Archive for August 2006

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI




1. SEMALAM : SUDAH MENJADI SEJARAH

2. HARI INI : APA YANG KITA LAKUKAN

3. ESOK : HARI YANG BELUM PASTI

"Hisabla hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua."

Leave a comment

Untuk semua

Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...


Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan

2 Comments

21/08

Antara hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Genap 26 tahun aku hari ni. Macam2 yang aku dah lalui sepanjang hidup ni. Walaupun takdela lama mana pun hidup, tapi Alhamdulillah, sekurang2nya Allah dah bagi aku macam2 pengalaman hidup setakat 26 tahun hidup ni. Memang bestla tahun ni. Tak sangka pulak tahun ni jumpa sorang member yang tarikh lahirnya sama walaupun tak sama tahun. Epi besday to you la dear...

Aku ingatkan tahun lepasla paling meriah. Sebab kebetulan birthday aku jatuh masa family day office kat A’Famosa Resort, Melaka. Bos siap nyanyi karaoke untuk aku masa dinner. Hehehe...terharu sesangat. Siang esoknya officemate aku celebrate kat MP, belanja pizza. Masa tu rasa cam nak nangis pun ada. Tapi, Alhamdulillah...sekurang2nya masih ada yang mengingati.

Tapi tahun ni nampaknya meriah sikitla berbanding tahun2 sebelum ni. Bangun pagi je tgk banyak sms yang masuk utk wish birthday aku. Tersenyum lebar pagi2. terima kasih untuk semua yang wish birthday aku. Sungguh-sungguh terharula kawan. Tak pernah terbayangkan kemeriahan sms yang macam tu memenuhi inbox aku macam hari ni.

Ha, yang bestnya petang tadi aku dapat bouquet bunga besau (Thanks untuk si pemberi). Jarang-jarang aku ni dapat bunga sebenarnya. Rasanya ni second time since konvo 4 tahun lepas. Hahaha. Sebenarnya aku pun bukan kisahkan bunga sangat. Tapi segan jugak bile dapat bunga besau camtu. Budak-budak opis yang meriah sangat dok mengira berapa kuntum yang aku dapat hari ni. Aku cuma mampu senyum je. Paling segan bila nak bawak balik rumahla. Mujurla aku balik tadi lepas maghrib, dah tak ramai orang dan bila aku sampai rumah tadi pun jiran-jiran takde yang melangut depan rumah. Hehehe...selamat!



Untuk kawan-kawan, terima kasih sekali lagi. Nak senaraikan rasanya tak tersenarai banyaknya. Aku sayang korang semua. Hehehe...jangan sangka hidup ini takkan indah bila kita kecewa. Memang betul, banyak hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Cuma bergantung bagaimana cara kita mengatasi kekecewaan tu. Aku dah nampak kelebihannya sekarang. Alhamdulillah. Semoga keindahan ni masih jadi milik aku dan kawan-kawan. Amin...

P/S: Tak lupa untuk yang pertama wish. Terima kasih yang tak terhingga. Semoga lebih sabar dan tabah menghadapi dugaan mendatang. Adik akan sentiasa mendoakan dan menyokong dari kejauhan.

2 Comments

Erti Persahabatan

Untuk semua kawan2....

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Leave a comment

RUMAH SERIBU CERMIN




Di sebuah desa kecil, ada sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Rumah Seribu Cermin’. Suatu hari, seekor kucing kecil sedang berjalan-jalan di desa itu dan melintasi ‘Rumah Seribu Cermin’. Ia tertarik pada rumah itu dan memutuskan untuk masuk melihat-lihat apa yang ada di dalamnya.

Sambil melompat-lompat ceria ia menaiki tangga rumah dan masuk melalui pintu depan. Telinga terangkat tinggi-tinggi, ekornya bergerak-gerak secepat mungkin. Betapa terkejutnya ia ketika masuk ke dalam rumah, ia melihat ada seribu wajah ceria kucing-kucing kecil dengan ekor yang bergerak-gerak cepat. Ia tersenyum lebar, dan seribu wajah kucing kecil itu juga membalas dengan senyuman lebar, hangat dan bersahabat. Ketika ia meninggalkan rumah itu, ia berkata pada dirinya sendiri, “Tempat ini sangat menyenangkan. Suatu masa nanti aku akan kembali mengunjunginya sesering mungkin.”

Sesaat setelah kucing itu pergi, datangla kucing kecil yang lain. Namun kucing yang satu ini tidak seceria kucing yang sebelumnya. Ia juga memasuki rumah itu. Dengan perlahan ia menaiki tangga dan masuk melalui pintu. Ketika berada di dalam, ia terkejut melihat ada seribu wajah kucing kecil yang muram dan tidak bersahabat. Segera saja ia mengiau keras-keras dan dibalas juga dengan seribu suara kucing yang menyeramkan. Ia berasa ketakutan dan keluar dari rumah sambil berkata kepada dirinya sendiri, “Tempat ini sungguh menakutkan, aku takkan kembali ke sini lagi.”

Seringkali gambaran atau kesan tentang wajah yang ada di dunia ini, yang kita lihat adalah cermin gambaran dan kesan dari wajah kita sendiri. Kalau kita mengesankan keramahan, maka dunia akan tampak ramah. Kalau dunia terasa suram, mungkin itu kerana lesan yang kita berikan.

p/s : biasanya apa yang kita dapat hari ni adalah gambaran perbuatan kita kepada orang lain...fikir-fikirkanlah...

Leave a comment

Hari tension

Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni kan? Tapi adakah kita ambil tau semuanya? Atau hanya ambil tau pasal hal yang hangat je? Aku rasa semua orang dah tau pasangan pengantin popular mana yang akan naik pelamin bulan 8 ni kan(sampai orang dah naik meluat baca ceritanya).Paling aku tak boleh terima ada headline paper tajuk :KADI GUGUP (pehal!). Tak ke bodoh buat cite camtu. Kesian kat kadi / imam tu, kalau dah memang tugas dia menikahkan orang dan dah bape banyak orang dia nikahkan, takkanla sebab si **** ni nak nikah kadi / imam tu boleh gugup pulak. Lawak betulla! Memang bengong... Masa aku pergi ceramah agama beberapa minggu lepas, ustaz tu sendiri kata, muslimin sekarang ni banyak dimomokkan dengan kisah-kisah dan berita-berita yang sensasi. Sampai hal-hal yang lebih penting dan sepatutnya kita utamakan kita pinggirkan. Balik-balik cite pasal artis kawin, artis cerai...bercinta dengan orang tu, bercinta ngan orang ni....Gosip & bahan hiburan je yang diorang nak baca. Ada ke orang sibuk pasal IFC ke, murtad ke....

Satu yang buat aku tertarik ialah pasal IFC. Tak taula kenapa umat Islam akhir zaman ni senang2 je nak meletakkan maruah Islam tu sendiri kat tempat paling bawah. Senang di pijak-pijak oleh golongan ka***un ni. Diorang ni masih tak sedar ke yang tak lama lagi mungkin kita pun akan ikut jejak Melayu Singapura yang merempat di tanah air sendiri. Itu tak kira dengan hal murtad lagi. Tak pun makanan atau produk kat dalam negara yang diragui status halalnya. Aku pun tak fahamla dengan pendirian pemimpin sekarang ni. Benda-benda macam ni tak mau dedahkan pada orang awam, sebab takut jadi rusuhan kaum. Tapi bila tak didedahkan, macam nilah jadinya. Orang kita tak sedar yang diorang bakal merempat kat tanahair sendiri. Sedih memang sedih. Harap-harap kita semua terhindar dari segala anasir-anasir buruk tu semua. Insya Allah...

Teringat pulak perbualan dengan seorang rakan yang stay kat Cambridge petang tadi. Katanya, dia bangga bila orang-orang luar memuji Malaysia. Aman, damai dari segala aspek. Sampaikan ada salah seorang kawan dia (seorang mualaf, warga US) bercadang nak migrate ke Malaysia sebab nak anaknya membesar dalam suasana Islam. Bangga tak kalau korang dengar macam tu orang puji Malaysia? Hmm..bangga jugakla aku dengar walaupun hakikat yang terhidang depan mata tak seindah yang di sangka. Macam mana agaknya masa depan kita akan datang sekiranya gagasan IFC tu di luluskan ye? Ingat satu jela, bala Allah tu tak mengira siapa. Walaupun seorang je yang ingkar, tapi balasannya menyeluruh. Itulah yang menakutkan. Dah banyak contoh depan mata, kita je yang tak sedar lagi. Think about it. Apa yang mampu kita lakukan sekarang ni berdoa pada Allah semoga kita dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan si ka***un ni. Amin....

p/s: mintak maafla bebanyak sebab entri kali ni memang untuk lepas geram. Hari ni memang tension dan geram sesangat....

Leave a comment

Kita Sebenarnya

Cuba korang renungkan kata-kata di bawah ni. Agak2nya, banyak yang kena tak ngan diri kita sendiri?

"Kita Sebenarnya...
Lebih gembira menyambut 1hb Januari drpd 1 Muharram

Kita Sebenarnya...
Lebih tahu apa itu 14hb Febuari drpd 12 Rabiulawal ---------------------> Ni
tarikh apa sebenarnya???

Kita Sebenarnya...
Lebih kusyuk mendengar lagu drpd mendengar azan

Kita Sebenarnya...
Lebih suka melepak, tidur, tengok tv drpd sembahyang

Kiita Sebenarnya...
lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama Nabi Nabi Allah

Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyebut hello @ hai drpd Assalammualaikum

Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyanyi dangdut drpd berwirid @ bertahmid

Kita Sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama

Kita Sebenarnya...
Lebih suka memaki, mengumpat orang drpd memuji mereka

Kita Sebenarnya...
Lebih suka mencarut #@!!#*@!! drpd menyebut Masya Allah

Kita Sebenarnya...
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan

Kita Sebenarnya...
Lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat

TETAPI...BILA ORG BERTANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN MENJAWAB..

Kita Sebenarnya...
LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA TETAPI LAYAKKAH KITA DGN SYURGA ALLAH????

Semoga kata2 hikmat ini dpt mendatangkan kebaikan kpd kita.. wassalam"

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.