Giler penat!

Letih sangat.....memang letih yang teramat. Mana taknya dah 2 hari takde rest. Huh, rasa macam nak menangis pun ada. Tapi bila fikir-fikir balik ini keputusan yang aku dah buat, so jangan sesekali menyesal. Alhamdulillah, keadaan diri masih lagi terkawal.

Ahad lepas aku pergi satu seminar peluang perniagaan. Quite good and interesting, tapi hanya yang berani ambil risiko boleh berjaya dalam perniagaan tu. Dan aku mungkin akan jadi salah seorang yang berani ambik risiko tu...Dan apa yang aku pasti tahap keyakinan aku dah kembali ke 150% bila pergi seminar tu kelmarin. Hmm...terima kasih yang tak terhingga untuk Mazita & Arul yang introduce sistem ni kat aku. Budi baik korang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Semalam pulak kena pergi audit luar. Jenuh juga nak wat vouching sorang-sorang kat tempat client tu. Menyesal pulak tak bawak sorang trainee. Entahla, sejak company yang aku buat audit ni bawak keluar kerabat-kerabat dia ke auditor lain aku dah jadi macam malas nak buat kerja dia. Buat kerja dia pun tak bersungguh-sungguh. Hehehe...teruk kan? Balik office sambung akaun magic pulak. Lagi memeningkan kepala. Huhuhu...Kekadang pernah juga terfikir nak tukar kerja, tapi aku sayang sangat ngan kerja dan tempat kerja aku ni. Banyak sangat kenangan suka duka kat sini. Bak kata sorang rakan, benda-benda tu semua kenangan terindah, best walau pun perit.

Balik kerja pulak kena rushing pergi 2 tempat. Penat giler. Tapi aku puas hati sebab banyak benda yang aku belajar 2 hari lepas ni. Hmm.. Penat tapi berbaloi. Pengorbanan untuk kesenangan kemudian hari. (poyo jer rasa...)

~Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu~

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.