SIHIR 1

Hari ni tiba-tiba terjumpa artikel ni kat koleksi email yang aku simpan. Jadi aku pun nak kongsi ngan korang. Yang ni bahagian pertamanya.

SIHIR

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu dsb. Manusia ni pegi kat tukang sihir atau apa yang kita tahu sebagai bomoh atau pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan dengan tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al-Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni (Naudzubillah).

Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta benda-benda macam gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, dan juga tarikh lahir anda.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' macam ayam hitam ke, kambing putih ke dsb

3. Mereka baca Quran secara pantas dan tak jelas sebutannya. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. Mereka nampak pengotor dan selekeh, kuku kotor, pakaian bau busuk. Tak menggambarkan sebagai orang yang mengamalkan Islam.

Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Susah tidur malam.

2. Suka ketawa sendiri

3. Tak suka mandi (hati2 sape yang malas mandi tuh...)

4. Suka makan banyak. Sebenarnya makan untuk dua orang - sendiri + jin!!

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.

6. Boleh bercakap dalam bahasa-bahasa lain secara tiba-tiba! (maksudnya bahasa yang tak pernah di pelajari..)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to SIHIR 1

  1. sama2 apple...moga2 kita semua terhindar dari segala anasir2 tak baik macam tu...Amin...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.