Kesedihan yang berulang....

Apa perasaan korang kalau kawan yang rapat dengan korang tiba-tiba je pulaukan korang? Mesti rasa sedih kan? Inilah yang aku hadapi sekarang ni. Tapi aku tak salahkan dia, sebab pada aku apa yang kita terima adalah imbalan balik apa yang kita beri pada orang lain. Bak kata satu pepatah, what u give u get back. Macam cermin. Imbasan pada cermin tu adalah apa yang kita tunjukkan di dapan cermin tu. Kalau buruk, buruklah ia. Kalau cantik, maka cantikla ia. Mungkin apa yang terjadi ni untuk sedarkan aku yang sebelum ni aku pernah abaikan kawan-kawan aku yang lain, tanpa aku sedari. Ampun dan maaf untuk rakan-rakan yang pernah terasa diabaikan sebelum ni. Hal-hal macam ni dah jadi asam garam kehidupan aku sebelum ni. Bukannya riak, cuma dugaan sekecil ini tak mungkin mampu menggugat perjalanan hidup aku.

Mungkin ada betulnya, bila kita terlalu taksub dengan hal-hal keduniaan, kita lupakan hal-hal penting yang sebenarnya ‘membawa’ kita ke tahap apa yang kita kecapi sekarang ni. Kita merasakan apa yang kita kecapi itu adalah hasil usaha kita sendiri, sedangkan kita lupa, kita takkan berjaya melakukannya kalau DIA tidak mengizinkannya. Kita tak sedar yang masa semakin meninggalkan kita sedangkan kita tak bersedia apa-apa sekiranya dipanggil menghadapNya suatu hari nanti, dek kerana mengejarkan hal keduniaan. Panggilan tu boleh datang bila-bila masa. Sama ada kita bersedia atau tidak, terpulang pada diri kita. Melihatkan apa yang berlaku kebelakangan ni, menimbulkan rasa insaf dalam diri. Hidup kita di dunia ni hanya pinjaman. Bersykurlah kerana DIA masih lagi mahu ‘meminjamkan’ kita umur untuk beribadah kepadaNYA.

Memang dah menjadi lumrah manusia, mudah lupa. Bila senang DIA dilupakan, bila bersedih, DIA juga yang dicari tempat untuk mengadu. Aku akui aku pun termasuk dalam golongan tu. Bila rasa kecewa, DIA lah tempat aku mengadu. Syukur Alhamdulillah, nikmat tu belum lagi ditarik. Maafla kalau coretan kali ni membosankan korang. Sekadar mahu berkongsi rasa hati yang tak berapa menentu sekarang ni. Bukan mahu mengaibkan sesiapa. Cuma harap hal ni mampu menyedarkan kita tentang sesuatu :”Tiada apa yang kekal dalam dunia ni melainkan ALLAH s.w.t.”

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.