Archive for September 2006

Cramp

Cramp. Teruk betul rasanya. Dua-dua belah kaki aku cramp malam ni. Fuh, ni gara-gara mencari si kunengla. Malangnya hari ni terpaksa menyangap juga sebab si kuneng tak ditemui. Huhu..sedih betul. Dari tengahari aku sanggup pusing Angsana sampai Giant, tapi masih juga tak ditemui. Balik berbuka tadi aku cuba cari kat 7-Eleven. Takde jugak, cuma jumpa apo? je...Sedih betulla...Takpela wahai si kuneng, moga-moga esok adela si kuneng kat kedai majalah bawah opis tuh...Aminnnn.

Emosi terganggu betul sekarang ni. Tak taula kenapa. Mungkin.....ye kot? Semua rasa ada. Sedih, hiba, sayu, tension, rasa tersisih, nak nangis pun ada. Tapi, ah lantakla...lawan je semua rasa tuh. Aku kan mampu tanggung semuanya (macam gagah je bunyinye). Takde yang akan peduli pun...Alhamdulillah, aku masih mampu berdiri teguh macam sekarang ni. Mudah-mudahan akan berterusan macam ni. Terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi memeriahkan kehidupan harian. Sekurang-kurangnya dapat gak lupakan sekejap apa yang ditanggung.

Hmm...semalam aku terjumpa “someone”. Nampaknya dia semakin berbahagia dengan kehidupan barunya. Alhamdulillah, aku doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan ke akhir hayat. Dan selayaknnya aku mengucapkan terima kasih untuknya sebab kalau ‘benda’ tu tak terjadi hidup aku takkan seceria hari ni, di kelilingi kawan-kawan yang ‘terbaik’ yang pernah aku jumpa.

“Thanks to you, now I got what I want” ~ Since You’ve Been Gone (Kelly Clarkson)

Dahla, malas nak layan sedih-sedih da...Layan anak-anak buah aku lagi baik...

5 Comments

Tazkirah Ramadhan

Ni salah satu email yang aku dapat dalam bulan puasa ni...

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Sahabat sekalian,

Alhamdulillah syukur pada Allah diberikan nikmat kepada kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang diberkati,.. Mudah-mudahan nikmat ini kita guna sepenuhnya dan seterusnya ganjaran TAQWA sebagaimana yang dijanjikan Allah akan kita kecapi...amin.

Sahabat sekalian,
Ramadhan juga disebut sebagai bulan MAGHFIRAH atau dlm bahasa melayunya bulan keampunan. Dan Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat....( maaf lupa ayat). Maksudnya supaya kita bersegera ke arah keampunan, samada keampunan dengan Allah mahupun keampunan sesama manusia.

Kita sentiasa memohon keampunan dengan Allah , tetapi bagaimana keampunan kita dengan manusia yang lain,.adakah kita mahu tunggu hariraya baru nak minta ampun...itu hanya adat orang kita supaya bermaaf-maafan pada hariraya sahaja.. Bagaimana dengan suruhan Allah untuk kita bersegera pohon ampun dan juga disebut dalam hadith RAMADHAN ini sbg bulan keampunan... .Oleh itu sempena Ramadhan al-mubarak ini marilah kita bersegera bermaaf-maafan antara satu sama lain agar doa kita pada bulan yang mulia ini dimaqbulkan Allah SWT.....Lagipun kita tidak pernah tahu bila kita akan dipanggil pulang oleh Allah......Dosa kita dengan Allah mudah-mudahan diampunkan Allah ( InsyaAllah ). , tapi bagaimana dosa kita dengan rakan kita, dosa kita dengan saudara kita yang lain...adakah kita tak pernah buat dosa dengan orang lain ???.. Bagi pihak saya sendiri kalau ada salah dan silap harap diampunkan , dimaafkan, dan marilah kita sama-sama memburu peluang yang ada dibulan yang mulia ini.. InsyaAllah Lailatul qadar bersama dengan kita.

Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3) Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Bersama kita leburkan kekhilafan. Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah.

"Selamat Berpuasa kepada semua"...

Leave a comment

Marhaban ya Ramadhan...

Esok kita akan mula berpuasa. Alhamdulillah, dapat juga jumpa bulan Ramadhan tahun ni. Bila masuk ramadhan je aku dapat rasa ketenangan yang aku tak pernah rasa kat bulan-bulan lain, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin masa ni jelah baru aku dapat tumpukan hal-hal sendiri berbanding hal-hal lain kot. Mudah-mudahan ramadhan kali ni dapat dijalani sesempurna mungkin, Insya Allah...

Tadi sempat jugak aku tengok satu program kat Astro Ria. Tajuknya Kembara Iman. Memang menarik, kira macam kisah-kisah dari mualaf. Pengalaman diorang sebelum dapat hidayah untuk convert Islam. Episod yang aku tengok tadi interview dengan salah seorang bekas paderi kristian - Hj. Ayub Abdul Rahman. Banyak nasihat yang diberikan untuk saudara-saudara baru supaya tak berputus asa bila tak dapat bimbingan sewajarnya. Paling tertarik bila Hj Ayub ni kata, kenapa orang-orang Islam tak suka berkongsi tentang hal-hal agama kita dengan orang bukan Islam? Katanya lagi, orang-orang Kristian takkan "kedekut" untuk berkongsi tentang agama mereka dengan orang yang bukan seagama dengan mereka. Hmm..sesuatu yang perlu kita fikirkan kebenarannya...

Pelik kan, orang-orang Islam yang memang dilahirkan dalam Islam, diberikan pendidikan agama yang cukup pun masih ada yang MURTAD. Tapi dengan kuasa ALLAH, seorang pengamal agama Kristian dapat hidayah Allah dengan begitu mudah. Cuma rintangan bila nak menukar agama tu jadi agak sukar. Biasalah kan, Rasullullah s.a.w nak berdakwah pun lagi banyak halangannya. Rintangan-rintangan sekecil tu takkan jadi penghalang pun kalau hati dah pilih Islam sebagai jalan dan pegangan hidup. Rasa insaf yang teramat lepas tgk program tadi tu. Mudah-mudahan akidah kita semua sentiasa terpelihara. Amin...

So di kesempatan ini aku nak ucapkan (mcm rancangan dedikasi lak..) Selamat menyambut ramadhan untuk semua yang rajin mengunjungi teratak buruk aku ni. Semoga kita dapat memanfaatkan bulan yang mulia ni sebaik-baiknya...

1 Comment

Jawapan

Dah lama soalan-soalan ni ditujukan untuk aku. Tapi cuma hari ni je tergerak hati nak menjawabnya. Minta maaf bebanyak ye Nile, bukan tak sudi menjawab cuma menunggu waktu yang sesuai. Hmm..so today is the most suitable time...

Do You Like :

1. Sunset or sunrise?
Mestila sunrise, sebab waktu lepas subuh kan? Orang kata pintu rezeki terbuka masa tu. Sunset lak jarang jumpa sekarang ni sebab selalu balik keje lambat. Cuma bulan puasa jela nanti sempat jumpa kot?

2. Suitcase or backpack?
It depends on situation dan ke mana nak pergi. Kalau nak outstation tempat client biasanya aku prefer bawak suitcase. Kalau nak balik kampung atau pun travel, better bawa backpack je.

3. Cats or dogs?
Suka kucing....sebab masa sekolah menengah dulu kucing memang jadi pelepas tension bila abis study. Entahla, aku rasa haiwan peliharaan ni boleh paham perasaan manusia melebihi manusia kekadang. Tapi manusia ni je yang tak reti menghargai haiwan-haiwan ni..huhu...

4. Roller coaster or merry go round?
Dua-dua tak sukeeee...sebabnya aku gayat kat tempat tinggi. Tapi kalau di suruh pilih juga mungkin aku akan pilih merry go round, risiko gayatnya mungkin kurang sikit berbanding roller coaster.

5. Calls or texts?
Depends gakla, kalau hal tu penting dan memerlukan jawapan segera aku lebih suka call je. Kalau setakat nak sembang-sembang atau nak merapu, sms is more practicable.

6.Gift vouchers or presents?
Asalkan free terima je. Orang kata rezeki jangan ditolak...Tapi rasanya aku lebih prefer free presents sebab tak payah susah nak pikir nak tukar voucher dengan hadiah apa.

7. Pens or pencils?
Pen untuk menulis masa buat working paper. Pensil lak aku guna bila nak buat calculation atau contengan atas kertas. Lepas tu nak cari balik calculation tak jumpa. Hahaha...sengal kan?

Kalau ada sesiapa rasa nak menjawab silakan jawab. Takde tarikh tutup, takde hadiah. Sendirian Berhad. Ok tamat._Noktah...

2 Comments

Ramadhan datang lagi...

Sakit kepala-sisa demam semalam. Tak taula, dah dekat nak puasa ni boleh demam pulak. Hasilnya hari ni aku cuti satu hari. Nak MC malas nak gi klinik. Selera makan pun takde ni. Tawar je rasa tekak ni. Makan apa pun tak lalu. Huhu..sedih betul. Tapi takpela, bagi neutral tekak sikit sebelum puasa ni. Tula, degil main hujan lagi kan dah demam. Padan muka aku. Hahaha...

****

Tak sampai seminggu je lagi nak puasa. Sekejap sangat rasanya setahun tu berlalu. Syukur Alhamdulillah, dapat juga merasai nikmat kurniaan Ilahi tu sekali lagi tahun ni. Rindu rasanya kat bulan ramadhan ni. Ada juga yang tak suka. Tapi apa pun, syukurlah sebab bukan senang nak jumpa bulan puasa ni. Bulan yang bagi segala macam kebaikan untuk kita umat Muslimin ni. Paling aku tunggu bulan puasa ni:-

1. Solat tarawikh – walaupun tak boleh penuhi solat satu bulan pun, sekurang-kurangnya dapat pergi bersolat tu pun aku dah rasa beruntung sangat. Nikmat yang kita takkan rasa dalam bulan-bulan yang lain.
2. Dapat balik keje awal (hehehe) – memang best! Bukan selalu dapat masuk keje 8.30pg balik 4.30ptg.
3. Dapat tengok kemeriahan pasar ramadhan kat bawah opis aku ni. Walaupun aku bukanla gila membeli kuih kat sana tapi aku suka tgk kemeriahan macam tu. Pelik sungguh!
4. Tengok orang bersesak-sesak kat shopping complex semata-mata nak buat persiapan raya. Sesak + semak!
5. Dapat kad raya daripada kawan-kawan. Hehehe..meriah walaupun dah ada kemudahan canggih, cara tradisi tidak dilupakan.
6. Segala macam kerenah dan perkara-perkara luar biasa yang kita takkan dapat jumpa selain bulan ramadhan.

Kalau nak diikutkan banyak lagi, tapi oleh kerana kepala aku ni makin berdenyut-denyut, maka itu jela yang dapat difikirkan buat masa ni. Agak2nya dapat tak kita rasa nikmat Ramadhan ni untuk tahun yang akan datang ye? So harap-harapnya kita semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ni sebaik-baiknya. Insya Allah._Noktah....

3 Comments

Hikmat



KITA MEMOHON KEKUATAN, dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita kuat.

KITA MEMOHON KEBIJAKAN, dan Tuhan memberi kita persoalan untuk diselesaikan.

KITA MEMOHON KEMAKMURAN, dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk bekerja.

KITA MEMOHON KETEGUHAN HATI, dan Tuhan memberi kita bahaya untuk di atasi

KITA MEMOHON CINTA, dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk ditolong.

KITA MEMOHON KEMURAHAN / KEBAIKAN HATI, dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan.

KITA TIDAK MEMPEROLEHI YANG KITA INGINKAN, kita mendapatkan segala yang kita perlukan.

*Sumber : Front cover BS 106

P/s : khusus buat sahabat yang tgh berduka lara sekarang ni(Aman), sori sbb jrg dpt online siang skang ni. Moga2 kau tabah jalani hidup baru...

Leave a comment

Satir : Panduan Dalam Solat

Dapat satu emel yang aku rasa boleh dikongsikan...

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. Satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu di hadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan di antara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: "Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: " Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA FATWANYA )

Leave a comment

Bayangkan...

Bayangkan sekiranya benda ni terjadi pada korang...

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya. siapa dia tiba2 aku merasa dada ku sesak sukar untuk bernafas namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku terus kekerongkongku sakittttttttt........sakit rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya....

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku. Kerongkongku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi.Badanku gementar. Peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu pergi berlalu begitu saja hilang dari pandangan.

Namun setelah itu aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah tidak seperti biasanya. Aku heran isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang ku duduki tadi. Badannya dingin kulitnya
membiru. Siapa dia? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis? Mereka menjerit, histeria terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia..dia..dia mirip dengan aku. Ada apa ini Tuhan...?

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini. Aku mulai berteriak. Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis. Aku sedar. Aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati. Aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka . Tak kuasa aku menangis. Berteriak. Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih. Selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis. Masaku telah terlewat. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di
sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, jika kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca cerita ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Leave a comment

TEN THINGS ALLAH WON'T ASK:

1... Allah won't ask what kind of car you drove; He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2...Allah won't ask the square footage of your house, He'll ask how many people you welcomed into your home.

3...Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4... Allah won't ask what your highest salary was; He'll ask if you compromised your character to obtain it.

5...Allah won't ask what your job title was; He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6...Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friends

7...Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8...Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your
character.

9...Allah won't ask why it took you so long to seek Salvation; He'll lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the gates of Hell.

10...Allah won't ask how many people you forwarded this to; He'll ask if you were ashamed to pass it on to your friends.

Happy moments, praise Allah.
Difficult moments, seek Allah.
Quiet moments, worship Allah.
Painful moments, trust Allah.
Every moment, thank Allah.

Leave a comment

Seandainya Cinta....

Seandainya...
Andainya Cinta Itu Hendak Diberi ...

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parents nya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

"Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Leave a comment

Dua September Dua Ribu Enam




Salam sayang untuk semua...
Ni antara gambar aku masa gath 2/9/2006 hari tu. Memang meriah, tak sangka dapat jumpa hampir semua karyawan dan forumer Blues Selamanya. Untuk mereka ni, terima kasih banyak sebab sudi datang dan memeriahkan gath ni.

Untuk Brad : Terima kasih sebab sambut kedatangan kami dengan juadah istimewa tu. Juga terima kasih sebab belanja ABC. Hihihi...Insya Allah,len kali kami serbu lagi...

Untuk Pac & Jack : Terima kasih atas sketch kalian yang lawa + cumil tu. Heheh, mesti korang dh muak kan tiap-tiap kali datang, mesti mintak sketch. Tapi, takpela...mmg nk suh korang lukis sampai muak pun...hihihi...

Untuk Sang : Memang best test kereta baru hari tu. Terima kasih sbb bawak pusing Putrajaya + belanja puyuh. Insya Allah, panjang umur jumpa lagi...

Untuk Fazrul: Thanks for the lovely sketch...

Untuk Kak Rhea, Yalin + Applephye : Akhirnya jumpa juga ngan korang setelah sekian lama menanti. Kak Rhea nampak cumil + manja. Yalin pulak nampak brutal, tapi pemalu..Apple, awak memang riuh. Tak sangka awak seriuh itu...

Untuk rakan-rakan yang lain : Akma (terima kasih sbb bg tumpang rumah dan pinky bear tu), Famia(thanks for the delicious ABC), In-Ubie (terima kasih atas hadiah cute tu), Nile, Jidah, Dragon, Kak Anna, Aainies,Mawarberduri dan semua yang hadir memeriahkan gath 2/9 ni, terima kasih banyak-banyak atas kemeriahan gathering kali ni...Semoga akan menjadi kenangan terindah untuk kita semua...

~Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu~

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.