Archive for 2006

2006 ke 2007....

Hari ni, hari Ahad. Hari Raya Qurban. Bersamaan hari terakhir dalam tahun 2006 ni. Rasa tersangat malas nak buat apa-apa hari ni. Macam biasala, bila cuti je peratusan nak keluar rumah tu memang tersangatla tipis melainkan kalau betul-betul ada hal. Jadinya? Dudukla rumah je hari ni. Layan anak buah tengok kartun, mengemas rumah, mengadap lap top, mengadap VCD. Itu jela...

Tapi bila duduk termenung sorang-sorang ni aku suka flash back apa yang dah jadi sepanjang tahun ni. Sambil buat perbandingan dengan tahun-tahun terdahulu. Aku rasa aku tak pernah lalui sepanjang tahun dengan meriah macam tahun ni. Tanpa banyak rasa sedih, sakit hati macam tahun yang sudah-sudah. Rasanya sepanjang hidup ni, tahun 2003/2004 boleh dinobatkan sebagai tahun ‘jiwa kacau’ untuk aku. Banyak sangat masalah berbangkit masa tu. Isk..jangan ingatlah. Ada gak yang menitis air mata ni kang. Cuma satu yang aku ingat, masa tu lah aku mula kenal majalah BS yang aku sangapkan sekarang ni. Thanks untuk Wawa yang kenalkan mag ni kat aku. Suka sangat dengan column Uncle (Sesuatu Di Antara Waktu) tu sebab selalu jadi penyejuk hati masa aku ada banyak masalah. Thanks a lot untuk Uncle. Semoga column tu akan terus jadi penenang hati untuk semua pemilik ‘jiwa kacau’. Heheh..

Tahun 2005 pulak, aku mulakan dengan ‘self recovering and refreshment’. Alhamdulillah, recovering process tu masih berjalan dengan lancar sampai sekarang. A bit phobia jugala nak start a new different relationship dengan orang lain. Bukannya aku berharap pada yang lama, cuma aku rasa fobia bila kepercayaan yang aku berikan dirobek sesuka hati oleh orang yang kita percayai. Hmm, tahun ni gakla aku kena tikam daripada belakang dek salah seorang kawan sendiri. Tak sangka, pertolongan ikhlas yang aku berikan selama ni tak di pandang pun dek dia. Sanggup buat cerita buruk pasal aku pada orang lain. Biasalah manusia kan? Kita buat baik seribu kali pun dia takkan ingat tapi buat jahat satu kali, benda tu lah yang diungkitnya berkali-kali. Mungkin atas sebab tu kot dia tak puas hati dengan aku. Biarlah, hanya Allah je yang tau kebenarannya. Aku dah mintak maaf sekaligus memaafkan dia. Jadinya sekarang ni aku memang tersangatla susahnya nak percayakan orang lain melainkan orang tu aku memang dah kenal betul-betul. Sekali orang tu dah robek kepercayaan aku memang susah aku nak percayakan dia semula. Bukannya berdendam, tapi lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan dan juga perbuatan aku sekarang. Aku pun macam dah tak boleh nak rapat sangat dengan dia sampai sekarang. Fobia! Takut benda yang sama berulang balik.

Rasanya tahun 2006 ni memang takde masalah berat pun yang timbul. Tak taula kenapa, tapi rasa macam tahun ni antara tahun ketenangan untuk aku. Sakit pun jarang kena. Alhamdulillah, syukur atas nikmatNYA. Dapat juga kenal ramai kawan baru. Banyak juga benda yang aku belajar tahun ni. Salah satunya, buat blog sendiri. Terima kasih untuk semua yang bagi tunjuk ajar nak setup blog sampailah macam mana nak mencantikkan blog ni. Semoga keberkatan ilmu tu berterusan. Amin...Ops, sebelum terlupa. Nak ucap terima kasih juga untuk yang percayakan aku, banyak bercerita tentang masalah ‘keluarga’ yang aku baru sertai tahun ni. Alhamdulillah. Mudah-mudahan ukhuwwah yang dah terjalin tu berpanjangan, Insya Allah..Pendek kata, memang berterima kasihlah pada semua yang mewarnai kehidupan aku dalam tahun ni.

Untuk semua kawan-kawan, terima kasih kerana memeriahkan kehidupan harian. Buat yang selalu kena buli tu, mintak maaf banyak. Perbuatan membuli tu sebenarnya baik untuk mengeratkan kemesraan. Muahaha.... Untuk yang pernah mengecewakan, terima kasih atas ‘pengajaran dan pelajaran’ yang awak tinggalkan untuk saya. Terima kasih juga sebab awak juga sebenarnya penunjuk jalan kebahagiaan dan kegembiraan saya pada hari ni. Untuk kawan-kawan yang dah lost contact, mudah-mudahan korang berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Insya Allah, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan korang dari jauh. Mudah-mudahan tahun 2007 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua. Amin..

Isk, first time ke aku buat entri panjang macam ni? Wa...macam lepas geram je? Takdela, cuma meluahkan isi hati sikit-sikit. Bace jela ye? Lepas-lepas ni entah bila nak buat enti panjang berjela macam ni..Heheh...

**SALAM AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU 2007**

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Leave a comment

Cinta Kenangan Silam...

Cuaca sejuk macam ni betul-betul menggamit memori zaman kecil-kecilan dulu. Masa dulu, bukanla lama mana pun, start sekolah memang musim hujan. Jadi nak taknak memang kena redah hujan bila nak pergi sekolah. Berbekalkan payung dengan 1 beg plastik (untuk isi kasut) aku jalan kaki pergi sekolah (jarak antara sekolah dengan rumah cuma 15 minit perjalanan). Dalam perjalanan ke sekolah tu macam-macamla yang akan ditemui tu. Kalau bernasib baik bolehla jumpa biawak berenang ke, takpun ular berenang ke..Huhu..

Jalan yang aku lalu nak pergi sekolah dulu tu kira jalan pintas jugala. Kalau jalan jauh silap-silap boleh jumpa cek kerbau pendek kat dalam kebun getah tu. Tapi jalan pintas yang aku ikut ni boleh tahan gak semak samunnya. Bila aku dah baik darjah 5 ke 6 baru jalan tu diturap tar. Jadi jalan takla lecak sangat bila musim hujan. Yang tak besnya, bila musim banjir ada kemungkinan jalan tu tenggelam. Nak tak nak kenala pusing jalan jauh kalau kena banjir. Heheh...

Kalau tak silap masa aku Tingkatan 3 aku pernah bawak kawan-kawan sekelas lalu jalan tu. Masing-masing siap tanya aku lagi, “Kau tak takut ke? Jalan ni kan sunyi?” Haha..entahla, dah terbiasa daripada kecik kot? Aku dah biasa dengan jalan tu. Terserempak dengan ular melintas tu dah biasa. Cuma risau kalau terserempak dengan ‘orang jahat’ je. Macam biasala, mak dah pesan:

- kalau jumpa orang yang tak kenal ajak naik kereta, jangan naik
- kalau jumpa benda-benda pelik, jangan tego
- kalau jumpa mat-mat pit ke, orang jahat ke, bace ayat kursi bebanyak, 3 Qul jangan lupa
- kalau jumpa orang jahat lagi, lari sejauh mungkin yang termampu
- kalau jumpa angsa, halau dengan kayu (isk...x suke natang ni...)
- kalau jumpa anjing, jangan lari. Nanti dia lagi kejar.

Apa lagi petua mak aku eh? Banyak da yang aku lupa. Hehe...tula, masa mak cakap tak mau pay attention. Padan muka aku. Waaa rindunye zaman kecil-kecilan aku....

Leave a comment

Hujung Minggu Yang Ketat..

Hari ni 25hb Disember, bermakna lebih kurang 6 hari lagi kita akan tinggalkan tahun 2006 ni. Fuh, sekejap benar rasanya dok tahun 2006 ni. Macam biasala, semua orang sibuk dengan azam masing-masing. Pada aku, tak payah tunggu tahun baru pun kita boleh berazam. Cuma paling praktikal, cuba realisasikan apa yang diazamkan tu. Jangan tiap tahun berazam baru tapi tak pernahnya yang tercapai pun. Lagi menyedihkan, kalau tiap tahun tu azam yang sama je di bawa ke depan. Harapnya kehidupan kita dapat dipertingkatkanlah ye dari tahun ke tahun...

Hujung minggu lepas ni sibuk dengan kenduri kahwin kawan-kawan. Hari Sabtu pergi kenduri budak nakal yang akhirnya jadi kawan rapat aku dan tempat meluah rasa aku selama ni. Hehe...Alhamdulillah, akhirnya kau juga yang kahwin dulu eh? Seronok tengok family diorang. Walaupun sedih sebab atuk dan adik dia tak dapat turut serta dalam majlis tu, tapi still boleh maintain dalam senyum dan gelak tawa.

Semalam pulak jemputan kenduri coursemate aku, Ida. Makin berkurangan geng bujangan aku nampaknya. Masa pergi rumah makcik si Ida ni memang blur sesangat. Dengan sesat jalannya. Hujan lagi.. Hehe..takpela, sampai juga akhirnya. Tunggu orang lain pun takde nampak bayangnya. Maka aku pun dengan gagahnya redah jela sorang-sorang. Sempatla snap 2-3 keping gambar pengantin. Aku je yang tak bergambar kali ni. Malas.

Selamat Pengantin Baru untuk kedua-dua pasangan mempelai Ummi + Saib dan juga Ida + Mie. Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat...^_^

Tak lupa jua Selamat Pengantin Baru untuk anak buah, Hawa dan pasangannya. Kenduri dia kat KL tu tak berkesempatan pun nak pergi. Bagitau pun last minute, so tak dapatla nak pergi. Insya Allah, kalau takde apa aral mungkin aku pergi kenduri yang kat Terengganu tu.

Aku tau...akhir entry ni nanti mesti ada yang akan komen. Bila lagi? Kan? Kan? Insya Allah, andai ketemu jodohnya, sampai serunya adala nanti...Tak payah risau ye semua? Rimas rasanya bila ditanya soalan tu berkali-kali. Heh...

3 Comments

Jaminan ke Guarantee?

Kisah di suatu petang .

Tempat : Dalam opis

Suasana: Berlatar belakangkan lagu-lagu mp3 zaman 80an – 90an.

A : Eh, apa tajuk lagu ni eh?
B : Takdir dan waktu. Kumpulan Mega nyanyi lagu ni.
A: Aha, sedih seyh lagu nih...Banyak tuh kenangan ngan lagu ni.
C: Ala, Abang A tu takde lainla tu. Kenangan dengan awek dia la tu..Takde cite lain. Kang mulalah bukak cite sedih pasal awek kawen ngan orang lainla, kecewalah...Tah pape je...
A : Kau tak tau, kau tak rasa. Cuba kalau bf kau tu kawen ngan orang lain nanti. Mesti tertonggeng frust punya.
C : Takdenya. Dia takkan cari orang lain punya.
B : Kau ni confirm je dia nak kawin ngan kau...
C : Iya, kita yakin. Yela, sebab dia dah kenal ngan Kak B, Kak D, Abang A. Takkan dia nak main-mainkan kita plak.
D : Ala, kawan Kak B tu pun dulu kenal gak Kak D ni, Abang A. Lagila, kawan-kawan si dia tu ramai je keliling Kak B masa tu. Tengok apa jadi sekarang?
B : (Gelak) Wei, apa ni? Ampehla korang...
C: (Gelak juga) Ha’ah kan kak? Lupa la plak...Heheh..
D : Cukupla C, kang Kak B kuarkan ayat macam Abang A lak kang, “Kau tak tau...kau tak rasa...” (Gelak lagi)
B : Ceh, seronok korang gelakkan aku eh?
C : Kak B, dok kat fotostat tu jangan feeling sensorang lak denga lagu nih.
B : (Gelak) Banyakla kau C. Kau tu jaga bebaik bf kau tu ye? Kang lari dia jenuh nak baik pulih hati kau tu.

Adeh, sengal sungguh mereka ni. Tapi kan, boleh pakai ke fakta tu? Bila kita kenalkan pasangan kita tu pada kawan-kawan rapat kita, seolah-olah jadi macam satu jaminan yang pasangan kita tu takkan buat sesuatu yang tak baik pada kita. Especially pada hubungan tu la. Betul ke? Memang bagusla kenalkan si dia tu pada kawan-kawan kita. Tengok sama ada dia boleh ngam ke tidak dengan kawan-kawan kita tu. Macam kes B tu pulak, kebanyakan kawan-kawan B tu asalnya kawan-kawan kepada ‘kawan’ si B tu. Jadinya dulu, B pun confident yang ‘kawan’ dia tu takkan buat something yang tak baik pada dia dan hubungan mereka. Tapi akhirnya? Kecundang juga. Mungkin dah takde jodoh kan? Itu je jawapan yang paling tepat untuk persoalan ni. Walau macam mana jaga sekalipun, dia akan tetap pergi kalau dah memang dia bukan jodoh kita. Betul tak? Heh..

Tertarik dengan quotes ni:

"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."

3 Comments

Disember

Ada apa dengan Disember? Banyak kenangan bulan Disember ni sebenarnya. Bulan Disember boleh jadi permulaan sesuatu dan juga boleh jadi pengakhiran sesuatu. Banyak yang aku belajar dalam bulan Disember ni. Bulan ni terjadinya pengakhiran satu kisah dalam hidup. Bulan ni juga aku jumpa balik 2-3 orang kawan-kawan lama. Bulan ni juga ada kawan-kawan yang akan menamatkan zaman bujang masing-masing selain bulan sengal nak masuk tahun baru.

Apa lagi yang boleh dikaitkan dengan bulan terakhir ni? Aha..musim hujan dan banjir macam apa yang berlaku sekarang ni. Banjir di sana sini dan Johor antara tempat yang paling teruk kena banjir. Teringat musim banjir zaman sekolah sebab dulu start sekolah bulan Disember. Jadi nak tak nak memang kena redah hujan hari-hari bila nak gi sekolah. Beruntungnya rumah aku tak kena banjir tapi kalau rasa nak main air, pegilah redah jalan yang kena banjir, tak pun pergi main banjir kat rumah arwah nenek. Sempatla juga tangkap ikan, main lumpur dengan kawan-kawan dulu. Bes betul mengharung banjir. Tapi tak bes bila terjumpa ular, lipan, cacing dan segala macam benda yang kita tak nak jumpalah masa banjir ni. Isk, geli + takut bila bayangkan. Tapi bes...Rindu pulak bila ingat-ingat semula kenangan tu semua.

Paling aku ingat kenangan banjir Disember tahun 1992. Masa tu baru masuk Tingkatan satu. Rasanya itu minggu terawal sessi sekolah kot. Memang musim hujan dan banjir sampai air naik atas jalan raya. Masa balik sekolah aku tengok air sungai Segamat tu dah melimpah naik sampai ke atas jalan raya. Jalan sesak betul masa tu sebab keretapi nak lalu. (Untuk pengetahuan, bila keretapi lalu jalan raya laluan utama tu akan ditutup tapi ada jalan short cut bawah jambatan, tapi jalan tu dah naik air). Itu kali pertama aku tengok banjir kronik macam tu. Abang sulung aku pun pergi kerja masa tu kena harung banjir. Heheh, dasat betul banjir kat Segamat masa tu. Tapi bila aku tengok berita tadi rasanya banjir kali ni lebih teruk daripada dulu. Mesti banyak kerugian yang mangsa-mangsa banjir ni kena tanggung bila banjir berlaku kan. Banyak barang yang akan rosak dan tak boleh dipakai lagi. Lepas banjir kena bersihkan rumah lagi. Isk, kesiannye...

So sesiapa yang tak kena banjir tu, bersyukurla. Tak payah beli barang baru. Tak kena cuci rumah. Tak kena duduk balai raya. Isk, rindu kat musim banjir kat kampung...

2 Comments

Beautiful Lies

Kebelakangan ni aku suka sangat dengar lagu ni. Tak taula kenapa. Memula dengar cuma tertarik pada muziknya je. Tapi bila amati liriknya, mungkin ada yang kena kat batang hidung sendiri kot? Haha, Layankan jela..

Rasa happy sebab aku dah berjaya lalui fasa pemulihan dengan baik. Harapnya langit cerah yang menyelubungi hidup sekarang ni akan berterusan. Insya Allah. Terima kasih untuk semua yang mewarnai kehidupan harian. Yang berterusan buat aku tersenyum walaupun sebenarnya tengah sengal dengan masalah yang timbul. Semoga korang sentiasa dilimpahi kesejahteraan hidup...

^BEAUTIFUL LIES^

Watching the rain
A thousand voices call her name
She turns the lights on
To blind the pain

She runs out the door calling
She leaves the TV on
What does she do
When her faith is falling

She lights a candle
Shadows dancing on the wall
Will there be moonlight
When darkness falls

Beautiful lies, Beautiful lies
Will she survive
As angels cry, As angels cry
Are you there, Are you there
She's all alone
Without a prayer, Without a prayer

She runs out the door calling
She leaves the TV on
What does she do
When her faith is falling

Love's crimson glow
Fading into pale
Listening as twilight
Turns to day

Why do her memories last a moment (and then they're gone)
She writes an ending but it's all wrong
Why does her heart feel so alone
Why does her song seem so hollow
Won't you please tell her
Won't you tell her that you knew it all along

Watching the rain
A thousand voices call her name
She turns the lights on
To blind the pain
Beautiful Lies

*Juwita Suwito

Leave a comment

XYZ

Apa perasaannya eh, bila kita di jemput datang ke majlis perkahwinan ‘ex’ kita? Minggu ni je aku dengar cerita daripada 2 orang kawan yang dijemput ke kenduri ‘ex’ memasing. Yang pasti, aku tau perasaan masing-masing ada memang sedihla. Yang sorang ni siap sms aku:
“Tgh sedih ni. Semalam ex saya kahwin dah. Ni nak pegi lepas perasaaan men boling sat.Huhu...”

Aku terfikir gak, kenapa mesti sedih? Kan masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Kata kawan aku tu, dia masih teringat kenangan lama. Hmm...Kenangan. Memang susah nak lupa. Mungkin ada yang takkan lupa kalau betul-betul bawa kesan di hati. Aku akui, walau dah boleh terima hakikat tapi kadang kala ada gak rasa sedih tu, bila apa yang dirancangkan musnah di tengah jalan. Lumrahla, nama pun manusia. Dah ada sejarahnya kan dengan orang tu. Nak tak nak, mau tak mau ada ketikanya kita akan terkenang juga. Macam komputer gak, walau dah delete macam mana pun, data tu dah ada dalam hardisk. Akan terhapus kalau hardisk kita tu dah rosak. Kalau manusia ni hardisk kong tu maksudnya apa? Huhu..tak maula, hilang memori. Part yang tak suka cuma sikit je, tapi memorinya hilang semua. Biarla pedih macam mana pun, terima je apa yang kita miliki tu seadanya. Nak bagi neutral, ingatla apa-apa kenangan yang manis sepanjang hidup.

Memang, setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat je hikmahnya kita akan nampak. Jadi, sebagai makhlukNYA kita kena belajar terima hakikat dan redha atas setiap ketentuanNYA. Ceh, bes je wat ayat. Kena kat diri sendiri nanti belum tentu lagi aku boleh menabahkan diri. Tapi insya Allah, mudah-mudahan bolehla. Tengah mencuba ni drp sekarang. Hehe..

So untuk kawan-kawan yang tengah sedih tu, janganla ikutkan hati sangat. Insya Allah, akan sampai masa sendiri nanti. Cuma jangan putus berdoa padaNYA ye? Jangan wat benda-benda pelik sudahla. Nanti kang bukan diri sendiri je susah, orang lain pun sama.

2 Comments

Membebel

Semalam dah selamat berlangsung pun seminar yang buat aku sengal selama seminggu ni. Macam biasala, kita rasa macam dah perfect, complete semuanya tapi lepas je semua tamat ada ajela cacat sana sini yang nampak. Lumrahla tu kan? Hmm..

Aku bukan nak cerita pasal seminar, tapi tertarik nak sentuh pasal kemudahan utama yang pihak hotel sediakan. TOILET. Kenapa eh? Dah banyak yang aku jumpa macam tu. Kemudahan tu tak banyak yang memihak untuk kita sebagai MUSLIM. Yela, bila dah selesai ‘urusan’ mestila nak bersuci kan? Tapi biasanya toilet mesti takde paip. SUSAH sangat nak jumpa. Kalau ada pun setakat satu dua tandas je yang sediakan kemudahan paip tu. Apa, ingat golongan ‘mereka’ je ke yang mampu pergi sana? Isk, sedih betulla. Tak prihatin sungguh diorang ni. Jual ikan betul!

Yela, aku tau. Kebanyakan hotel yang macam tu berasal dari negara luar. Tapi, masa buat hotel tu kat sini pun takkan arkitek luar yang design kot? Kekadang yang kelakarnya, hotel yang tak glamer pun macam tu gak, macam hotel tempat seminar semalam. Bukan hotel glamer pun, tapi basic facility macam tu pun hampeh! Benda ni patutnya diorang kena titikberatkan masa nak buat hotel tu. Yang nak datang ke sana pun orang kita jugak. Tu belum kira lagi entah ada entah tidak surau yang disediakan kat hotel tu. Rasa macam nak tergelak je bila sebut bab Islam Hadhari tapi hak-hak kita sebagai MUSLIM selalu je diketepikan. Agaknya sebab kita terlalu bertolenransi kot? Hm..ntah apa-apa la.

Terasa macam wakil rakyat lak. Tapi memang bengang jugakla, bila jenuh kena beratur bila nak masuk toilet. Sebabnya, hanya satu toilet je yang ada paip. Kalau korang, agak-agaknya bengang tak? Dahla, toilet pun tak berapa nak bersih. Ish, kalaula boleh bawak toilet dari rumah, kan best? Kan? Kan?

P/S : Met someone that really reminds me of my past yesterday. Mungkin second twins dia kot. Tahun lepas dah jumpa sorang. Tahun ni sorang lagi. Mungkin betulla kot, orang kata kita ada 7 orang kembar dalam dunia ni.

Leave a comment

Panduan

Tersangatla sengalnya minggu ni......Bacela artikel ni ye, semoga jadi panduan kita bersama. Insya Allah..

***
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari- jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurga nanti. Amin!!

Leave a comment

Lebat

Sangat blankla minggu ni. Naik keje je sibuk dengan seminar. Keje lain pun berlambak je. Petang tadi bos pun dah mintak tolong buat dan edit handouts yang nak diberi masa seminar tuh. Huh, sengal gak otak nak adjust balik report tu. Mintak-mintak bolehla siapkan esok sebab keje aku dah makin bertimbun bulan 12 nih..Huhu..

Ada orang tanya macam mana nak hilangkan bosan lepas abis exam. Haha..kesian kan? Sebenarnya banyak je benda boleh buat lepas abis exam ni. Salah satunya buang masa. Best je membuang masa ni. Pegi jalan-jalan dengan kawan-kawan. Tengok wayang, lepak KFC ke McD ke. Tapi itu dulula. Sekarang ni nak tengok aku jalan-jalan buang masa pun susah. Sebab aku lebih suka duduk rumah je. Kawan-kawan pun ntah ke mana.

Tapi dedolu la kan, masa lepas SPM aku rajin tolong arwah mak jahit baju. Bukan fully jahitla sebenarnya, cuma tolong sembat baju kurung je. Okla tu, dapat gak isi masa lapang selain mengasah bakat terpendam. Huhu..rindunya kat zaman-zaman tuh. Selain tu, masa tu kena paksa masuk kelas komputer, belajar word ngan excel. Rasa masa tu takut betul dengan komputer, takut apa ntah. Aku pun tak tau. Mungkin sebab masa tu aku tak di expose kan dengan komputer masa kat sekolah kot. Hehe, yela budak kampung. Manala nak kenal benda-benda tu semua. Bebudak sekarang juga untung. Ada pc kat rumah, boleh online sampai lebam. Hmm...Bosan lagi ke? Pegila wat terjun tiruk ke, panjat tiang ke, wall climbing ke. Buat aktiviti extreme sket. Mencabar tuh...Paling tak pun, layan SUDOKU. Biar berpinar mata. Haha..
Lepas bulan 12? Tahun baru. Hmm..study la cek kak..Exam bulan 3 nanti. Tapi kan aku ni malasnyeeeeeeee nak study. Tolongla saya, macam mana nak start dan rajin study eh?

Leave a comment

Cicakman Dan Kipas Kat Sebelah

Hari yang panas, walaupun cuaca mendung. Tengah seronok menyengal petang tadi dpt sms.

SMS 1 (6 Dec 2006 : 17:00) : Kak, nak g tgk wayang tak? Muvi kul 8, kat Pelangi
Aku (6 Dec 2006: 17:05) : Korang nak pegi kul bape ni?

SMS 2 ( 6 Dec 2006 : 17:10) : X tau lg, nant apa2 hal kita bgtau akak..
Aku : (6 Dec 2006 : 17:13) : Ok, nnt inform balek eh?

Dah siap say good bye dengan semua makhluk kat blab tadi aku sms budak ni semula.

Aku (6 Dec 2006: 17:45) : Nak pegi kul bape ni? Nak siap-siap...
SMS 3 (6 Dec 2006 : 17.50) : 6.30 bertolak. Akak nak pegi terus ke?

Aku (6 Dec 2006: 17:53) : Uik, awalnye korang gi? Korang nak makan dulu ke?
SMS 4 ( 6 Dec 2006 : 17:55) : Entahla kak, diorang ni tgh buat keje lagi ni.

Aku (6 Dec 2006: 18:00) : Oke. Pesan kat diorang tunggu kat opis, nnt gerak sekali je.
SMS 5 (6 Dec 2006: 18:02): Ok kak..

Siap je dapat info tu, aku terus siap-siapla apa yang patut. Memang dah lama gila tak keluar berfoya-foya dengan mereka semua nih. Plan ni memang dah buat semalam pun. Bila aku siap mandi dapat satu sms lagi.

SMS 6 (6 Dec 2006: 18:20): Kak, kita tak jadi pegila. Penat lak rasanya. Mengantuk. Yang pergi pun 2 orang je.
Aku (6 Dec 2006: 18:23) : Ceh, x pegi ke? Kalo camtu org pun xmo pegi jugakla. Cancel!

Okla, aku tak kisah pun tak jadi pegi. Bukan rezeki nak tengok kan. Takpela. Yang buat aku hangin tetiba je bila dpt sms ni:

SMS 7 (6 Dec 2006: 18:40) : Kak, pegi nak? Kita dah siap ni. Tapi kita kena pegi opis dulu ni. Nanti kita bgtau diorang suruh tunggu akak eh?
Aku (6 Dec 2006: 18:43) : Ah, malas nak layan!

SMS 8 (6 Dec 2006: 18:45) : Ala kak, jomla. Tadi memang rasa penat. Tp balik umah rasa boring lak dok sorang2 ni.
Aku (6 Dec 2006 : 18:48) : Ah, malas! Tadi org dh siap kata x jd. Ni nak pegi lak. Malas nak layan!

SMS 9 (6 Dec 2006 : 18:52) : Ala kak, sorila. Janganla marah. Jomla...
Aku (6 Dec 2006: 18:55) : Malasla, dh tuka baju. Kalo bgtau awal tadi boleh gak pegi.

SMS 10 (6 Dec 2006: 18:57): Hmm..kalo akak x gi kita pun x gi jugakla. Sori ek kak, jangan marah...
Aku (6 Dec 2006: 19:00) : Tak marah, suka sangat...Len kali jangan cakap putar belit macam ****** =p

Habis cerita. Lastly, memang tak jadi tengok cicakman. Aku bukan marah sebab tak jadi tengok. Aku hangin sebab budak ni cakap berbelit. Kejap nak, kejap tak nak. Isk.. Tengah angin tak betul ni janganlah sengaja nak suruh aku letak kipas kat sebelah aku nih. Aku dah tak suka nak marah-marah tak tentu pasal ni. Aku tak suka. Takpela, benda dah jadi pun.

Hmm..takpe, takpe. Esok dah nak jalan jauh. Huhu..rindunya kat sume orang. Lepas ni aku nak biar korang rindu kat aku pulak. Hehe..Cuti hujung minggu yang panjang. Best. Tapi minggu depan? Mungkin minggu yang sibuk bagi aku. Huhu..takpela. Rela jer!

2 Comments

Cek bat

Adeh, duduk lepak-lepak ni tetiba teringat lak. Bebudak trainee baru selalu je terkena bila aku ngan colleague lain suruh refer pada cheque butt (kaki buku cek). Sebab diction dia bunyi ‘cek bat’, maka memasing selalu salah tafsir.

Aku : Transaction yang ni korang takde details nye ke? Macam mana nak tau dia bayar apa nombor cek ni. Kalau kat voucher takde detail, referla kat cheque butt..(biasanya, cheque butt takde depan mata nak tunjuk kat diorang.)

Jawapan diorang dalam situasi berlainan dan batch trainee yang berlainan:

Trainee A : Kak, cek bat tu sape? (jawapan popular)
Trainee B: Kak, ada no telefon dia tak? Nanti saya call dia, tanya pasal transaction ni.
Trainee C : Kak, cek bat tu officer company ni eh?
Trainee D : Kak, cek bat tu handsome tak?

Yang pasti jawapan diorang biasanya mengundang gelak ketawa satu office. Kadang-kadang bila cerita ni sampai ke telinga manager aku, dia pun boleh gelak besar. Hai, bebudak...bebudak.. Korang ni memangla. Lurus macam pembaris. Muka pun innocent je bila tanya soalan-soalan tu. Aku tak berniat nak gelak pun. Tapi sebab rasa macam lawak, maka kitorang pun gelakla dengan seronoknya. Kekadang kesian gak, sebab rasanya setiap batch trainee ada je yang akan tanya soalan tu dan kena gelak ngan kitorang.

Sekarang ni, memang tunjuk terus mende alah tu kat diorang supaya diorang tak tertanya-tanya lagi. Haha...ingat ye kengkawan, kalau ada orang sebut pasal cheque butt jangan ingat Encik Bat pulak ye?

2 Comments

Hari 10sen sedunia...

Hari pertama bulan Disember atau bulan doblas. Bulan terakhir dalam tahun ni. Sekejap je rasanya dah nak abis tahun ni. Rasa macam baru semalam je masuk tahun baru 2006. Tahun depan dah masuk tahun 2007, bermakna umur tambah setahun lagi dan aku kena hadap semula kerja-kerja yang aku dah buat tahun ni. Itu jela flow nya tetiap tahun...Dan hari ni pulak merupakan hari yang betul-betul membosankan aku...

Pagi :
- Sampai office, macam biasa aku on pc, letak beg terus pergi belakang. Bersarapan dengan mak buyung.
- Siap sarapan, balik ke meja aku. Tengok monitor pc aku gelap. Napa eh? Try restart pun x berjaya gak. Lastly, boleh gak restart.
- Bila pc dah ok, aku dok melangut kat forum sat. Tengah khusyuk baca posting kat tagboard tetiba je pc aku padam berserta bunyi meletup. Terkejut + cuak dah aku masa tu. Aku dah agak, ni mesti pc aku yang problem ni.
- Tapinye, pc orang lain pun padam gak termasuk air-cond atas kepala aku sekali terpadam. Sangat-sangat blur pagi ni. Bila pc takde serta merta jadi blank, takleh wat keje.
- Then, tau-tau big bos dah hidupkan main switch. Aku tgk orang lain dah boleh on pc. Aku je yang terlopong, takleh nak on pc. Errgghhh...bosannyeee...
- Panggil technician (anak buah big boss je pun) tengokkan apa yang tak kena ngan pc aku ni. Sekali katanya, power supply problem. Aik, sume power supply tak suka kat aku ke? Hari tu laptop aku, la ni pc office lak...

Tengahari :
- Bosan tak tau nak buat apa. Kacau orang yang cuti hari ni. Hehe...
- Sambil tu tengok list nama potential client yang dah di jemput untuk seminar 16/12 ni.
- Call memana client yang kira ada good contact la ngan aku, cerita lebih kurang, keletong sikit-sikit. Adalah 2-3 client yang berminat nak datang seminar ni. Ish, tak baik menipu hari Jumaat ni. Dah tu, nak wat macam mana, lumrah orang Melayu kita ni, kalau tak kata wajib takkan datangnya. Semua nak mengelak je. Cost concious la kunun. Heh! Company yang bayar pun, bukan kena keluar duit sendiri...

Petang :
- After lunch, belek-belek kerja yang aku buat semalam. Tertanya-tanya gak ni, cpu aku mana?
- Bosan, pindah meja sebelah. Bawa kerja aku sekali. Kekononnya rajinla tu.
- Sebenarnya, nak guna tenet kat situ. On kan limewire, search lagu sofaz. Kekeh, ntah sejak bila layan lagu budak-budak ni tak taula. Downloadla, mana yang ada. Sambil tu, cari gak lagu-lagu lain. Sambung buat keje sikit
- Bosan buat kerja, bukak forum. Tengok ada sesi pujuk memujuk. Entah apa la yang di rajukkan dek si adik manja tu. Yang pasti, isu biskut lutut tak abis lagi dibincangkan. Glamer betul biskut tu kebelakangan ni.
- Hitung detik. Bila agaknya nak kul 5.30 ni. Bosan tahap gaban dah ni. Bila agaknya nak dapat balik cpu aku ni?

Kesudahannya? Satu hari suntuk aku tak boleh nak buat kerja hari ni. Mana taknya, hari ni sepatutnya department report dah complete. Tapi, semua data dok dalam pc. Hai, ni lah padahnya. Terlalu bergantung pada komputer. Yela, lain kali aku back up kat tempat lain ye? Itu pun kalau aku ingatla....Hehe...

Leave a comment

CINTA UMPAMA MENUNGGU BAS...

*Tak taula, cuba tepuk dada tanya diri sendiri....

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain,! kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

5 Comments

Pertarungan vs Cuci Mata

Sangat bestttttt....Hari ni aku dah dapat pengubat sangap. Baru boleh mentenet dengan tenang dan senang hati setelah beberapa hari terpaksa menyekang jam penggunaan tenet. Aku dah dapat adaptor baru. Huhu..Walaupun kena korban sikit, tak kisahla. Janji ada kualiti dan boleh pakai lama.

Masa nak pergi tadi aku tengok cuaca gelap, macam nak hujan. Aku pun dah bajet, ni mesti hujan lebat ni.Kalau pergi pun jalan mesti jem ni. So dok la lepak-lepak kat tingkap. Tengok ada acara pesan-memesan barang dari Melaka. Aku je yang malas nak pesan apa-apa. Tak mau menyusahkan adik manja tu. Tengok dia pun pening je ngan senarai pesanan barang. Ada biskut lututla, cencalokla, belacanla, macam-macam...Haha, sukati korangla. Malas nak campur. Adik manja, kalau rasa kereta tu tak muat ngan barangan pesanan mereka tu, suruh along sewa lori jela ye?

Bila aku tengok cuaca pun ok je, lepas maghrib je terus gerak ke kedai yang aku dah aim tu. Jalan boleh tahan jemnya walaupun tak hujan. Dalam hati dah doa bebanyak, janganla terjumpa ‘mereka’ yang aku tak mau jumpa kat area situ. Harap-harap sangat tak jumpa sebab memang dah lama tak jumpa diorang since aku tinggalkan mende tu beberapa bulan lepas. Sampai je parking lot, memang aku terus jalan tak toleh kiri kanan. Target cuma 1 je, kedai kat tingkat 4 tu.

Siap je beli, aku terus jalan keluar ke parking. Sambil-sambil tu cuci matala tengok barang-barang kat shopping complex tu. Rasa macam nak window shopping je tapi, tetiba terbayangkan muka-muka diorang. Hehe...Takpela, lain kali jela. Takpun pegila window shopping tempat lain ye? Masa nak keluar pulak, aku rasa pelik. Kenapa card slot machine ni takmo terima kad parking aku? Bukannya aku tak bayar, dah siap print lagi-paid cash. Cuak gile dah. Belakang aku je dah berderet 2 kereta. Ish, nape ni? Selalu ok je...Aku cuba terbalikkan kad tu. ACCEPTED! Hampeh, salah masuk rupanya. Haha, sengal lagi. Lepas tu terus tak toleh belakang, jalan terus. Selamatla tak ramai yang queue belakang aku tu. Kalau tak, mesti dah kena hon bertalu-talu.

Takpela, pengalaman tu. Nampak sangat dah lama tak datang situ, sampai mesin kad tu pun dah tak kenal aku. Eleh, alasan je tuh...Ni sume gara-gara gabra sebab nak melarikan dirila. Itula puncanya. Tu la, niat jahat lagi. Padan muka. Dahla, nak menyakat orang lak ni. Ada sesiapa yang nampak kaler purple ke? Hahak...

Leave a comment

Isnin yang malas...

Takde mood. Jadinya, entri pun terjangkit same.

1. Hari Isnin

Hari yang diiktiraf sebagai hari malas. Hari ni pun aku datang lambat. Punch card ngam-ngam pukul 8.57 pagi. 3 minit sebelum pukul 9. Oleh kerana dah termaktub hari ni hari Isnin, maka secara automatiknya mood untuk kerja pun zero. Apa pun, kena gagahkan diri gak sebab hari ni bos aku dah naik keje setelah seminggu dia bercuti. Fiu...

2. Power supply
Kelmarin aku baru discover, problem lap top aku berpunca daripada power supplynya yang dah ada crack kat wayarnya. Jadi semalam aku pun mulakan operasi mencari. Tapi malangnya semua kedai yang aku pergi takde yang suit dengan adaptor aku. Lastly, mamat kedai komputer terakhir yang aku pergi tu suggest aku pergi ACER directly. Aduhai, malasnya nak pegi bandar. Kalau tak cari power supply ni nanti aku pulak yang sangap. Huwa...10sen betulla...

3. Hosting
Ni satu lagi problem. Tak taula nape, setiap kali tukar hosting, lagu yang aku upload mesti tak bunyi. Haih, cemana ntah. Dah tukar code pun still tak boleh dengar lagi. Tak paham betul. Akhirnya, masih setia denga tripod, walaupun dah register 2 hosting lain.

4. 29/11
Aku dah tak nak ingat, tapi tetiap tahun kena lalui gak tarikh ni. Isk..isk..bila la nak immune ni? Wahai hati, tabahla ye?

Wahai En. mood, mana pegi? Janganla lari jejauh ye? Penat nak kejar ni nanti...

3 Comments

Kahwin?

Kebelakangan ni aku rasa kebanyakan blog yang aku singgah banyak sebut tentang kahwin. Hai, korang ni. Taula dah musim cuti sekolah ni. Maknanya kenduri kahwin pun memang merata la sana sini. Aku pun baru balik majlis kenduri kahwin course mate aku masa kat UTM dulu. Meriah. Dapatla jumpa kawan-kawan lama dan tak lupa juga soalan-soalan cepumas daripada kawan-kawan. :
A : Hai, sorang je ke? Takkan takde teman kot?
B : Kawan baik kau dah lepas ni. Kau bila lagi?
C: Bila aku nak rasa nasi minyak kau pulak?
D :Aku ni teringin nak rasa durian Segamat. Bila ek bleh pegi Segamat ni? Mana tau bleh makan nasi minyak sekali kat Segamat tu...

Fuh, soalan-soalan mencabar daripada kenkawan. Apa la korang ni. Relaksla, benda ni bukan aku yang control. Kadang kala kita dah rancang baik-baik, tapi hasil di penghujungnya? Zero! Jadinya, jangan terlalu berharap yang aku akan naik pelamin dalam masa terdekat ni. Benda-benda ni semua ketentuan Allah. Kita cuma mampu merancang, penentunya bukan kita.

Biasanya la kan, kebanyakan orang akan bagi jawapan-jawapan macam ni kat soalan-soalan kat atas tu:

1) Belum ada calon
2) Belum sedia nak pikul tanggungjawab
3) Duit belum cukup lagi :
4) Belum puas enjoy
5) Nak tolong mak ayah
6) Nak capai target sebelum kawin, cth nak beli rumah, kereta, etc.

Bagi alasan banyak mana pun, sampai bila pun tak kahwin. Tapi aku tertarik dengan alasan yang kedua tu. Dulu aku selalu gak guna alasan tu. Tapi pada aku sampai bila agaknya nak tunggu kita bersedia ye? Kalau nak tunggu bersedia sampai bila-bila agaknya aku tak kahwin. Cuma pada aku, bila jodoh sampai kita cubala sedaya upaya untuk jadi isteri atau suami dambaan pasangan. Fuh, cakap macam berpengalaman je. Yo-yo oh je...

Apa pun Selamat Pengantin Baru untuk pasangan Mazita ngan Fauzi. Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat. Amin...

3 Comments

Ular ke Ulat?

Macam mana agaknya perasaan jadi bos bila staff tak buat kerja yang dipertanggungjawabkan eh? Mesti bengang dan marah yang teramat kan? Yela, kita diberi gaji untuk buat kerja, tapi, kita tak buat kerja seperti yang di amanahkan. Dari sudut kita pulak, macam mana agaknya rasa bila di bayar gaji tapi kita tak buat kerja? Memangla best buat kerja senang kan? Tak buat kerja tau2 hujung bulan dapat gaji. Kalau dah memang skop kita kerja macam tu kira okla, memang bestla. Tapi, halal ke gaji yang kita dapat tu bila kita tak buat kerja yang di amanahkan kepada kita? Aku bukanlah pandai sangat dan tak berhak pun nak hukum orang macam tu. Tapi aku bengang bila jumpa orang-orang yang macam ni. Tak rasa bersalah ke makan duit macam tu? Lagi-lagi kalau yang dah ada anak isteri, bagi makan anak-anak duit hasil macam tu. Kalau anak-anak degil, suka melawan cakap mak ayah, jangan salahkan orang lain. Kalau anak tak pandai belajar pun jangan salahkan orang lain. Cermin-cerminkan diri kita. Apa yang kita dah buat dan bagi makan apa pada anak-anak tu. Sebab daripada makanan tu lah yang bakal membentuk perkembangan anak-anak. Anak-anak tu jugalah yang bakal mewarisi genetik kita. Silap-silap perangai kita pun akan diwarisi mereka. Ish, nauzubillah. Mudah-mudahan kita sama-sama beringat ye...

Ish, aku pun tak paham dengan perangai orang kita ni. Memang suka makan hasil subsidi agaknya. Manja. Dahla masa belajar pun kerajaan tanggung. Subsidi tu. Bila dah kerja pun manjanya tak hilang lagi. Hey, wake up everyone! Cuba buka mata luas-luas. Berapa banyak peluang yang kita dah lepaskan dan di ambik oleh orang lain? Dan, berapa ramai pulak yang nakkan peluang tu tapi tak ada peluang untuk mereka? Itu pun masih tak nampak lagi? Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Cubala buat sesuatu yang dapat beri makna untuk diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita. Susah ke? Rezeki takkan datang bergolek la. Kita yang kena berusaha keras. Pernah tak dengar quotes ni :

“Allah takkan mengubah nasib seseorang tu melainkan dia sendiri berusaha untuk merubahnya.”

Jadi, cuba-cubalah berusaha membuat sesuatu dengan usaha sendiri. Sekurang-kurangya kita nampak keringat yang kita curahkan atas usaha kita tu dan mudah-mudahan ia bakal memberi impak dan makna kepada orang lain di sekeliling kita. Insya Allah...

Untuk seseorang tu (walaupun aku tau dia takkan baca entri ni), cuba-cubalah jadi orang yang amanah. Jangan buat kerja masa bos ada je. Pepandaila cari kerja kalau takde kerja. Ingatla, DIA sentiasa memerhatikan kita. Hanya DIA yang mengetahui segalanya...

Leave a comment

Selamat Ulangtahun...

Aku rindukannya...
Terlalu rindukannya...
Biar pun dah lama dia tinggalkan aku
Aku tetap rindukannya..
Tiada siapa yang dapat gantikan kedudukan dia dalam hati aku

Walau telah lama dia tinggalkan aku,
Sisa kenangannya masih banyak bersamaku.
Terima kasih atas segalanya,
Segala kasih sayang dan pengorbanannya yang tiada tandingan,
Biar di renggut ombak,
Kasihmu tetap utuh untuk anak-anak..
Terima kasih emak..

***

Buat emak,
Walau saya tak sempat berbakti,
Tapi saya bersyukur,
Dengan pengorbanan emak,
Saya dah penuhi cita-cita saya,
Dan mungkin harapan emak,
Supaya saya dapat baiki taraf keluarga kita,
Di mata orang-orang yang pernah memandang rendah kita dulu.

Terima kasih atas segala jasa dan kasih sayang mak,
Walau tak sempat membalas,
Insya Allah, saya akan sentiasa titipkan doa untuk mak dan abah.
Ampun dan maaf untuk mak dan abah,
Sekiranya ada perbuatan saya kat dunia ni,
Yang menyeksa mak dengan abah kat sana,
Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan abah di sana...
Al-Fatihah...

.:.Selamat Ulangtahun Kelahiran buat emak...

Leave a comment

Cash On Delivery

Memang betulla kan, apa-apa perbuatan kita kat dunia ni akan dapat balasan cash on delivery. Sekejap je dapat balasannya. Subhanallah, besar sungguh kuasa Allah tu. Aku janji lepas ni aku takkan buat lagi. Walau sekecil mana pun pertolongan yang di minta aku akan tolong, insya Allah. Cuba sebaik mungkin. Kalau dengan kawan-kawan aku boleh tolong kenapa bila family mintak tolong berat sangat nak tolong? Hmm..masalah aku tadi cuma aku tak bawak kereta je masa pergi beraya. So, bila pertolongan tu diperlukan aku tak berupaya nak menolong. Aduhai, hasilnya masa nak balik tadi kereta aku tak boleh start. Cuak juga aku masa tu.

Sedaya upaya aku cuba berlagak tenang waktu tu. Macho la kunun. Try start 2-3 kali pun x jalan. Aku dah buntu dah. Nyaris-nyaris nak call officemate aku. Tapi, bila keluar kereta aku jadi pelik. Kenapa tetiba alarm aku bunyi. Check punya check rupanya, aku tertekan lock sebelum aku tutup pintu kereta. Haha, rasa sengal yang teramat masa tu. Takpela, pengalaman tuh. Lain kali sebelum masuk kereta, sila pastikan anda tak memegang button hijau kat kunci kereta anda tu ye. Nanti kereta takleh start. Ingat ye? Haha..

Hari ni aku nak merajukla. Merajuk dengan si pinky. Benci betul. Cari punya cari satu JB tak jumpa. Sedara dia yang sulung tu ade plak. Ish, suma ejen cuti ke hari Sabtu minggu ni? Takpela, betul-betul merajuk ni. Boikot dia. Nanti tunggu si purple (ye ke purple?) baru beli sekali pinky. Padan muka aku. Sangap tak? Sangap tak? Huwaaa...

P/s : Lupa lak, untuk cik myra mop: walaupun kertas peperiksaan prinsip akaun tahun dedolu tu takde soalan objektif sekurang-kurangnya seksanya cuma sekejap. Zaman kami cuma1 paper je ye. Takde kertas 1 dan kertas 2. Huahuahua.... Selamat menempuhi kesengsaraan espiem...

2 Comments

Ungu

Sakitla kepala aku ni. Penangan kena hujan. Sensitif betul sekarang ni. Tapi sekarang ni pun memang musim orang demam. Officemate aku pun dah 2-3 orang yang demam + selesema. Mungkin virus tu dah merebak ditambah pulak dengan cuaca sejuk je setiap hari sekarang ni. Lagi tambahan air cond lak atas kepala aku tuh. Lagila menambahkan perisa + perencah demam. Isk, tak maula demam. Nanti rasa tak produktif langsung, duduk je berbungkus atas katil. Tidakkkk la ye, mudah2an tidak.

Mesti pelik kan kenapa tajuk entri tu ungu. Hehe...bukannya apa deh, sekarang ni tengah syok layan satu lagu Ungu nih. Tajuknya Tercipta Untukku. Rasanya sebelum ni dah ada orang bagi lagu ni kat aku, tapi aku tak ambik port sangat. Cuma baru-baru ni aku terdengar lagu ni kat radio, barula aku teringat. Thanks ye Airin, bagi lagu ni dulu. Meh layan je...

“Aku ingin engkau slalu…Hadir dan temani aku…Di setiap langkah…Yang meyakiniku…Kau tercipta untukku… Sepanjang hidupku…”

Ha, satu lagi kan, nak bagitau kat sesape yang sangap 110 tuh, 110 bukanlah berwarna ungu ye. Hehehe...

Rasa macam nak tido je ni. Tapinye nak kena jumpa Lucas dulu pukul 11.30 ni. Ngantuknye...Mana satu ni eh?

2 Comments

Adik ooo adik....

Kisah di suatu pagi:

Adik : Mak Nim, adik nak makan ubatla...Adik rasa macam nak demam lagi ni.
Mak sedara : Nantila kejap dik. Tunggu papa balik bawak sarapan. Lepas sarapan adik makanla ubat. Adik ni ye ke nak makan ubat ni? Semalam bukan dah escape makan ubat ke?
Adik : (Sambil tersengih) Ala, tapi adik da lapar ni. Semalam kan, papa ada beli coklat dengan milo kat Giant tau. Mana ek?
Mak sedara : Ha, kan semalam dokte dah pesan, adik takleh makan benda-benda manis, nanti tonsil adik bengkak. Ala, tunggula..kejap lagi papa balikla tu.
Adik : Ala, adik nak jugak. Mak Nim mana tau, adik ngan papa je yang jumpa dokte semalam. Adik nak cari sendirila macam ni. Mana ek? (sambil selongkar dapo).
Mak sedara : Adik ni degilla. Kalau papa marah nanti Mak Nim tak tau.
Adik : Yey...adik dah jumpa. Mak Nim nak sikit x?
Mak sedara : Suka hatila dik, jangan nak rasuah lak...

Selang setengah jam.

Papa : Adik, jom makan. Lepas ni baru boleh makan ubat.
Adik : Ok papa. Adik nak gula boleh x? Letak dekat kuah roti canai ni.
Mak sedara : Aik, ingat dok Kelantan ke dik? Biasa orang kat sana je makan kuah roti canai bergula ni.
Adik : Ala Mak Nim, adik pernah makan macam tu la kat Terengganu hari tu masa ikut papa balik. Bolehla...
Papa : Adik, kan dokte dah pesan. Adik takleh makan manis-manis. Nanti kalau tonsil adik bengkak, boleh kena bedah tau.
Adik: Bedah? Bedah tu macam mana papa?
Papa : Bedah tu kan, nanti dokte tu potong leher adik. Adik nak?
Adik : Tak nak la papa...Takut...
Papa : Ha, tau pun. Cepat makan, nanti boleh makan ubat.
Adik : (Dok belek-belek je roti canai depan mata, tapi tak makan pun).
Papa : Adik, makanla. Nanti kang boleh makan ubat. Ni mesti taktik tak mau makan ubat ni.
Adik : (Tersengih)
Aku : Hai, adik...adik...(sambil geleng kepala)

Tu antara kerenah anak buah aku yang sorang ni. Kelakar gak bila layan minah sengal sorang ni. Ada je kerenah dia yang akan buat kitorang satu family tergelak. 2 hari duduk rumah aku ni ada je onar yang dia buat. Tapi tula, sekurang-kurangnya terisi jugakla masa bila layan dia ni.

Teringat lak cerita manager aku pasal anak-anak dia. Kata dia anak no 2 ni memang banyak onarnya. Lepas tu jenis yang pandai menjawab, akal panjang. Samela dengan si adik ni. Pening jugak layan budak ni. Perangai macam Shin Chan pun ye gak. Suka berfikir macam orang dewasa fikir. Agaknya memang budak2 zaman sekarang macam ni kot? Mencabar sungguh budak2 zaman sekarang ni..

Lepas ni aku akan jarang-jarang la jumpa si adik ni sebab dia akan berpindah ke Terengganu. Cuti sekolah ni pindahla dia. Huhu...sedih lak sebab dia ni antara anak buah yang rapat ngan aku. Walaupun dia ni agak-agak sengal tapi seronok melayan budak ni. Seronok melayan onar dia. Kadang-kadang aku terpikir gak, ruginya tak sempat nak pedajal makcik2 aku macam tu dulu. Kalau tak mesti aku akan jadi salah seorang anak buah yang paling diingati sampai hari ni. Hehe..kuar tanduk dah ni.

Tapi kan, kalau anak buah aku yang umur 9 tahun tu dah macam tu punya mencabar kerenahnya, agaknya anak aku nanti macam mana pulak kerenahnya ye? Hmm...

Leave a comment

Serabut

Pening! Serabut rasa kepala ni. Rasa macam nak lari, nak menyuruk daripada semua orang. Tah pape je kan? Banyak sangat yang nak di dulukan. Tak tau nak capai yang mana satu. Semuanya penting, semuanya nak kena bagi priority. Camne nak buat ni ye??? Tepuk kepala jap...

Waktu-waktu camnila rasa best je cuti lama. Bagi cuci otak dari semua perkara yang memeningkan ni. Tapi, boleh ke? Bos approve ke? Jangan mimpila cik kak...siapkan keje yang berlambak tu dulu baru boleh cuti. Hai, apa nak buat?

Sekarang ni rasa macam nak berhenti kerja pun ada (perasaan biasa bila rasa tension ngan keje) . Tapi sebenarnya sayang sangat ngan kerja + tempat kerja sekarang ni. Biarla, insya Allah selagi rezeki aku masih kat situ, aku stay je kat situ. Cuma kekadang rasa macam nak cuba internal audit lak. Tapi internal audit ni yang tak bestnya aku tak dapat tgk industrial variety macam external audit. Sekarang ni boleh jumpa macam-macam jenis company dengan kepelbagaian industri. Seronok sket. Tapi sengalnye banyak. Lumrahla tu, mana ada keje yang senang kan?

Apa-apa ntah merapu malam ni. Meh sambung keje meh...

Leave a comment

Kekeringan....

Adeh, lama gak tak update blog ni ye? Hehehe...Kesibukan telah melanda diri. Mintak maaf untuk sesiapa yang tak dilayani sewajarnya kebelakangan ni ye. Nak cerita apa ye? Takde idea nak update apa sebenarnya ni walaupun banyak hal yang dah berlaku 2-3 menjak ni. Sibuk dengan open house dan juga hal-hal sendiri. Persediaan nak sambung sekolah, kerja, macam2 lagila. Rasa macam tak cukup waktu nak selesaikan semuanya. Tapi insya Allah, moga semuanya dapat di selesaikan bila sampai waktunya. Argh, kekeringan idea dah ni....Ops, sebelum terlupa. Nak wish gud luck untuk semua yang nak amek exam. Buat sehabes baek ye...

------------------------------------------------------------------------------------------------

KUPU-KUPU SYURGA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Wallahua lam bissawab.

Leave a comment

SPM

Tetiba rasa terpanggil lak nak recall memori zaman dedolu. Hehe...SPM? Orang kata antara perjuangan terbesar dalam hidup. Aku setuju sesangat. Normal la kan? Hidup kita ni ada peringkat2nya. So SPM ni salah satu daripada peringkat2 hidup kita. Antara detik mencabar dalam hidup. Masa nilah ada macam-macam hal yang lalu depan mata. Sedangkan dalam masa yang sama kita kena berjuang untuk peperiksaan besar ni.

Masa ambik SPM dulu, rasa macam banyak sangat cabaran dan dugaannya. Masa ni tgh berperang dengan diri sendiri. Mistaken identity. Mencari identiti diri yang sebenarnya. Apa yang aku nak dalam hidup aku. Huhu..Mencabar sungguh. Macam2 perasaan ada masa tu. Tapi syukurlah, sebab aku di kelilingi kawan-kawan yang banyak menyokong. Pada diorangla tempat meluah apa yang aku rasa masa tu. Hmm..tetiba rindu pulak kat suasana tu.

Bila kenang2 balik zaman sekolah ni macam-macam rasa ada. Rasa seronok, kelakar, boring, menyampah, happy...macam2 lagilah rasa yang ada. Kalau jumpa kawan2 lama zaman sekolah memang tak abislah cite pasal zaman sekolah ni. Kadang2 aku pernah terpikir, best gak kan kalau boleh rewind masa tu then select the best moments je. Tapi mustahilla boleh buat macam tu kan? Mengarut je aku ni. Biarkan berlalu~~rasa cam lagu Wings lak. Aku dah cukup bersyukur dengan hidup sekarang. Jadi manusia berguna hasil daripada mistaken identity tuh..Hahaha...

So entri ni sebenarnya untuk adek mop yang nak amik espiem (SPM) tak berapa lama lagi. Gud luck. Jangan tensi2 ye. Cherish the moments. Lepas ni dunia kita takkan sama macam masa zaman sekolah. Dunia baru sedang menanti kat luar tu. Rasa2 nak tutorial PA mehla akak tolong, tapi sebelum tu kenala bagi pengerasnya. Bak mai dodol Melaka!!! Hahaha....

Dengar lagu ni teringat lak kenangan zaman form 5 :
~Kau tahu betapa ku sayang padamu...hanya bidadari sebagai ganti....~

3 Comments

Kenapa ek?

Pelik bila aku baca paper hari ni. Kenapa boleh jadi macam tu ek? Seorang pelakon wanita yang popular dengan kontroversi menghalang ayahnya datang majlis pertunangan dia. Apa la nak jadi? Kalau iye pun ada masalah dalaman family sekalipun takkanla majlis penting macam tu pun tak mau jemput ayah sendiri datang? Dah tentulah bila nikah nanti ayah yang akan jadi wali. Tak paham sungguh!

Aku bukan nak cerita pasal pelakon tu pun sebab aku memang tak minat dia. Tapi isu kat sini yang aku nak sentuh pasal hormatkan orang tua. Masa diorang ada lagi ni la kita patut buat baik. Berbakti kat diorang. Orang tua biasanya bukan mintak apa pun, cuma sedikit perhatian anak-anak untuk diorang. Apa salahnya luangkan masa sikit untuk orang tua korang. Biasalah, lumrah manusia. Masa ada depan mata kita takkan hargai. Bila dah hilang baru kita tercari-cari.

Pengalaman aku sendiri, masa arwah mak aku ada lagi selalu bergaduh. Bila mak marah rasa macam nak lari dari rumah pun ada. Tapi keadaan berubah bila aku start duduk jauh ngan arwah mak aku. Rasa macam tiap-tiap minggu nak balik sebab rindu dengan arwah mak. Rindu masakan dia. Malangnya keadaan tu tak lama pun, lebih kurang setahun lebih je. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku sempat juga berbuat baik kat arwah mak walaupun tak sempat nak balas jasa-jasanya selama dia membesarkan aku dan adik beradik semua lepas arwah abah meninggal. Hidup tanpa mak ayah ni sebenarnya kosong (Ni cuma pendapat aku jela, mungkin orang lain tak rasa macam tu). Mana taknya, bila ada cuti tak tau mana nak tuju. Paling terasa bila pagi raya la, masa arwah mak aku ada riuh mulut dia pagi-pagi raya tu mengejutkan semua orang bangun. Aduh, rindunya...Takpela, sekarang ni tanggungjawab aku sebagai anak cuma mendoakan kesejahteraan mereka kat sana. Amin...

Hai, tak mau sedih2la. Apa pun, sesiapa yang masih ada mak ayah tu, berbaktila dengan mereka. Manala tau kan, kalau bukan mereka yang pergi dulu entah2 esok lusa kita yang pergi dulu. So, berbuat baikla sementara Allah masih bagi kesempatan untuk korang....

2 Comments

Raya yang raya II

Alahai, esok da start keje ke? Bosannya....Nilah padahnya bila dah cuti lama. Nak start keje balik dah lupa. Mau kena menung dulu baru boleh start keje balik ni. Fikir jap, aku buat keje apa eh sebelum cuti hari tu? Hmm...oho, dapat dah. Tapi bukan boleh buat keje pun esok. Mesti mood raya tak abis lagi ni. Macam biasa la, lepas raya ni mesti sibuk dengan open house sana sini (esp rumah bosla). Jadinya kenala ganti puasa + puasa 6 awal2 ni. Nanti takde la liat sangat nak mengganti puasa. Hehehe...

Tension. Semalam aku dah siap set up template baru. Tapi bila try preview setting sidebar semua lari. Jadinya aku dah malas nak tuka template. Nantila kot. Dah malas. Malas semalas-malasnya.

Raya? Tahun ni tak berapa meriah sangatla (sebelum ni meriah ke? hehe...). Ala, umur dah meningkat takdela nak beraya sangat macam zaman budak-budak dulu. Raya tahun ni banyak spend time kat rumah arwah atuk sebab makcik2 buat kenduri raya masa kedua hari tu. So, utk Makmor bebanyak sori sebab tak dapat join korang hari tu. Masa kau datang JB pun handphone aku missing in action jap. Yela, aku bukan expect pun ada orang nak call. Tau-tau bila aku jumpa handphone aku nampak banyak miss called. Sori noo...Insya Allah ada rezeki, panjang umo boleh jumpa.

Ni antara gambar anak-anak buah aku yang aku sempat snap masa raya hari tu.

Ni gamba Nazirah dan kakaknya, Nabiha. Si Nazirah ni kalau kita tanya, "Aji, buat apa tu?" Nanti dia jawab, "Ha?" Penat seyh, nak tanya banyak2 kali...Nabiha ni ada makcik aku kata muka dia macam muka aku masa kecik2 dulu. Ye ke? Entahla, aku pun tak tau...


Ha, yang ni gambar Nazirah dengan Nadhirah. Nama dekat2 kan? Tu kena tanya kakak aku la, sebab dia yang bagi nama anak-anak dia ni. Bila nak panggil pun confuse jadinya. Nadhirah ni memang gila kamera. Aku suruh posing, macam-macam gaya yang dia buat. Memang sengal la budak ni.

Paling aku suka raya ni sebab dapat berkumpul satu family la. Biasa memang susah nak jumpa walaupun duduk dekat. Masa raya ni je la yang dapat jumpa semua. Kawan-kawan je tak sempat jumpa. Mintak maaf ye kawan-kawan. Tunggula, ada sesiapa yang kawin nanti. Bolehla jumpa. So, sesape yang nak jumpa aku cepat2la kawen...Hehehe...Bernas tak cadangan aku?


3 Comments

Raya yang raya

Alhamdulillah, raya dah kita. Tak sedar dah masuk raya ke 4 hari ni. Apa yang best raya tahun ni? Entahla, tak tau nak gambarkan camne. Biasa je rasanya. Cuma yang luar biasa bila aku boleh shopping malam raya tahun ni. Haha...pelik je. Selalu tak pernah jejak pun bandar Segamat tu malam-malam raya. Tahun ni boleh jejak lak. Ni gara-gara kitorang tak payah memasak malam raya sebab kakak yang kat Air Hitam tu dengan sukarelanya sanggup memasak untuk kami tahun ni. Gile best, tak payah masak. Bangun pagi tolong panaskan lepas tu NGAP!.

2-3 hari sebelum raya ada fenomena-fenomena pelik telah berlaku. Antaranya aku dapat sms daripada seorang makhluk yang dah lama hilang dari hidup aku:

X(21 Oct 2006 : 15.35) : Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Raya jemputla datang rumah, kan dah ada kereta :'p

My reply : (21 Oct 2006 : 16.10) : Siapa ni ye? Sorila, nombor awak takde dalam simpanan saya. Sori sesangat.....(dalam masa yang sama, aku dah nak tergelak...)

Sehari sebelum raya dapat lagi satu sms:

X(23 Oct 2006: 16.02) : W/pun awk xkenal msg dr siapa ni, nak ucap terima kasihla sbb send kad raya.....smpi ati delete numb. Kita taulaa dh sonang skrg..:'( (hahak...ni satu lagi sms yg buat aku rasa nak gelak berguling mcm icon YM tuh)

My reply : (23 Oct 2006: 16.08) : Aik, sorila...Bukannya sengaja deletela cek xxx oi, ari tu sim kad saya bengong, banyak no hilang. Saya baru recovered no ni drp one of ur friend.....(yang lelain terpaksa di edit...)

Ada lagi 2-3 sms termasuk sms raya. Tapi rasanya tak payahla disclose kat sini kot. Biarla dia dengan dunia dia...

Entahla, pelik sungguh dengan dia ni. Masa aku dah start lupa mesti dia muncul balik. Macam tak mau lepaskan aku. Tak paham sungguh dengan manusia sorang ni. Nantila aku kaji lagi makhluk2 ADAM ni. Malas da nak ingat kenangan-kenangan tu semua. Sakit dan peritnya masih terasa walaupun cuma parut je yang tinggal...Huhu, malasla nak sedih-sedih.

"Hidup perlu diteruskan. Jalan kat depan tu masih luas terbentang. Tak usah toleh belakang lagi ye cik Hajar..."

"Ye, baeekkkk...Saya takkan toleh ke belakang lagi kecuali kalau saya nak jadikan apa yang ada kat belakang tu panduan untuk berjalan ke depan"

Aiseh, kan dah termerapu. Nak update pasal raya ter update pasal lain plak. Takpela, esok-esok boleh buat kronologi raya lak...hehehe..

3 Comments

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk semua...ampun dan maaf atas segala salah silap sama ada yang disedari atau tak disedari, yang di sengajakan atau tak disengajakan...termakan, terminum, terumpat, terkata dan segala macam ter.... lagila untuk semua kenalan tak kira la lama ke baru ke, yang selalu ada masa susah dan senang.


Untuk teman-teman yang nak pulang ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan. Yang memandu, hati-hati memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang-orang tersayang yang menanti untuk beraya bersama...
Semoga berbahagia sepanjang lebaran yang mulia ni ye.

2 Comments

Entahla....

Lagi seminggu je nak raya. Ish, macam tak percaya. Aku tak buat apa-apa persiapan pun untuk raya ni. Baju raya? Itu dah siap awal, dah pakai dulu pun. Yang lain-lain takde apa persiapan pun yang aku dah buat. Kalau tahun-tahun sebelum ni ada jugala beli kuih ke, ni takde langsung. Pelik kan? Entah, aku rasa tahun ni macam takde mood je nak beraya. Nape eh? Hmm...

Kad raya pun baru dua keping aku dapat. Satu anak buah aku bagi (kad raya yang pertama aku dapat untuk tahun ni) dan satu lagi daripada Persatuan Penjaja (ni pun sebab jadi AJK). Haha..tetiba teringat lak kat kad raya lama-lama yang aku belek tadi. Terjumpa kad yang salah seorang kawan lama bagi. Gile skema ayat dia dalam tuh. Kat mana agaknya dia sekarang ye? Dah dekat 6-7 tahun tak jumpa. Harap dia berbahagia la dengan hidup dia. Rindu rasanya nak jumpa semua kawan-kawan lama. Tapi apa kan daya, masing-masing dah ada komitmen sendiri. Hari raya pun belum tentu boleh jumpa semua. Jadi bila time raya ni wat gathering sdn. bhd ngan kekawan yang available jela.

Waa...tak bestnya, bulan puasa dah nak abis ke? Lepas raya dah masuk bulan 11. Dah kena register MIA QE balik. Adeh, sengal la nak study balik ni...10sen...10sen...Lepas tu dah masuk tahun baru balik...Semua keje + client yang aku hadap tahun ni dah nak kena hadap balik tahun depan. Aduhai, cepatnya masa berlalu...

Sesaje je nak layan lagu nih....
~So close, no matter how far...couldn’t be much more from the heart...forever trust in who we are...it nothin else matters~

3 Comments

Buka hati...

Salah satu email daripada ratusan email yang tersimpan dalam inbox aku...

Assalamualaikum. ..
Sekadar renungan di bulan Ramadhan...

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa sakit, pedih, dan perih. Amat sukar untuk diungkapkan, tapi ia sangat jelas seperti menghiris dada di bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh perbezaan pendapat dengan teman atau keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta.

Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.

Kesimpulannya, belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga dan sebaik apapun dia, suatu masa nanti akan menjadi orang yang akan menyakiti anda, walaupun mungkin tidak disengaja. Oleh sebab itu, ada baiknya anda menganggap bahawa mereka tidak serius dengan ucapannya. Anda boleh menganggapnya seperti angin berlalu, jangan dimasukkan ke dalam hati.

Belajar untuk bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan anda. Berusahalah menjadi seorang yang baik, bersopan, bijak, tidak mementingkan diri sendiri dan dapat dipercayai. Untuk menjadi semua itu, tentu saja anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan. Berkomunikasi secara jujur sangat penting. Ungkapkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu akan membantu orang lain mengerti anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin akan menyakiti hati anda.

Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

P/s : Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, sama-samala kita memaafkan antara satu sama lain. Moga tiada lagi dendam di hati...Ampun dan maaf juga buat semua yang pernah di lukai...

Leave a comment

Rahsia Lima Jari

1.Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke depan dlm keadaan terbuka Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3.Letakkan tangan di atas meja, perhatikan. Mula daripada jari kelinking yg kecil kerdil, mcm manusia apa benda pun akan mula daripada kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa pun yang kita perbuat bermula daripada yang kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yang besar pd masa depan.

4.Kemudian tengok jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dengan usia remaja..semuanya manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran dugaan. Hanyan iman takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada usia 30-an kita dah punya status ekonomi dan karier yg stabil tetapi kita kena lebih berhati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jadi kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk dan lihat betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh tauladan kepada jari2 sblm ni. Macam tu jugak dgn kita perlu jadi 'role model' kepada generasi baru.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan pemikiran yang bagus.

7.Akhir sekali renung la ibu jari.. besar atau gemuk pendek berbanding yang lain tetapi ia menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam atau pegang sesuatu cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, nak buat2 apa rujuk la kat orang tua atau berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka,maka bolehla kita katakan "good" atau "yes" sambil 'thumbs up' itulah rahsia kejayaan kita.

Leave a comment

Setengah

Sedar tak sedar dah nak masuk 17 hari kita semua berpuasa. Apa yang kita dapat agaknya sepanjang ramadhan ni? Banyak ke ibadat yang dapat kita lakukan sepanjang ramadhan ni? Apa pun, moga-moga kita semua dapat memanfaatkan "tetamu agung" kita ni sebaik-baiknya. Tahun depan entahkan dapat entahkan tidak berpuasa lagi. Entahla, rasa sayu sesangat hari ni. Lagi-lagi bila dengar lagu raya. Bila stesen radio dah start pasang lagu raya tu maksudnya raya dah tak berapa lama lagila kan? Sayang rasanya nak tinggalkan bulan ramadhan ni. Banyak kenangannya dari tahun ke tahun. Yang pahit mahupun yang manis.

Dah nak raya pun. Masa zaman kanak-kanak + remaja seronokla. Tiap-tiap tahun tak miss baju baru. Cuma ada setahun tu aku siap merajuk dengan arwah mak aku sebab tak dapat pakai baju baru sebab baju aku tak siap lagi. Sekarang ni kekadang baju keje aku tu la yang jadi baju raya aku. Tak kisah sangat pun. Beraya zaman kanak-kanak memang seronok kan? Beraya ngan baju baru, kasut baru lepas tu pusing satu kampung beraya. Bukan nak beraya sangat pun, nak kumpul duit raya je tujuannya tu. Haih, kenangan...Sekarang ni kalau tengok bebudak datang beraya teringat lak zaman kanak-kanak dulu. Seronok, tak payah fikir masalah orang dewasa yang penuh dengan cabaran ni. Huhu..

Rindunya dengan zaman kanak-kanak, di kelilingi ahli keluarga semua. Dapat baju baru, kasut baru. Boleh tolong mak buat kuih raya (sebenarnya tolong makan yang lebih). Boleh collect duit raya, main bunga api. Apa lagi eh? Hmm...banyak lagilah yang aku takkan berpeluang buat sekarang ni.

************
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

3 Comments

Merajuk?

Merajuk? Lama dah tak merajuk. Macam mana agaknya rupa merajuk tu ye? Hampir terlupa macam mana rasanya merajuk tu. Orang kata merajuklah pada yang sudi. Kalau tak sudi, tak payah merajukla eh? Hmm...Aku sebenarnya tak berapa suka merajuk sebab kalau aku merajuk memang payahla nak dipujuk. Jalan terbaik, biarkan aku bersendiri. Bila sejuk pandaila aku tegur siapa-siapa yang buat aku merajuk tu.

Satu lagi perangai aku ialah, aku tak pandai memujuk orang. Kalau orang merajuk biasanya aku lebih suka berdiam. Bukan apa, kekadang bila orang merajuk ni dipujuk, makin bertambah-tambah merajuknya. Malas nak melayan! Hati batu? Ada kawan yang pernah melabelkan aku hati batu, takde perasaan, keras hati. Entahla...mungkin sebab masa dia merajuk aku tak reti memujuk malah aku yang merajuk bila dia tak cool down. Ha ha ha...dahsyat kan?

Kekadang rasa gak macam nak merajuk. Lebih-lebih lagi dengan orang sekeliling aku sekarang ni. Buat aku macam tak wujud je. Tapi bila fikir balik, nak buat apa jadi bodoh? Aku akan hadap muka diorang hari-hari. Buat macam biasa ajelah. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Duduk diam-diam menyepikan diri ajela kalau rasa terpinggir sesangat tu.

Apa bendala yang aku merepek ni? Sebenarnya nak bagitau kat sesiapa yang berhajat nak merajuk dengan aku, baik lupakanlah hajat korang tu. Buang masa je merajuk-merajuk ni..

6 Comments

Ting Tong

Huwa....malam ni turn aku jadi ayam...Tula, gatal tido awal lagi. La ni da tak tau nk buat apa. Last-last jalan-jalan blog kekawan. Layan lagu raya. Layan lagu Indon yang aku dapat siang tadi~Anima -Bintang. Best layan ulang-ulang kali lagu ni. Layan je, daripada x buat apa pepagi nih.

Cis, mcm mana lak bleh teringat cite angker bos aku pagi tadi nih. Seram betul...Al-kisahnya, time bulan puasa ni manager aku ni memang suke naik opis memalam sebab dia kata belah siang dia xleh wat keje. Aku pun pernah stay kat opis masa bulan puasa ni 2-3 kali gakla dengan dia sebelum-sebelum ni. (Alhamdulillah, takde apa-apa). Nak dijadikan cerita, malam tadi dia datang opis macam biasa la nak siapkan keje. Dah dekat kul 12 ada yang 'mengganggu'. Aku tak tau la makhluk apa tu sebab sekarang ni kan bulan puasa...Terus petang ni aku x berani nak stay lama-lama kat ofis. Huhu...seram!

Haha..sekarang ni pun dok sorang-sorang. Suma orang da tido. Bila orang bangun sahur kang aku tido la...Pelik sungguh jadual tido aku dalam dua hari ni. Takpe, senang training awal. Nanti bile dah nak kena study balik takde la malas nak bangun pepagi camni. Huwaaa~~~Dahla, mai tido balek...

~"Kan ku abaikan... segala hasrat ku... agar kau pun tenang dengannya..." ANIMA - Bintang~

3 Comments

Mencari Wanita Sempurna

Ini kisah pertemuaan dua orang sahabat yang sudah berpuluh-puluh tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bergurau sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

“Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?” ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. “Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik dan amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun selepas itu pada masa berpacaran baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh saya bertemu seorang perempuan yang begitu cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama saya begitu takjub dan seronok. Hati saya berdesir kencang, inilah wanita ideal saya. Namun selepas itu baru saya tahu, dia mempunyai tingkahlaku yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.

Dan ketika saya di JB, saya bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dengan penuh humor. Tapi akhirnya saya tau dia datang dari keluarga yang berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapat kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya.”

“Lantas?” sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan. “ Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?” Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang menjawab, “Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna.”

Moral of the story : Nobody’s perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu kita akan dapat apa yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, cermin-cerminkanlah diri kita, adakah sudah sempurna di mata orang lain?

2 Comments

Cramp

Cramp. Teruk betul rasanya. Dua-dua belah kaki aku cramp malam ni. Fuh, ni gara-gara mencari si kunengla. Malangnya hari ni terpaksa menyangap juga sebab si kuneng tak ditemui. Huhu..sedih betul. Dari tengahari aku sanggup pusing Angsana sampai Giant, tapi masih juga tak ditemui. Balik berbuka tadi aku cuba cari kat 7-Eleven. Takde jugak, cuma jumpa apo? je...Sedih betulla...Takpela wahai si kuneng, moga-moga esok adela si kuneng kat kedai majalah bawah opis tuh...Aminnnn.

Emosi terganggu betul sekarang ni. Tak taula kenapa. Mungkin.....ye kot? Semua rasa ada. Sedih, hiba, sayu, tension, rasa tersisih, nak nangis pun ada. Tapi, ah lantakla...lawan je semua rasa tuh. Aku kan mampu tanggung semuanya (macam gagah je bunyinye). Takde yang akan peduli pun...Alhamdulillah, aku masih mampu berdiri teguh macam sekarang ni. Mudah-mudahan akan berterusan macam ni. Terima kasih untuk kawan-kawan yang sudi memeriahkan kehidupan harian. Sekurang-kurangnya dapat gak lupakan sekejap apa yang ditanggung.

Hmm...semalam aku terjumpa “someone”. Nampaknya dia semakin berbahagia dengan kehidupan barunya. Alhamdulillah, aku doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan ke akhir hayat. Dan selayaknnya aku mengucapkan terima kasih untuknya sebab kalau ‘benda’ tu tak terjadi hidup aku takkan seceria hari ni, di kelilingi kawan-kawan yang ‘terbaik’ yang pernah aku jumpa.

“Thanks to you, now I got what I want” ~ Since You’ve Been Gone (Kelly Clarkson)

Dahla, malas nak layan sedih-sedih da...Layan anak-anak buah aku lagi baik...

5 Comments

Tazkirah Ramadhan

Ni salah satu email yang aku dapat dalam bulan puasa ni...

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Sahabat sekalian,

Alhamdulillah syukur pada Allah diberikan nikmat kepada kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang diberkati,.. Mudah-mudahan nikmat ini kita guna sepenuhnya dan seterusnya ganjaran TAQWA sebagaimana yang dijanjikan Allah akan kita kecapi...amin.

Sahabat sekalian,
Ramadhan juga disebut sebagai bulan MAGHFIRAH atau dlm bahasa melayunya bulan keampunan. Dan Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat....( maaf lupa ayat). Maksudnya supaya kita bersegera ke arah keampunan, samada keampunan dengan Allah mahupun keampunan sesama manusia.

Kita sentiasa memohon keampunan dengan Allah , tetapi bagaimana keampunan kita dengan manusia yang lain,.adakah kita mahu tunggu hariraya baru nak minta ampun...itu hanya adat orang kita supaya bermaaf-maafan pada hariraya sahaja.. Bagaimana dengan suruhan Allah untuk kita bersegera pohon ampun dan juga disebut dalam hadith RAMADHAN ini sbg bulan keampunan... .Oleh itu sempena Ramadhan al-mubarak ini marilah kita bersegera bermaaf-maafan antara satu sama lain agar doa kita pada bulan yang mulia ini dimaqbulkan Allah SWT.....Lagipun kita tidak pernah tahu bila kita akan dipanggil pulang oleh Allah......Dosa kita dengan Allah mudah-mudahan diampunkan Allah ( InsyaAllah ). , tapi bagaimana dosa kita dengan rakan kita, dosa kita dengan saudara kita yang lain...adakah kita tak pernah buat dosa dengan orang lain ???.. Bagi pihak saya sendiri kalau ada salah dan silap harap diampunkan , dimaafkan, dan marilah kita sama-sama memburu peluang yang ada dibulan yang mulia ini.. InsyaAllah Lailatul qadar bersama dengan kita.

Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3) Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Bersama kita leburkan kekhilafan. Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah.

"Selamat Berpuasa kepada semua"...

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.