SIHIR 2

Untuk korang, sambungan untuk topik sihir ni....

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib :
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakunWalaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Bayangkan rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Kekadang bila kita sakit atau ahli keluarga (terutamanya anak-anak), jangan ambil mudah. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar sejurus selepas haid kering. Jangan tunggu sampai 1 hari baru nak mandi hadas. Kadang2 kita suka melengahkan mandi hadas ni. Sama juga dengan junub. Kita dikelilingi syaitan! Jangan sesekali sediakan sarapan dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan dsb.
Perhatian: "Arasy" atau tempat syaitan rehat adalah lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis’bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar atau majalah dalam jamban! Jangan suka menyanyi dalam tandas! Jin juga boleh mengganggu melalui cermin. Oleh itu lindungi diri kita dengan berdoa setiap kali menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang.

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, terutamanya tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. - Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan mungkin berpunca daripada perbuatan-perbuatan kita.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.