1989
Bila tiba musim buah-buahan je memang rasa sangat seronok dan teruja. Lagi pulak bila dengar bunyi durian berdebuk kat keliling rumah. Huu, rasa macam nak keluar rumah, cari kat mana durian yang gugur tu. Tapi, kalau memalam tu nak pulak la kan arwah mak aku bagi aku keluar cari? Hehe..![]()
Bila musim buah-buahan je kat kampung memang meriah dengan durian, manggis, rambutan, duku, langsat dan macam-macam lagilah. Biasa bila musim durian gugur ni memang orang tua-tua dah pesan, jangan main-main bawah pokok durian. Takut kena timpa buah durian. Bukan apa, tapak rumah kat kampung tu memang dikelilingi pokok durian. Silap percaturan memang boleh kena timpa dengan raja buah-buahan tuh. Huhu.. Ada juga yang pernah ditimpa buah durian tu. Cuma aku tak ingat siapa. Tsk, nampak sangat ingatan dah semakin berkurangan.![]()
Masa ni aku masih lagi seorang penggemar durian dan buah-buahan lain yang tegar. Durian terutamanyalah. Sampai demam sebab kepanasan yang melampau. Sampai hampir collapse kat sekolah. Huhu.. Tataula kenapa sengal sangat, da tau demam pun ada hati nak pegi sekolah. Tsk.. Baik betul. Anak siapala tu? Berkenan nak buat menantu. ![]()
Hasil daripada demam teruk tu, aku jadi fobia nak makan durian. 
1997
Rasa teruja tu dah mula menyusut bila tiba musim buah-buahan. Yela, kononnya dah besar. Dah nak ambik SPM pun. Takkan nak berkejar bawah pokok durian semata-mata nak mengejar durian yang gugur lagi? Kan ke malu tu? Huhu..
Masa ni makan durian pun setakat jamah seulas dua. Fobia masih lagi menguasai diri. Cuma sangat suka makan manggis dan rambutan. Orang kata kalau banyak sangat makan rambutan boleh kena batuk. Hmm, ada betulnya kot?
Even tak makan durian sangat pun aku demam juga masa ni. Haih~ Betul ke orang kata musim buah-buahan ni equals to musim orang demam? Hmm, boleh buat kajian ni..
Hehe..
2009
Sekarang ni nak makan buah-buahan semua kena beli. Takde lagi dah acara berlari-lari anak kat bawah pokok durian macam masa duduk kat kampung dulu. Rumah kat kampung tu pun dah takde orang. Balik masa raya aje. Kalau terkena musim buah, memang rezekila. Kalau tak, wassalam ajela. Buah-buah durian yang gugur tu pun kira niat sedekah ajela kat sesiapa yang jumpa. Kadang-kadang jiran sebelah rumah tu buatkan lempuk untuk kami rasa. Huhu..
Kalau ikutkan, sampai sekarang ni memang aku tak berapa nak menjamah durian. Fobia. Even dah cecah 20 tahun pun aku masih terasa fobianya. Menjamah sekadar nak merasa. Tak nak dah rasa pengalaman demam teruk tuh. Seksa woo..
So, kalau orang orang dok sibuk makan durian, aku memang boleh buat tak kisah aje. Sampai bos pun pelik. Orang Segamat tak makan durian. Haha.. Sampai kawan aku ni pun boleh kutuk aku kat facebook; "Tak Segamatla kalau tak makan durian." Ces. Dah memang tak makan durian, nak buat cemana kan? Hehe..
Ada orang memang tak boleh bau durian langsung, tapi aku tak kisah pun. Takkanlah sebab aku tak makan durian orang lain tak boleh makan sama kan? 'Jual ikan' betul tu..
Makanla durian berapa banyak pun depan aku, gerenti tak terliur pun. Jadi, tak payahla nak jeleskan aku bila tiba musim durian ni. Tak lut pun!
Durian Fever!
Tahun ke-3
Kadang-kadang kita tak sedar pun kehadiran kita dalam hidup orang lain akan beri impak besar pada orang di sekeliling kita. Yela, kekadang dalam berkawan ni ada masanya kita bergembira dan ada masanya kita bermasam muka sesama kita. Nama pun adat bila berkawan. Kadang-kadang dalam gurau senda tu pun ada juga yang berjauh hati tanpa kita sedari.
Bagi aku sendiri, sebenarnya aku sangat menghargai kawan-kawan rapat aku dan individu yang berada di sekeliling aku selama ni. Cuma mungkin aku tak pandai nak tunjukkan aje. Huhu..![]()
Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang mengenali aku yang melabelkan gelaran 'sombong' pada aku selama ni. Sebenarnya tak berniat pun nak menyombong. Cuma bila start meningkat remaja aku jadi sangat introvert. Dengan kawan-kawan yang dah kenal masa sekolah rendah pun payah nak berborak. Bukan niat nak menyombong atau berlagak sebab taraf kelas ke ape. Cuma tak taula kenapa perasaan malu tu sangat menebal dalam diri. Haih...
Tapi, paling aku tak sangka rupanya ada juga la yang masih ingat lagi kat 'perempuan sombong' ni bila salah seorang kawan lama aku bagitau yang ada gak kawan-kawan lama masa sekolah rendah dulu dok bertanyakan perkembangan dan penguncupan aku bila diorang berjumpa. Huh? Ada juga rupanya yang masih ingat. Huhu.. Thanks a lot. (Aku tau one of them maybe reading this entry).
Anyway thanks to todays technology, internet. Dengan adanya social network yang pelbagai sekarang ni, dunia semakin kecil buat kita. Melalui social network such as yahoo, facebook, friendster, twitter dan macam-macam lagilah kita berpeluang berjumpa dan berjejak kasihan dengan kawan-kawan lama. Dari yang tak pernah berbual pun boleh jadi kamceng. Hehe...
Tak lupa juga kewujudan blog. Aku pun tak sangka ada di kalangan kawan-kawan sekolah aku jumpa blog ni. Huhu.. Blog ni diwujudkan dulu pun sebab kawan-kawan maya yang encourage buat blog dan aku pun tak berniat untuk disclose pada kawan-kawan yang sedia ada. Bukan nak menyorok apa. Cuma aku tak berapa selesa bila ada kawan-kawan yang kenal aku baca luahan aku kat sini. Hoho... Tapi, bila dah ramai yang dah jumpa blog ni thru YM (aku dah disable semua yahoo updates haha..) nampaknya aku dah kena menulis dengan lebih berhemah sekarang ni. Hehe..![]()
Uh-hoh, aku baru perasan yang masuk Julai tahun ni adalah tahun ke-3 aku berblog. So happy anniversary to my blog~ Semoga masih setia menemani aku sampai aku rasa aku dah tak larat nak berblog. Haha..![]()
Red Carpet
Waha. Dalam mengantuk pun sempat je nak update blog.
Thanks to Cik Azura coz give me some task so that aku dapat elakkan blog ni dari bersawang. Haha..
Sebenarnya ada 2 tag lagi yang tak dibuat. Insya Allah nanti bila dah tak berapa nak bz (tataula bila
), aku akan jawab.
Ok, I've given this so-called award untuk di pass pada orang lain. Tapi sebelum ni ada beberapa fakta yang perlu di clarify kat sini.
5 fakta mengenai pemberi award:
Haih, known her for about few months. Cemana nak elaborate tentang orang yang memberi award ni ye? Hehe.. But, I'll try my best ya?![]()
1. Anak sulung dalam family.
2. Orang Selangor tapi bekerja kat UPSI (but dunno which part of UPSI)
3. Tak suka bawa kereta perlahan. (Yay! Pakncek, finally I found my 'rempit' gang other than Kak Rhea, haha...
)
4. Suka membaca + muzik. Ni pun boleh jadi regu nih. Hehe..
5. I think she is an easy going person dan seorang kawan yang sangat setia. (Sorry ye kalau tak betul..
)
10 fakta tentang diri sendiri:
1. Garang, sombong, kerek dan sewaktu dengannya. Jadi, janganlah berkawan dengan saya. ![]()
2. Suka membaca + mengumpul mp3. Sampai kena gelar tokey mp3. Haha..
3. Tak suka tempat sesak except pesta buku dan PC fair.
4. Suka layan cite Korea + Taiwan. Fakta : Mike He adalah 'pojaan' hati saya sekarang. Haha.
5. Sangat susah nak percaya orang, tapi bila kepercayaan yang dah diberi tak dihargai jangan menyesal bila anda tidak termasuk dalam senarai kawan-kawan saya.
6. Bukanlah seorang penggemar TV yang tegar, cuma penggemar siri CSI yang tegar. Haha. Sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menonton siaran ulangan CSI kat channel AXN.![]()
7. Bukan seorang yang senang nak tidur sembarangan. Sangat cerewet okeh? Tapi bila dah terlalu penat, atas keyboard pun boleh landing. ![]()
8. Sangat suka kucing.
9. Mudah rapat dengan orang yang berperwatakan keibuan dan kebapaan. Ntah. Mungkin sebab diorang ni banyak pengalaman yang diorang sudi kongsi kot?
10. Selalu disalah anggap - orang selalu anggap anak sulung sebenarnya tidak. Mungkin sebab terlalu independent kot? ![]()
10 penerima award:
1. Ann
2. Ieba
(saja bagi alasan diorang ni untuk update blog
)
3. Sang (kalau tak sempat, sila jawab kat komen)
4. Brad (pun sama gak)
5. Akma (pengantin baru ni.. hehe)
6. Mawar
7. InA
8. Kak Anna
9. Archiq
10. Curx (ngeh~)
Ni cuma list saja. Nak buat atau tidak, depends. Takde paksaan ok?
Life Goes On :)
Tengah mamai-mamai menghadap kerja tetiba keluar lak lagu ni dalam playlist media player aku. Hmm..Motivating...
Oh life goes on
And it's only gonna make me strong
It's a fact, once you get on board
Say good-bye cause you can't go back
Oh it's a fight, and I really wanna get it right
Where I'm at, is my life before me
And this feelin' that I can go back
Being an imposter mummy wasn't a bad idea...
Dua minggu lepas, aku ditugaskan untuk mengambil buku laporan anak buah aku kat sekolah. The first thing yang aku fikir masa memula dapat task tuh adalah mesti orang fikir aku kahwin muda. Dem! Haha..
Tapi, sebab memikirkan orang lain semua tak free, dan waktu kerja aku pulak agak fleksibel pada hari Sabtu, maka akulah orang yang paling layak ditugaskan untuk ambik buku laporan tu. Hehe. Kesian. Aku faham perasaannya bila takde orang yang nak ambik buku laporan penilaian prestasi kita tuh.
Sesampai kat sekolah tu, aku agak kagum dengan binaan sekolah tuh. Hmm, tinggi sungguh sekolah zaman sekarang ni ye? Masuk je kelas anak buah aku kena ambik nombor giliran sebelum jumpa cikgu kelas dia. Sambil menghilangkan penat sebab kena panjat tangga sampai ke tingkat 4. Semput woo..![]()
Pemandangan dalam kelas. Ada la 3-4 parents yang tengah tunggu giliran masa tu.Honestly, I do love this task.

P/s : Selamat bercuti untuk warga Johor. Tapi untuk yang kena kerja macam aku, selamat bekerja dengan tekun dan berdedikasi. Tsk...
Malas Mandi vs Kambing
Dulu-dulu:
Perbualan kat YM:
Aku : Ni dah mandi ke belum ni dok kacau orang pepagi ni?
Orang 1 : Uih, sudah semestinyala belum. Bolehla peluk akak ketat2..![]()
Aku : Uh, kambing. Takmo dekat. Pi main jejauh...![]()
Perbualan kat SMS:
Orang 2 : Okla kak, saya kena mintak diri dulu ni. Belum mandi. Haha..
Aku : Ui, dah petang baru nak mandi? Ya Allah. Sorang lagi kambing jadian. Huhuh..
Orang 2 : Ala, kalau saya mandi awal pun bukan ada orang nak peluk saya pun.
Aku : Eleh, alasan. Kalau dah malas mandi tu mengaku ajela...![]()
Sekarang
SMS semalam;
Orang 3 : Tak mandi lagi ke?
Aku : Dah, tapi pagi tadi. Haha. Malam ni lap-lap badan aje. Bahaya woo mandi malam-malam ni.
Orang 3 : Haha. Ada orang tak mandi. Haha.
Aku : Ces. Bla bla bla...
Haha, tula. Suka sangat melabelkan orang kambing dulu. Sekarang diri sendiri pun dah sekufu dengan kambing. Tsk...tsk...
P/s : Status kat Twitter tu tipu aje. Jangan percaya. Memang betul tengah sibuk pun. Balik rumah pun tak pernah awal dari pukul 9 sekarang ni. Tu sebab tak mandi malam. Ada faham? Hoho...
P/p/s : Dalam sibuk-sibuk dengan kerja yang bertimbun ni pun sempat aje aku tolong create blog untuk alumni sekolah. Rasa sangat seronok bila ramai yang respon apa yang kita buat untuk diorang. Mudah-mudahan benda ni akan berterusan la..(Tengah terbayang diri sendiri 15 tahun lagi {insya Allah kalau panjang umur} masih dok tolong maintain blog tu. Haha. Oke, pemikiran saya memang ekstrim). Titik!
Rejab
Copy dari email yang aku dapat tadi;
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
P/s : Rejab, Sya'ban, Ramadhan. Agak-agaknya sempat tak sambut Ramadhan tahun ni ye? Hmm... mudah-mudahan dapatla sekali lagi kita mengecapi Ramadhan tahun ni. Aminn...
Bagi yang belum mengganti puasa tahun lepas, cepat-cepatlah mengganti... =)

