mintak apa pun, cuma sedikit perhatian anak-anak untuk diorang. Apa salahnya luangkan masa sikit untuk orang tua korang. Biasalah, lumrah manusia. Masa ada depan mata kita takkan hargai. Bila dah hilang baru kita tercari-cari.

Pengalaman aku sendiri, masa arwah mak aku ada lagi selalu bergaduh. Bila mak marah rasa macam nak lari dari rumah pun ada. Tapi keadaan berubah bila aku start duduk jauh ngan arwah mak aku. Rasa macam tiap-tiap minggu nak balik sebab rindu dengan arwah mak. Rindu masakan dia. Malangnya keadaan tu tak lama pun, lebih kurang setahun lebih je. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku sempat juga berbuat baik kat arwah mak walaupun tak sempat nak balas jasa-jasanya selama dia membesarkan aku dan adik beradik semua lepas arwah abah meninggal. Hidup tanpa mak ayah ni sebenarnya kosong (Ni cuma pendapat aku jela, mungkin orang lain tak rasa macam tu). Mana taknya, bila ada cuti tak tau mana nak tuju. Paling terasa bila pagi raya la, masa arwah mak aku ada riuh mulut dia pagi-pagi raya tu mengejutkan semua orang bangun. Aduh, rindunya...Takpela, sekarang ni tanggungjawab aku sebagai anak cuma mendoakan kesejahteraan mereka kat sana. Amin...

Hai, tak mau sedih2la. Apa pun, sesiapa yang masih ada mak ayah tu, berbaktila dengan mereka. Manala tau kan, kalau bukan mereka yang pergi dulu entah2 esok lusa kita yang pergi dulu. So, berbuat baikla sementara Allah masih bagi kesempatan untuk korang....

2 Comments

Raya yang raya II

Alahai, esok da start keje ke? Bosannya....Nilah padahnya bila dah cuti lama. Nak start keje balik dah lupa. Mau kena menung dulu baru boleh start keje balik ni. Fikir jap, aku buat keje apa eh sebelum cuti hari tu? Hmm...oho, dapat dah. Tapi bukan boleh buat keje pun esok. Mesti mood raya tak abis lagi ni. Macam biasa la, lepas raya ni mesti sibuk dengan open house sana sini (esp rumah bosla). Jadinya kenala ganti puasa + puasa 6 awal2 ni. Nanti takde la liat sangat nak mengganti puasa. Hehehe...

Tension. Semalam aku dah siap set up template baru. Tapi bila try preview setting sidebar semua lari. Jadinya aku dah malas nak tuka template. Nantila kot. Dah malas. Malas semalas-malasnya.

Raya? Tahun ni tak berapa meriah sangatla (sebelum ni meriah ke? hehe...). Ala, umur dah meningkat takdela nak beraya sangat macam zaman budak-budak dulu. Raya tahun ni banyak spend time kat rumah arwah atuk sebab makcik2 buat kenduri raya masa kedua hari tu. So, utk Makmor bebanyak sori sebab tak dapat join korang hari tu. Masa kau datang JB pun handphone aku missing in action jap. Yela, aku bukan expect pun ada orang nak call. Tau-tau bila aku jumpa handphone aku nampak banyak miss called. Sori noo...Insya Allah ada rezeki, panjang umo boleh jumpa.

Ni antara gambar anak-anak buah aku yang aku sempat snap masa raya hari tu.

Ni gamba Nazirah dan kakaknya, Nabiha. Si Nazirah ni kalau kita tanya, "Aji, buat apa tu?" Nanti dia jawab, "Ha?" Penat seyh, nak tanya banyak2 kali...Nabiha ni ada makcik aku kata muka dia macam muka aku masa kecik2 dulu. Ye ke? Entahla, aku pun tak tau...


Ha, yang ni gambar Nazirah dengan Nadhirah. Nama dekat2 kan? Tu kena tanya kakak aku la, sebab dia yang bagi nama anak-anak dia ni. Bila nak panggil pun confuse jadinya. Nadhirah ni memang gila kamera. Aku suruh posing, macam-macam gaya yang dia buat. Memang sengal la budak ni.

Paling aku suka raya ni sebab dapat berkumpul satu family la. Biasa memang susah nak jumpa walaupun duduk dekat. Masa raya ni je la yang dapat jumpa semua. Kawan-kawan je tak sempat jumpa. Mintak maaf ye kawan-kawan. Tunggula, ada sesiapa yang kawin nanti. Bolehla jumpa. So, sesape yang nak jumpa aku cepat2la kawen...Hehehe...Bernas tak cadangan aku?


3 Comments

Raya yang raya

Alhamdulillah, raya dah kita. Tak sedar dah masuk raya ke 4 hari ni. Apa yang best raya tahun ni? Entahla, tak tau nak gambarkan camne. Biasa je rasanya. Cuma yang luar biasa bila aku boleh shopping malam raya tahun ni. Haha...pelik je. Selalu tak pernah jejak pun bandar Segamat tu malam-malam raya. Tahun ni boleh jejak lak. Ni gara-gara kitorang tak payah memasak malam raya sebab kakak yang kat Air Hitam tu dengan sukarelanya sanggup memasak untuk kami tahun ni. Gile best, tak payah masak. Bangun pagi tolong panaskan lepas tu NGAP!.

2-3 hari sebelum raya ada fenomena-fenomena pelik telah berlaku. Antaranya aku dapat sms daripada seorang makhluk yang dah lama hilang dari hidup aku:

X(21 Oct 2006 : 15.35) : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Raya jemputla datang rumah, kan dah ada kereta :'p

My reply : (21 Oct 2006 : 16.10) : Siapa ni ye? Sorila, nombor awak takde dalam simpanan saya. Sori sesangat.....(dalam masa yang sama, aku dah nak tergelak...)

Sehari sebelum raya dapat lagi satu sms:

X(23 Oct 2006: 16.02) : W/pun awk xkenal msg dr siapa ni, nak ucap terima kasihla sbb send kad raya.....smpi ati delete numb. Kita taulaa dh sonang skrg..:'( (hahak...ni satu lagi sms yg buat aku rasa nak gelak berguling mcm icon YM tuh)

My reply : (23 Oct 2006: 16.08) : Aik, sorila...Bukannya sengaja deletela cek xxx oi, ari tu sim kad saya bengong, banyak no hilang. Saya baru recovered no ni drp one of ur friend.....(yang lelain terpaksa di edit...)

Ada lagi 2-3 sms termasuk sms raya. Tapi rasanya tak payahla disclose kat sini kot. Biarla dia dengan dunia dia...

Entahla, pelik sungguh dengan dia ni. Masa aku dah start lupa mesti dia muncul balik. Macam tak mau lepaskan aku. Tak paham sungguh dengan manusia sorang ni. Nantila aku kaji lagi makhluk2 ADAM ni. Malas da nak ingat kenangan-kenangan tu semua. Sakit dan peritnya masih terasa walaupun cuma parut je yang tinggal...Huhu, malasla nak sedih-sedih.

"Hidup perlu diteruskan. Jalan kat depan tu masih luas terbentang. Tak usah toleh belakang lagi ye cik Hajar..."

"Ye, baeekkkk...Saya takkan toleh ke belakang lagi kecuali kalau saya nak jadikan apa yang ada kat belakang tu panduan untuk berjalan ke depan"

Aiseh, kan dah termerapu. Nak update pasal raya ter update pasal lain plak. Takpela, esok-esok boleh buat kronologi raya lak...hehehe..

3 Comments

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk semua...ampun dan maaf atas segala salah silap sama ada yang disedari atau tak disedari, yang di sengajakan atau tak disengajakan...termakan, terminum, terumpat, terkata dan segala macam ter.... lagila untuk semua kenalan tak kira la lama ke baru ke, yang selalu ada masa susah dan senang.


Untuk teman-teman yang nak pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan. Yang memandu, hati-hati memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang-orang tersayang yang menanti untuk beraya bersama...
Semoga berbahagia sepanjang lebaran yang mulia ni ye.

2 Comments

Entahla....

Lagi seminggu je nak raya. Ish, macam tak percaya. Aku tak buat apa-apa persiapan pun untuk raya ni. Baju raya? Itu dah siap awal, dah pakai dulu pun. Yang lain-lain takde apa persiapan pun yang aku dah buat. Kalau tahun-tahun sebelum ni ada jugala beli kuih ke, ni takde langsung. Pelik kan? Entah, aku rasa tahun ni macam takde mood je nak beraya. Nape eh? Hmm...

Kad raya pun baru dua keping aku dapat. Satu anak buah aku bagi (kad raya yang pertama aku dapat untuk tahun ni) dan satu lagi daripada Persatuan Penjaja (ni pun sebab jadi AJK). Haha..tetiba teringat lak kat kad raya lama-lama yang aku belek tadi. Terjumpa kad yang salah seorang kawan lama bagi. Gile skema ayat dia dalam tuh. Kat mana agaknya dia sekarang ye? Dah dekat 6-7 tahun tak jumpa. Harap dia berbahagia la dengan hidup dia. Rindu rasanya nak jumpa semua kawan-kawan lama. Tapi apa kan daya, masing-masing dah ada komitmen sendiri. Hari raya pun belum tentu boleh jumpa semua. Jadi bila time raya ni wat gathering sdn. bhd ngan kekawan yang available jela.

Waa...tak bestnya, bulan puasa dah nak abis ke? Lepas raya dah masuk bulan 11. Dah kena register MIA QE balik. Adeh, sengal la nak study balik ni...10sen...10sen...Lepas tu dah masuk tahun baru balik...Semua keje + client yang aku hadap tahun ni dah nak kena hadap balik tahun depan. Aduhai, cepatnya masa berlalu...

Sesaje je nak layan lagu nih....
~So close, no matter how far...couldn’t be much more from the heart...forever trust in who we are...it nothin else matters~

3 Comments

Buka hati...

Salah satu email daripada ratusan email yang tersimpan dalam inbox aku...

Assalamualaikum. ..
Sekadar renungan di bulan Ramadhan...

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa sakit, pedih, dan perih. Amat sukar untuk diungkapkan, tapi ia sangat jelas seperti menghiris dada di bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh perbezaan pendapat dengan teman atau keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta.

Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.

Kesimpulannya, belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga dan sebaik apapun dia, suatu masa nanti akan menjadi orang yang akan menyakiti anda, walaupun mungkin tidak disengaja. Oleh sebab itu, ada baiknya anda menganggap bahawa mereka tidak serius dengan ucapannya. Anda boleh menganggapnya seperti angin berlalu, jangan dimasukkan ke dalam hati.

Belajar untuk bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan anda. Berusahalah menjadi seorang yang baik, bersopan, bijak, tidak mementingkan diri sendiri dan dapat dipercayai. Untuk menjadi semua itu, tentu saja anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan. Berkomunikasi secara jujur sangat penting. Ungkapkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu akan membantu orang lain mengerti anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin akan menyakiti hati anda.

Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

P/s : Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, sama-samala kita memaafkan antara satu sama lain. Moga tiada lagi dendam di hati...Ampun dan maaf juga buat semua yang pernah di lukai...

Leave a comment

Rahsia Lima Jari

1.Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke depan dlm keadaan terbuka Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3.Letakkan tangan di atas meja, perhatikan. Mula daripada jari kelinking yg kecil kerdil, mcm manusia apa benda pun akan mula daripada kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa pun yang kita perbuat bermula daripada yang kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yang besar pd masa depan.

4.Kemudian tengok jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dengan usia remaja..semuanya manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran dugaan. Hanyan iman takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada usia 30-an kita dah punya status ekonomi dan karier yg stabil tetapi kita kena lebih berhati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan lihat betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh tauladan kepada jari2 sblm ni. Macam tu jugak dgn kita perlu jadi 'role model' kepada generasi baru.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan pemikiran yang bagus.

7.Akhir sekali renung la ibu jari.. besar atau gemuk pendek berbanding yang lain tetapi ia menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam atau pegang sesuatu cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, nak buat2 apa rujuk la kat orang tua atau berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka,maka bolehla kita katakan "good" atau "yes" sambil 'thumbs up' itulah rahsia kejayaan kita.

Leave a comment

Setengah

Sedar tak sedar dah nak masuk 17 hari kita semua berpuasa. Apa yang kita dapat agaknya sepanjang ramadhan ni? Banyak ke ibadat yang dapat kita lakukan sepanjang ramadhan ni? Apa pun, moga-moga kita semua dapat memanfaatkan "tetamu agung" kita ni sebaik-baiknya. Tahun depan entahkan dapat entahkan tidak berpuasa lagi. Entahla, rasa sayu sesangat hari ni. Lagi-lagi bila dengar lagu raya. Bila stesen radio dah start pasang lagu raya tu maksudnya raya dah tak berapa lama lagila kan? Sayang rasanya nak tinggalkan bulan ramadhan ni. Banyak kenangannya dari tahun ke tahun. Yang pahit mahupun yang manis.

Dah nak raya pun. Masa zaman kanak-kanak + remaja seronokla. Tiap-tiap tahun tak miss baju baru. Cuma ada setahun tu aku siap merajuk dengan arwah mak aku sebab tak dapat pakai baju baru sebab baju aku tak siap lagi. Sekarang ni kekadang baju keje aku tu la yang jadi baju raya aku. Tak kisah sangat pun. Beraya zaman kanak-kanak memang seronok kan? Beraya ngan baju baru, kasut baru lepas tu pusing satu kampung beraya. Bukan nak beraya sangat pun, nak kumpul duit raya je tujuannya tu. Haih, kenangan...Sekarang ni kalau tengok bebudak datang beraya teringat lak zaman kanak-kanak dulu. Seronok, tak payah fikir masalah orang dewasa yang penuh dengan cabaran ni. Huhu..

Rindunya dengan zaman kanak-kanak, di kelilingi ahli keluarga semua. Dapat baju baru, kasut baru. Boleh tolong mak buat kuih raya (sebenarnya tolong makan yang lebih). Boleh collect duit raya, main bunga api. Apa lagi eh? Hmm...banyak lagilah yang aku takkan berpeluang buat sekarang ni.

************
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

3 Comments

Merajuk?

Merajuk? Lama dah tak merajuk. Macam mana agaknya rupa merajuk tu ye? Hampir terlupa macam mana rasanya merajuk tu. Orang kata merajuklah pada yang sudi. Kalau tak sudi, tak payah merajukla eh? Hmm...Aku sebenarnya tak berapa suka merajuk sebab kalau aku merajuk memang payahla nak dipujuk. Jalan terbaik, biarkan aku bersendiri. Bila sejuk pandaila aku tegur siapa-siapa yang buat aku merajuk tu.

Satu lagi perangai aku ialah, aku tak pandai memujuk orang. Kalau orang merajuk biasanya aku lebih suka berdiam. Bukan apa, kekadang bila orang merajuk ni dipujuk, makin bertambah-tambah merajuknya. Malas nak melayan! Hati batu? Ada kawan yang pernah melabelkan aku hati batu, takde perasaan, keras hati. Entahla...mungkin sebab masa dia merajuk aku tak reti memujuk malah aku yang merajuk bila dia tak cool down. Ha ha ha...dahsyat kan?

Kekadang rasa gak macam nak merajuk. Lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling aku sekarang ni. Buat aku macam tak wujud je. Tapi bila fikir balik, nak buat apa jadi bodoh? Aku akan hadap muka diorang hari-hari. Buat macam biasa ajelah. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Duduk diam-diam menyepikan diri ajela kalau rasa terpinggir sesangat tu.

Apa bendala yang aku merepek ni? Sebenarnya nak bagitau kat sesiapa yang berhajat nak merajuk dengan aku, baik lupakanlah hajat korang tu. Buang masa je merajuk-merajuk ni..

6 Comments

Ting Tong

Huwa....malam ni turn aku jadi ayam...Tula, gatal tido awal lagi. La ni da tak tau nk buat apa. Last-last jalan-jalan blog kekawan. Layan lagu raya. Layan lagu Indon yang aku dapat siang tadi~Anima -Bintang. Best layan ulang-ulang kali lagu ni. Layan je, daripada x buat apa pepagi nih.

Cis, mcm mana lak bleh teringat cite angker bos aku pagi tadi nih. Seram betul...Al-kisahnya, time bulan puasa ni manager aku ni memang suke naik opis memalam sebab dia kata belah siang dia xleh wat keje. Aku pun pernah stay kat opis masa bulan puasa ni 2-3 kali gakla dengan dia sebelum-sebelum ni. (Alhamdulillah, takde apa-apa). Nak dijadikan cerita, malam tadi dia datang opis macam biasa la nak siapkan keje. Dah dekat kul 12 ada yang 'mengganggu'. Aku tak tau la makhluk apa tu sebab sekarang ni kan bulan puasa...Terus petang ni aku x berani nak stay lama-lama kat ofis. Huhu...seram!

Haha..sekarang ni pun dok sorang-sorang. Suma orang da tido. Bila orang bangun sahur kang aku tido la...Pelik sungguh jadual tido aku dalam dua hari ni. Takpe, senang training awal. Nanti bile dah nak kena study balik takde la malas nak bangun pepagi camni. Huwaaa~~~Dahla, mai tido balek...

~"Kan ku abaikan... segala hasrat ku... agar kau pun tenang dengannya..." ANIMA - Bintang~

3 Comments

Mencari Wanita Sempurna

Ini kisah pertemuaan dua orang sahabat yang sudah berpuluh-puluh tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bergurau sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

“Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?” ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. “Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik dan amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun selepas itu pada masa berpacaran baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh saya bertemu seorang perempuan yang begitu cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama saya begitu takjub dan seronok. Hati saya berdesir kencang, inilah wanita ideal saya. Namun selepas itu baru saya tahu, dia mempunyai tingkahlaku yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.

Dan ketika saya di JB, saya bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dengan penuh humor. Tapi akhirnya saya tau dia datang dari keluarga yang berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapat kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya.”

“Lantas?” sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan. “ Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?” Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang menjawab, “Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna.”

Moral of the story : Nobody’s perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu kita akan dapat apa yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, cermin-cerminkanlah diri kita, adakah sudah sempurna di mata orang lain?

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.