Archive for July 2006

Kenangan Terindah - Samson

Leave a comment

Kesedihan yang berulang....

Apa perasaan korang kalau kawan yang rapat dengan korang tiba-tiba je pulaukan korang? Mesti rasa sedih kan? Inilah yang aku hadapi sekarang ni. Tapi aku tak salahkan dia, sebab pada aku apa yang kita terima adalah imbalan balik apa yang kita beri pada orang lain. Bak kata satu pepatah, what u give u get back. Macam cermin. Imbasan pada cermin tu adalah apa yang kita tunjukkan di dapan cermin tu. Kalau buruk, buruklah ia. Kalau cantik, maka cantikla ia. Mungkin apa yang terjadi ni untuk sedarkan aku yang sebelum ni aku pernah abaikan kawan-kawan aku yang lain, tanpa aku sedari. Ampun dan maaf untuk rakan-rakan yang pernah terasa diabaikan sebelum ni. Hal-hal macam ni dah jadi asam garam kehidupan aku sebelum ni. Bukannya riak, cuma dugaan sekecil ini tak mungkin mampu menggugat perjalanan hidup aku.

Mungkin ada betulnya, bila kita terlalu taksub dengan hal-hal keduniaan, kita lupakan hal-hal penting yang sebenarnya ‘membawa’ kita ke tahap apa yang kita kecapi sekarang ni. Kita merasakan apa yang kita kecapi itu adalah hasil usaha kita sendiri, sedangkan kita lupa, kita takkan berjaya melakukannya kalau DIA tidak mengizinkannya. Kita tak sedar yang masa semakin meninggalkan kita sedangkan kita tak bersedia apa-apa sekiranya dipanggil menghadapNya suatu hari nanti, dek kerana mengejarkan hal keduniaan. Panggilan tu boleh datang bila-bila masa. Sama ada kita bersedia atau tidak, terpulang pada diri kita. Melihatkan apa yang berlaku kebelakangan ni, menimbulkan rasa insaf dalam diri. Hidup kita di dunia ni hanya pinjaman. Bersykurlah kerana DIA masih lagi mahu ‘meminjamkan’ kita umur untuk beribadah kepadaNYA.

Memang dah menjadi lumrah manusia, mudah lupa. Bila senang DIA dilupakan, bila bersedih, DIA juga yang dicari tempat untuk mengadu. Aku akui aku pun termasuk dalam golongan tu. Bila rasa kecewa, DIA lah tempat aku mengadu. Syukur Alhamdulillah, nikmat tu belum lagi ditarik. Maafla kalau coretan kali ni membosankan korang. Sekadar mahu berkongsi rasa hati yang tak berapa menentu sekarang ni. Bukan mahu mengaibkan sesiapa. Cuma harap hal ni mampu menyedarkan kita tentang sesuatu :”Tiada apa yang kekal dalam dunia ni melainkan ALLAH s.w.t.”

Leave a comment

JIKA & KETIKA

Aku suka kata-kata ni....selalu jadi ayat-ayat pemotivasi waktu-waktu aku rasa terlalu rendah diri atau terlalu banyak masalah bertimpa-timpa...

++ JIKA DAN KETIKA...++
JIKA
Kau berasa lelah dan tak berdaya dari usahamu yang seperti sia-sia...
Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha.

KETIKA
Kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih....
Allah sudah menghitung air matamu.

JIKA
Kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja....
Allah sedang menunggu bersama-samamu
KETIKA
Kau berasa sendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...
Allah sentiasa berada di sampingmu

KETIKA
Kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi....
Allah mempunyai jawapannya.

KETIKASegalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan....
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.
JIKA
Tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan....
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

KETIKA
Segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucapkan syukur....
Allah telah pun memberkatimu.

KETIKA
Sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.....
Allah akan tersenyum kepadamu.

KETIKA
Kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi....
Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.

OLEH ITU
Ingatlah bahawa di mana pun atau ke mana pun kau berada....

ALLAH AKAN MENGETAHUI DAN
SENTIASA BERADA DI SAMPINGMU.

Leave a comment

Giler penat!

Letih sangat.....memang letih yang teramat. Mana taknya dah 2 hari takde rest. Huh, rasa macam nak menangis pun ada. Tapi bila fikir-fikir balik ini keputusan yang aku dah buat, so jangan sesekali menyesal. Alhamdulillah, keadaan diri masih lagi terkawal.

Ahad lepas aku pergi satu seminar peluang perniagaan. Quite good and interesting, tapi hanya yang berani ambil risiko boleh berjaya dalam perniagaan tu. Dan aku mungkin akan jadi salah seorang yang berani ambik risiko tu...Dan apa yang aku pasti tahap keyakinan aku dah kembali ke 150% bila pergi seminar tu kelmarin. Hmm...terima kasih yang tak terhingga untuk Mazita & Arul yang introduce sistem ni kat aku. Budi baik korang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Semalam pulak kena pergi audit luar. Jenuh juga nak wat vouching sorang-sorang kat tempat client tu. Menyesal pulak tak bawak sorang trainee. Entahla, sejak company yang aku buat audit ni bawak keluar kerabat-kerabat dia ke auditor lain aku dah jadi macam malas nak buat kerja dia. Buat kerja dia pun tak bersungguh-sungguh. Hehehe...teruk kan? Balik office sambung akaun magic pulak. Lagi memeningkan kepala. Huhuhu...Kekadang pernah juga terfikir nak tukar kerja, tapi aku sayang sangat ngan kerja dan tempat kerja aku ni. Banyak sangat kenangan suka duka kat sini. Bak kata sorang rakan, benda-benda tu semua kenangan terindah, best walau pun perit.

Balik kerja pulak kena rushing pergi 2 tempat. Penat giler. Tapi aku puas hati sebab banyak benda yang aku belajar 2 hari lepas ni. Hmm.. Penat tapi berbaloi. Pengorbanan untuk kesenangan kemudian hari. (poyo jer rasa...)

~Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu~

Leave a comment

SIHIR 2

Untuk korang, sambungan untuk topik sihir ni....

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib :
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakunWalaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Bayangkan rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Kekadang bila kita sakit atau ahli keluarga (terutamanya anak-anak), jangan ambil mudah. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar sejurus selepas haid kering. Jangan tunggu sampai 1 hari baru nak mandi hadas. Kadang2 kita suka melengahkan mandi hadas ni. Sama juga dengan junub. Kita dikelilingi syaitan! Jangan sesekali sediakan sarapan dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan dsb.
Perhatian: "Arasy" atau tempat syaitan rehat adalah lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis’bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar atau majalah dalam jamban! Jangan suka menyanyi dalam tandas! Jin juga boleh mengganggu melalui cermin. Oleh itu lindungi diri kita dengan berdoa setiap kali menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang.

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, terutamanya tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. - Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan mungkin berpunca daripada perbuatan-perbuatan kita.

Leave a comment

SIHIR 1

Hari ni tiba-tiba terjumpa artikel ni kat koleksi email yang aku simpan. Jadi aku pun nak kongsi ngan korang. Yang ni bahagian pertamanya.

SIHIR

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu dsb. Manusia ni pegi kat tukang sihir atau apa yang kita tahu sebagai bomoh atau pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan dengan tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al-Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni (Naudzubillah).

Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta benda-benda macam gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, dan juga tarikh lahir anda.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' macam ayam hitam ke, kambing putih ke dsb

3. Mereka baca Quran secara pantas dan tak jelas sebutannya. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. Mereka nampak pengotor dan selekeh, kuku kotor, pakaian bau busuk. Tak menggambarkan sebagai orang yang mengamalkan Islam.

Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Susah tidur malam.

2. Suka ketawa sendiri

3. Tak suka mandi (hati2 sape yang malas mandi tuh...)

4. Suka makan banyak. Sebenarnya makan untuk dua orang - sendiri + jin!!

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.

6. Boleh bercakap dalam bahasa-bahasa lain secara tiba-tiba! (maksudnya bahasa yang tak pernah di pelajari..)

2 Comments

Sinar cahaya Ayat Kursi

Untuk renungan bersama..Insya Allah, mudah2an dapat keberkatan bersama....

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Leave a comment

Perihal Hati

Petikan daripada email kawan-kawan aku, semoga kita semua dapat iktibar daripadanya, Insya Allah...

Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya. Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.

ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.

iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.

v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.

vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.

vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redha pada kita.

viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.

Leave a comment

DOA

Lima perkara yang menghalang daripada dikabulkan doa:

1.Doa orang yang zalim.
2.Doa orang yang sentiasa melakukan dosa.
3.Doa orang yang memutuskan tali persahabatan.
4.Doa orang yang dilumuri maksiat.
5.Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa.

Doa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikabulkan oleh Allah dalam empat keadaan:

1.Sama ada dikabulkan secara segera.
2.Dikabulkan setelah melalui masa yang lama.
3.Dikabulkan di akhirat nanti dengan digandakan pahala.
4.Atau diampuni dosanya.

*Dipetik dari majalah Ujang 15 Julai 2006

Leave a comment

Apa Yang Tinggal Padaku

What's Left of Me - Nick Lachey

Watched my life pass me by
in the rearview mirror
Pictures frozen in time
are becoming clearer

I don't wanna waste another day
Stuck in the shadow of my mistakes

*yeah'cause I want you
and I feel you
crawling underneath my skin
like a hunger
like a burning
to find the place I've never been
now I'm broken and I'm fading
I'm half the man I thought I would be
You can have
What's left of me

I've been dying inside
Little by little
Nowhere to go
But goin' out of my mind
In endless cirlcles
runnin' from myself until
You gave me a reason for standing still

Repeat *

Falling faster
Barely breathing
Give me somethin' to believe in
Tell me it's not all in my head
Take what's left of this man
Make me whole once again

Repeat *

I've been dying inside you see
I'm going out of my mind
Out of my mind
I'm runnin' in circles all the time
Can you take what's left
Can you take what's left
Can you take what's left
Of me
Can you take what's left
Can you take what's left
Can you take what's left
Take what's left of me

Leave a comment

Layan Pantun Sengal

Jom layan pantun hari ni. Topik ni si famia yang bukak kat forum. aku pun jadi sengal gak layan topik nih...

Antara pantun2 sengal sumbangan diorang :

FAMIA:
Pukol empat pukol lima,
Pukol lapan belum lagi,
Ape susah...laju kan je la jam tu.

Buah pinang..pinang masak,
Hendak kupas tidak terkupas,
Pakai je blender kan senang.

Kalau ke hulu sama berakit,
Ke mudik sama bersenda,
Naek motobot kan laju je sampai.

BRAD:
sorong papan tarik papan,
buah keranji atas peti,
harga papan dan naik melambung,
mari kita duduk dalam peti!

lompat si katak lompat,
agak2 siapa dapat memikat cik katt?

buai laju-laju sampai cucur atap,
apa kelas buai... jom la rempit!!!

kalau tuan pergi ke pahang,
jangan lupa singgah di johor,
eh, kalau nak g pahang pegi jer laaa...
singgah2 buat apa, buang masa jer!

SANG :
Kalau Tuan ke Tanjung Batu,
Singgah sebentar di rumah putri come
"Kami dah pulang emak buat cucur"
"Mudah saja tambah air"
"Kacau sebati goreng dan sedia"
"Cucur udang Adabi rahsianya..ADABIIIII"

PU3:
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
Patutlah bau badan kau busuk semacam,
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Kalau padi tu belumlah masak,
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

T:
Limau lelang di tepi lobang,
Petik benihnya di hujung dahan,
Harimau garang duduk menyangkong,
ahakhak x malu betul harimau tu!

Hahaha...nila dia pantun-pantun yang di 'sumbangkan oleh makhluk2 forum BS nih...sengal2 semuanya...

Leave a comment

Hari baru, mukasurat baru....

Salam untuk semua. Akhirnya sampai juga aku kat sini. Terima kasih untuk semua yang membantu dan juga beri sokongan untuk menjadikan blog ni satu kenyataan...Alhamdulillah, syukur ke hadratNYA sebab masih lagi bernafas di muka bumi ni dan dapat merasa nikmat ilmu. Ilmu IT yang selama ni aku fikirkan susah untuk dipelajari. Memang pening la ngan coding blog ni. Berkat tunjuk ajar seorang rakan(terima kasih banyak untuknya...), aku berjaya juga menyiapkan lay-out blog ni yang tak seberapa.

Harap-harap blog ni dapat kongsi sesuatu yang berguna untuk kawan-kawan kat luar sana. Kalau ikutkan aku memang tak suka menulis dan tak suka meluahkan apa yang aku rasa. Cuma kebelakangan ni terpanggil je mengarut sikit-sikit kat blog friendster tu. Salah satu sebab blog ni diwujudkan pun adalah untuk men'yawang'kan blog friendster tuh..Hahaha...

Apa lagi nak mengarut pagi ni ye? Apa yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk tu datang dari diri sendiri. So, sama-samalah kita perbaiki dan upgrade mana yang patut...Salam sayang untuk semua...

Leave a comment

Testing 1 2 3

Testing 1 2 3.....

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.